24 March 2011

Asas Menjahit

Posted by MamaShiLa at 11:57 AM
Sebelum pembacaan diteruskan
Ingin ku announce dulu ye..
Ku bukan penjahit tegar
Asas jahitan yg aku tahu hanyalah jelujur dan silang pangkah sahaja
Jadi sebarang ikutan pada entry ni bukan satu kemestian ye..
Mungkin ada salah teknik ke apa harap dpt komen
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Baru belajar nak jahit langsir
Sedikit sebanyak asas jahitan kena ada
Susah sangat nak dpt info pasal-pasal ni
Nak pergi kursus menjahit, tapi tak nak habiskan duit
Jadi belajar sendiri-sendiri je la

Rujukan utama:
Mak mertua
Google
Buku Panduan Menjahit Langsir

Aku terjumpa blog mengajar asas jahitan
Rupa-rupanya kita dh belajar masa form 1 subjek kemahiran hidup (sungguh AKU LUPA!) 
Jadi ingin kukongsikan ilmu tu di blog aku ni
Buat panduan utk diri sendiri dan juga yang sudi berkongsi

Barang Asas yang perlu ada untuk mula menjahit

  1. Gunting = Untuk memotong kain dan benang.
  2. Jarum peniti = Untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel.
  3. Penetas = Untuk membuka semula jahitan yang silap.
  4. Kapur penanda = Untuk menanda garisan potongan dan jahitan.
  5. Pita pengukur = Untuk mengukur kain dan kertas.

Dan yang paling penting yang perlu ada mestilah
MESIN JAHIT
Banyak jenis mesin jahit
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi kedai jual mesin jahit dan tanya mereka..
ekeke
Aku tak pandai nak explain tapi aku beli yang ni je

Sungguh antik bukan?

Cap: SINGER

Nama Glamer: Mesin Jahit Singer kepala hitam (agaknya ni satu je kaler hitam pasal tu la namanya sebegitu rupa)

Fungsi: hanya boleh jahit lurus je

Sebab membeli: Melalui kajian pasaran yang dijalankan oleh suami aku yang rajin nak survey tu..dia kata yang ni paling tahan lasak..mak mertua aku dah pakai berpuluh tahun dan masih ok..walaupun rupanya tak secantik mana...aku beli body je (x termasuk meja) untuk jimatkan ruang.

Tips nak membeli mesin jahit: Tentukan dulu kegunaan, contohnya utk jahit koleksi sendiri ke..bleh la beli yg mcm ni..kalau untuk komersial (nak buat bisnes jahit langsir dsb) kenala beli yang industri punye..kalau yang industri nak jahit 24 jam pon boleh..motor dia x panas..kalau yang ni x tahan la...contoh brand industri yang disyorkan oleh kedai ialah JUKI. Itulah je la tips yg aku tahu...

Bahagian-bahagian pada mesin jahit

Dah beli mesin jahit tapi tak tahu nak guna
Baca manual pon ternganga-nganga
Oh itu standard..haha

Since aku beli cap SINGER kan, jadi masa hantar ke rumah tu sekali ngan commisioning la
Aku cakap awal-awal kat pakcik tu aku ni buta mesin jahit
Jadi dia ajar satu-satu mcm yang manual cakap..
oooooo baru aku paham lepas tu

Korang tahu apa itu sekoci, tuas benang, tiang benang?
Aku pon tak tahu
Aku kenal jarum je..
haha

Jom tengok..

  1. Roda Imbang = Untuk mengawal pergerakan mesin jahit.
  2. Tiang Benang = Untuk memegang benang.
  3. Tuas Benang = Untuk menarik dan mengawal pergerakan benang.
  4. Spering Pemegang Benang = Untuk mengawal benang.
  5. Jarum = Untuk menjahit pakaian.
  6. Gigi Penolak = Untuk menolak fabrik semasa menjahit .
  7. Penggulung benang = Untuk memegang benang yang hendak digulung.
  8. Tuas Pelaras = Melaraskan jarak mata jahitan.

Asas memulakan penggunaan mesin jahit

Sebelum mesin jahit boleh menjahit, ada 2 jenis benang yang perlu dilaraskan dulu
Iaitu benang atas dan benang bawah
Penggunaan benang bergantung kpd warna kain yang hendak dijahit
Kalau kain putih haruslah benangnya kaler putih gak 
(ini sume dh tau kan..cuma peringatan je lah ni)

Ni cara nak selaras benang atas..

  • Kalau susah nak masukkan benang dalam jarum
    Boleh beli needle threader
    Contoh gambar cam kat bawah ni

    Skang jom tgk mcmana nak pasang benang bawah:


    Benang bawah ni duduk dalam gelendung
    Gelendung tu mcm gambar C 
    Jadi untuk menggulung benang dalam gelendung menggunakan tangan adalah amat malas dan lambat..ikut je cara dlm gambar ni
    Penggulungan benang dlm gelendung akan menjadi mudah dan cepat


    Kemudian, masukkan gelendung kat dalam sekoci
    Sekoci tu kat bawah tu lah (x reti nk explain)
    Mcm dlm gambar ye
    Pastu pusing-pusingkan roda imbang untuk keluarkan benang dari bawah ke atas
    Dan boleh la mulakan jahitan

    Pernah perasan tak benda ni kat mesin jahit?
    Ini adalah pelaras jahitan yang digunakan untuk melaras jarak jahitan mengikut fabrik dan jenis jahitan
    Sebagai contoh kalau jahit pakaian gunakan jarak yang lebih kecil supaya benang tak mudah menetas..eh tertetas...
    Untuk langsir boleh guna jarak jahitan yang besar kerana biasanya kain langsir lebih tebal dr pakaian..so x mudah tertetas

    Cara guna:
    1. Semasa menjahit
      1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
      2. Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
      3. Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit
      4. Turunkan tuas angkat
      5. Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit
    2. Selepas menjahit
      1. Hentikan putaran roda imbang
      2. Naikkan jarum mesin
      3. Naikkan tuas angkat
      4. Tarik fabrik ke belakang
      5. Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan


    Itu sahaja sebagai panduan kita semua
    Insyallah kalau ada pertambahan ilmu, ada masa akan kukongsikan di sini...



22 comments:

farah fauzi on March 24, 2011 at 1:07 PM said...

semangat betul mu..mmg wanita berkaliber..

** baju aku dah siap lum..dah lama nak tanya tapi tak tertanya..

ashra on March 24, 2011 at 2:21 PM said...

hehe.bagus2..sama2lah kita menjahit.aku pun dlm proses blaja jahit langsir gak ni.samalah aku buta mesin..

aku setuju ko beli mesin jahit tu..sbb lama yang buatan tahan.orang kedai ckp aku,mesin jahit singer yang baru ni,buatan dalam da plastik.cepat rosak compare brother nye brand tuk skang ni la....

ashra on March 24, 2011 at 2:21 PM said...

btw,aku tgk ko semangat,aku lagi semangat..
hehe.ada geng..bes2.rajin ko update la kt blog eh..

ninieZUERYANNIE on March 24, 2011 at 3:14 PM said...

waaa, seronoknyer dgr kawan2 nak menjahit.. shila & ashra, aku support korg dr belakang..

* teringat cita2 aku nak buat cross stitch, tah bila la nak mencapai kejayaan.. hurmmmm..

irmaputri on March 24, 2011 at 3:56 PM said...

wah...sangat best ...tapi aku xpndai jahit..mesin pon tak dak...

Farid on March 24, 2011 at 5:15 PM said...

gud one.... kalu ko tak bg tau info nie, comfirm aku tak tau canner nk msk kn benang2 tu kt mesin jahit =p...

MamaShiLa on March 27, 2011 at 10:36 AM said...

Qorash..dh siap baju mu

Ashra...bergantung kpd usage kita gak..kalau ganas2 mmmgler x tahan..rajin update sbb takut lupa...kalau dh letak dlm blog sendiri..tau dah nak cari kat mana...

Nini.. :)

Irma...aku pon zero konwledge..belajar sikit2 ni...

Farid..nnt kalu rajin aku tunjuk cmno nak guna needle threader tu...

Unknown on November 22, 2011 at 4:32 PM said...

kak..tumpang lalu kat sini..kiter pun naik blaja menjahit..bosan2 xtau nak watpe..kita da beli sume brgan cross stich..tapi masih blm pro..jejalan n terjumpa blog akak..apa2 ilmu share ya :) tima kasih

Anonymous said...

minat menjahit tp laki x bagi izin ikut klas menjahit..mmmm

Nurul said...

kalau lepas jahit kan...benang kat bawah tu longgar nak adjust kat mana yer?

aSRa on March 7, 2013 at 8:04 PM said...

Good sharing info..tq sis..
me too baru belajar menjahit langsir. In shaa Allah..

lynndamya on April 1, 2014 at 5:26 PM said...

Salam...aaa bestnye dah pandai menjahit...sy ni mmg buta menjahit sbb tak minat,
tapi sekarang rase mcm nak menjahit pulak...tp xtau nak beli mesin yg mcm mane..wuwu...apepun, entry ni agak membantu utk sy ni..haha..terima kasih :)

siti khairulbariah on October 20, 2014 at 8:27 PM said...

Bestnya ..belajar menjahit..marilah belajar menjahit..saya baru sahaja beli mesin jahit bayar secara ansuran..sampai je mesin..dah mula sambung 2 kain...

nini on November 13, 2014 at 1:19 AM said...

sy lon tgH semangat nak belajar menjahit tp tak berapa nak sabar...hHa

Amni Faizal on March 2, 2015 at 11:14 AM said...

apa pndapat awak stlah byk mjahit mgunakan msin jhit ni.. ok x? sy tgh pning kpla fk nk bli yg mana.. tp mak cadangkan jnis mcm ni jgk cz berdasarkan pgalaman dia..

Unknown on August 24, 2015 at 1:57 PM said...

Saya nak belajar menjahit juga..kat mana ada kursus di area terengganu

Unknown on August 24, 2015 at 1:58 PM said...

Saya nak belajar menjahit juga..kat mana ada kursus di area terengganu

Unknown on August 24, 2015 at 1:58 PM said...

Saya nak belajar menjahit juga..kat mana ada kursus di area terengganu

Anonymous said...

Saya nak tanya..betul ke satu botol joy mampu basuh pinggan dari malaysia ke singapura?

Ez on January 23, 2017 at 12:36 PM said...

Mesin jahit ni boleh jahit tepi kain k...ada ke tapak yang sesuau

Ez on January 23, 2017 at 12:37 PM said...

Mesin jahit ni boleh jahit tepi kain k...ada ke tapak yang sesuau

Unknown on November 19, 2021 at 2:20 PM said...

Semua dah pasang time nk menjahit benang kat koci tu x lekat knpe yer

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device