18 December 2011

Ilmu baru untuk hari ini

Posted by MamaShiLa at 10:20 AM 4 comments
Aku memang seorang ibu tegar dalam penyusuan susu ibu...Alhamdulillah Tuhan telah berikan kesempatan untuk menyusui ketiga-tiga anakku, Engku Adam, Engku Iman dan sekarang Engku Ziyad..berharap akan sama seperti abang-abangnya untuk minum susu ibu sehingga umur 2 tahun. Tak perlu diceritakan apa kebaikan susu ciptaan Allah ini...hebatnya sehingga tiada susu formula yang boleh setandingnya...walau semahal mana anda membeli susu formula tu. Ye, aku jarang berblog pasal breastfeeding, breastmilk dan sebagainya kerana bagi aku, aku juga masih belajar walaupun orang kata aku dah ada PhD dalam bidang ni...muhahaha....cuma hari ni nak share satu ilmu baru yang aku dapat dari satu group kumpulan ibu menyusukan di facebook...bacalah..


Tahukah anda kebanyakan ibu-ibu menganggap mereka mengalami SUSU SIKIT. Yg sebenarnya TIDAK. Apa yg perlu dibuat adalah pastikan adakah kita BENAR-BENAR mengalami low milk supply. Caranya:
  • periksa jadual kekerapan payudara dikosongkan
  • periksa adakah payudara BENAR2 dikosongkan sepenuhnya
  • periksa berat bayi
  • periksa lekapan (latching) bayi
  • periksa keadaan diri ibu (letih, stress, tak sihat?)
  • periksa umur anak
  • periksa dgn LC @ Dr yg pro BF adakah kita termasuk dlm segolongan ibu yg susu sikit krn faktor asal tidak mempunyai kilang susu/kekurangan hormon penyusuan/kemalangan, kecederaan,pembedahan pada payudara & sekitarnya.
Aku juga memang TAK SUKA bila ada yang komplen susu sikit, susu tak ada..bagi aku mereka sebegini mereka yang kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Konsep aku senang je, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika kita berniat nak menyusu, kita akan cuba menambah ilmu dan belajar, maka banyakla bertanya pada yang pakar, banyakkan membaca artikel..bertanya dan membaca banyak tak guna juga kalau kita tak buat apa yang sepatutnya. Ups and down dalam penghasilan susu itu biasa kerana penghasilan susu ibu adalah berdasarkan supply & demand. Ayuh kawan-kawan yang masih bersusu formula, marilah kita menuntut dan mengamalkan pemberian susu ibu kepada anak-anak kita. 

Just my 2cents....


Engku Iman enjoying his milk fresh from mummy! 

17 December 2011

Rachael Ray

Posted by MamaShiLa at 6:27 PM 0 comments
Addicted kat 30 minutes meal hosted by Rachel Ray ni...mmg entry takde motip...tu je aku nak bgtau...sebab hari ni hari sabtu aku sangat boring hubby takde di rumah + bad weather plak kami anak-beranak tak boleh ke mana-mana...abaikan kemerapuan ku ini..

16 December 2011

Kursus Fotografi

Posted by MamaShiLa at 9:40 PM 3 comments
Nak pergi Kursus Fotografi kat luar ongkosnya mahal...lebih baik aku sopping benda lain (dasar kedekut!!) hahaha...tetiba aku punye tempat mencari rezeki ni buat kursus ni for free...of course la aku dengan tidak malu menawarkan diri utk join jugak...layan gambar..

Course ini merge teory and practical...enjoy sangat..buat benda yang kita minat kan...pasti enjoyssss..masa mula-mula start course ni kena introduce diri masing-masing n have to state experience berfotografi ni...aku dgn tanpa segan silu mengaku selama ni aku pakai AUTO mode sajos...sebulan dua masa beli tu je rajin menggodek...pastu AUTO selama-lamanya...takpe at least aku ngaku....tak hipokrit!
Bagi yang seangkatan dengan aku, memang rasa rendah diri sesangat bila nak dibandingkan ngan kamera dorang ni..dorang ni nama je kursus asas fotografi tapi yang datangnya semua otai-otai belaka...sepanjang masa, kepala aku ni macam duk kat bawah alas meja je...
Masa untuk outing...haruslah amik gambar aku gemuk dulu kan...baru boleh amik feel shooting benda lain...tema: nature
Partner masa course ni...kenal pon masa course ni jugak...seb baik ade kawan sbb serikandi yang ade cuma 5 org je out 40 participants...
Ok..meh layan dulu apa yang aku sempat shooting n bokeh..dengan bangganya aku nak announce semua gambar ni aku shoot manual...oh bangga dgn diri sendiri...hahaha...


 Dan...sebelum berpisah meh tgk aku candid otai-otai posing maut!!! hahaha...




































dan...
aksi paling otai dimenangi oleh...
...
...
...
...
...
...
...
...

muhahahaha....


15 December 2011

Gila Tunic!!

Posted by MamaShiLa at 11:54 AM 2 comments
Aku nak influence korang, my dear blogreaders...jom shopping tunic...variety of colors...cun dan menutup aurat....itu penting!!

Sila abaikan model yang tak pakai seluar ni...hehe...klik pada gambar untuk paparan membulatkan mata..
Kenapa best shopping kat sini sbb baju yang simple yet sangat lawa and yang paling penting harga yang sangat berpatutan...meh beli kat sini...


Sekali lagi diingatkan..aku tidak dibayar untuk mempromosi syarikat tersebut...just wanna share because i care for you!!

14 December 2011

Sayang mama..

Posted by MamaShiLa at 4:27 PM 1 comments
Watching this...touch my heart...aku pernah rasa macam ni...huhu...how time flies...Adam dah besar...Next will be Iman n Ziyad....

Wednesday is Wordless!!

Posted by MamaShiLa at 8:52 AM 0 comments

13 December 2011

Doaku Untukmu Sayang, Anak-Anakku

Posted by MamaShiLa at 12:22 PM 3 comments
Buat tatapan anak-anakku,
Engku Adam
Engku Iman
Engku Ziyad



12 December 2011

Benda paling boring bila anda bekerja seperti saya adalah....

Posted by MamaShiLa at 12:15 PM 2 comments
Ramai orang kata kerja macam aku ni takde kerja..meh tgk..ada kerja ke takde kerja...hehe



Ini semua adalah skrip yang belum, sedang dan sudah dimarking

Hahahaha...faktanya, 

86 pelajar
8 tugasan (setiap tugasan ada 6 lukisan)
2 ujian
2 kuiz

Kalau anda bijak matematik cuba kalikan berapa helai kertas perlu ditanda? 
Tu baru pengajaran....blom masuk yg lain lagi...ada 7P kesemuanya...muhaha

Tips nak tanda kertas:

Setkan target..contohnya dalam masa satu jam nak siapkan 20 skrip...bila dah siap tanda...kadang-kadang masa untuk marking tak sampai 1 jam pon...lepastu chill dulu...dptkan refreshment...then sambung balik...meaning kalau target kita dalam satu hari nak siapkan penandaan 100 skrip...kita hanya perlu spent 5 jam sajo...3 jam lagi (sementelah waktu bekerja 8 jam kan...) boleh buat kerja-kerja lain....baru tak stress...tapi kalau mendapat jawapan yang stress yang memerlukan kita pikir 100 kali..tanda 3 paper pon dah rasa macam ni...

Mokcik google punya pic

hahaha...
cheers!

11 December 2011

Engku Ziyad @ 4 months

Posted by MamaShiLa at 4:20 PM 2 comments
Bukan Wednesday je Wordless...Sunday boleh jadi Wordless jugak sbb Sunday Blues...haha...layanz...




08 December 2011

Badam Bersalut Coklat

Posted by MamaShiLa at 2:00 PM 0 comments
Hubby tetiba teringin nak makan Badam bersalut coklat ni...aku cincai je sebenarnya sbb masa raya haritu makan badam ni kat umah member...terus ngidam..resepi ni aku reka sendiri..not bad tau! (Angkat bakul dan masuk dalam bakul sendiri!) Tak caye? cubalah!!! Tak nyesalnya...hahahaha


Bahan-bahan yang diperlukan:


800 gm badam yang telah dipotong panjang-panjang. Pastikan badam ini dibakar dulu selama 10 minit pada suhu 160C
150 gm coklat chip (Abaikan tangan yang cantik tu)
100 gm whipped cream
dan..

1 sb butter (tiada dalam gambar)

Cara-caranya:
  1. Panaskan whipped cream secara double boil. Jangan sampai didih tau.. Agak-agak dapat mencairkan choc chip tu dah la...
  2. Dah agak-agak panas, masukkan choc chip dan butter (untuk kasi berkilat!!) dan kacau sampai choc chip tu cair. Sebenarnya yang aku buat ni adalah Choc Ganache. Benda hapekah Ganache itu korang google sendirik ye... :)
  3. Bila dah sebati, masukkan badam yang telah dibakar tadi.
  4. Masukkan dalam cup kecik-kecik tu dan sejukkan.
  5. Siap untuk dimakan masa tgk TV sambil bersantai dengan suami dan anak-anak!!!

Beginilah rupanya Badam Bersalut Coklat yang aku reka sendirian berhad! 

Sagupal (Asam Gumpal)

Posted by MamaShiLa at 9:22 AM 2 comments

Nama majalah: Sagupal (kalau browse...nama lain Asam Gumpal)
Asalan nama: Sagu Kepal-Kepal 
Ini pencuci mulut glamer kat Trg..kat area lain aku tatau...aku try buat sekali...boleh dapat dalam 30 biji...aku bahagikan kat jiran-jiran...dan selebihnya makan sampai kembung!! Kalau nak try...ni resepinya...

Bahan-bahan inti:
200 gm kacang hijau
2 sb gula
Sedikit garam

Bahan-bahan kulit:
600 gm sagu mata ikan
1 cawan air panas

Bahan-bahan kuah:
1 biji bawang merah dimayam
1 inci halia dipotong panjang
Halba (suka hati nak banyak mana)
RM3 santan...(lupa dah brp gm)
Air secukupnya
Garam gula secukup rasa

Cara membuat Sagu kepal:
  1. Kacang hijau direndam selama 1 jam untuk melembutkannya dan buang bendasing dalamnya.
  2. Selepas 1 jam, toskan dan rebus.
  3. Bila dah hampir masak, masukkan gula dan garam. 
  4. Rebus sampai boleh dilecek dan pastikan ianya dilecek masa panas-panas lagi tau!
  5. Bentukkan kacang hijau menjadi bulat-bulat kecil, ketepikan.
  6. Untuk sagu, basuh sagu dan toskan.
  7. Tuang air panas (untuk lembutkan sagu).
  8. Bentukkan bulat-bulat dan isi dengan inti kacang yang dah dibentuk bulat-bulat tadi.
  9. Tips tak nak bagi sagu lekat kat tangan: sediakan semangkuk air, setiap kali selepas bentukkan sagu, celup jari dalam magkuk berisi air tadi then baru buat yang baru..insyallah x lekat n messy...
  10. Bila dah siap sagu kepal, kukus selama 20 minit.
Cara memasak kuah:
  1. Masuk semua bahan kecuali sagu kepal yang sudah siap dikukus.
  2. Pastikan anda sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul.
  3. Bila kuah dah masak, masuk Sagu Kepal, kacau dalam 10 minit lagi dan siap untuk dimakan!!!

07 December 2011

Nasi Minyak Terengganu Style

Posted by MamaShiLa at 1:38 PM 3 comments
Bahan-bahan Nasi:
3 pot beras, cuci dan toskan
Kulit kayu manis, bungka cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..suka hati nak letak banyak mana..aku suka serba 1 je..tak suka baunya yang kuat...
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 cawan susu cair
4 sb sos tomato
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Pewarna 


Bahan-bahan kuah:
4 biji bawang besar, dipotong dan digoreng sehingga kehitaman, diblender dan diketepikan.

2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..
5 sb bawang merah kisar
3 sb rempah kurma di bancuh dengan air suam 1 cawan
3 sb susu pekat
3 sb susu cair
1 sb kerisik
Air 800 ml
Ubi kentang
Ayam atau daging secukupnya



Bahan-bahan acar:
1 batang Timun 
1/2 batang Carrot 
1 biji bawang merah
1/2 inci halia
1 biji cili merah
1/2 cawan air panas
2 sb gula
1 sb cuka
Sedikit garam


Cara memasak nasi:

  1. Tumis semua bahan tumisan.
  2. Kemudian masukkan susu cair, tomato sos, garam dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
  4. Bila nasi dah masak, masukkan 1 sudu pewarna dan gaul biar rata.
  5. Siap!!
Cara memasak kuah:

  1. Tumis bahan tumisan.
  2. Masukkan bawang kisar, kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh.
  3. Kemudian masukkan bawang goreng yang telah diblender.
  4. Masukkan air dan ubi kentang.
  5. Biarkan selama 5 minit baru masukkan ayam/daging.
  6. Masukkan susu pekat dan susu cair.
  7. Masukkan perasa (gula dan garam)..untuk manis aku suka guna Melaka..lagi sodap..
  8. Bila dah hampir masak baru masuk kerisik.
  9. Siap!!
Cara memasak acar:

  1. Potong semua bahan secara nipis dan panjang. Masuk dalam mangkuk.
  2. Kacau gula dan garam dalam air suam sehingga kesemuanya larut.
  3. Tuangkan air dan cuka ke dalam mangkuk tadi.
  4. Siap!!




03 December 2011

Karnival Upin Ipin @ Monsoon Cup 2011

Posted by MamaShiLa at 10:30 AM 0 comments
Baru-baru ni bersempena Monsoon Cup, ada Karnival Upin Ipin...dan kami telah terjebak dgn karnival tu...


Adam dengan yakinnya join makan aiskrim..sapa cepat habiskan dia menang..of course la yang besar dari dia yang menang...haha 


Dan hadiahnya...

Sebatang pensil untuk menulis selama 3 hari 2 malam sebagai saguhati...haha...ok la tu along...self confidence tu penting!!!

02 December 2011

Orientasi student baru

Posted by MamaShiLa at 6:54 PM 0 comments
Baru-baru ni berkempatan join program orientasi student baru...layan gambar....


KJ ku yang best!







Macam-macam gelagat diorang kan..sayangnya aku tak sempat nak ngajor dorang ni....

28 November 2011

Fareeda Oh Fareeda!!

Posted by MamaShiLa at 10:01 AM 77 comments
Berkesempatan ke Butik Fareeda kat Bangi last week..mak aih ramainya "penggemar" Fareeda..berebut-rebut berembat-rembat...aku pon rembat sama....pastu ade le 3 helai yang tersalah rembat....bukan salah apa...aku mmg amik lebih...sbb masa tu berebut2..jadi lepas balik hotel baru aku pilih mana yang aku bkenan...so yang 3 ni aku nak let go...semua design SARAMARISSA design terbaru POLKADOT...sapa nak sila tinggalkan komen ye....ini baru punya tau..bukan pre-loved!

Hot Chili + Black  SOLD!!
Purple Ribena + Black SOLD!
Sweet peach + white

Contoh pemakaian tudung Saramarissa ni mcm gambar kat bawah..cuma kaler je berbeza....gambar2 ni aku amik dari fb Fareeda....Nyata Jelita



Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device