10 March 2011

Dapat 6 Surat Saman!!!

Posted by MamaShiLa at 2:28 PM
Title biar gempak..
Memang dapat 6 surat saman..
Saman bersamaan dengan Undangan Perkahwinan
Sementelah minggu depan kan cuti sekolah
Aku dapat 6 undangan

1 - dari kawan masa sekolah, matrik, UTM - G_ahh
1 - Anak Prof tempat kerjaku
2 - Jiran setaman denganku...(tapi tak kenal pun...)
1 - Staf kat ofis aku
1 - Anak kawan mak aku
So total: 6

Inilah rupa kad undangan tu..semuanya lawo2..tapi buruk rupa plak meja opis ku tu...abaikan ye pemandangan buruk tu..

Ku ingin share sikit unfo berkenaan kalau kita dapat undangan perkahwinan..macam aku ni...2 drpd yg aku dapat which are my neighbours tu..mmg aku tak kenal..jadi aku segan nak pergi...

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca..

Hukum menghadiri Undangan Perkahwinan:

Hukum menghadiri atau memenuhi undangan kahwin itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang 
kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan terdapat satu lagi hadis yang menyebut:

 ".... dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya." (Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu. 

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam. 

Kedua: Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin. 

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan. 

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal. 

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput. 

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram. 

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu. 

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir. 


Maka dengan itu, aku merasakan harus menolak ke tepi rasa segan..Insyallah aku akan pergi semua undangan kecuali majlis staf kat ofis aku sbb dia kawen kat Kemaman, jauh dari KT dan hubby aku plak kerja time tu.

Sharing is caring!!

2 comments:

Gen Fujita on March 10, 2011 at 2:54 PM said...

Sampai 6 ya dapat undangan. Tak lama ni musim perkahwinan bakal tiba la ni, maklum le cuti sekolah.

farah fauzi on March 10, 2011 at 3:43 PM said...

bila la nak hantar surat saman aku ke mu deh...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device