Nama majalah: Sagupal (kalau browse...nama lain Asam Gumpal)
Asalan nama: Sagu Kepal-Kepal
Ini pencuci mulut glamer kat Trg..kat area lain aku tatau...aku try buat sekali...boleh dapat dalam 30 biji...aku bahagikan kat jiran-jiran...dan selebihnya makan sampai kembung!! Kalau nak try...ni resepinya...
Bahan-bahan inti:
200 gm kacang hijau
2 sb gula
Sedikit garam
Bahan-bahan kulit:
600 gm sagu mata ikan
1 cawan air panas
Bahan-bahan kuah:
1 biji bawang merah dimayam
1 inci halia dipotong panjang
Halba (suka hati nak banyak mana)
RM3 santan...(lupa dah brp gm)
Air secukupnya
Garam gula secukup rasa
Cara membuat Sagu kepal:
- Kacang hijau direndam selama 1 jam untuk melembutkannya dan buang bendasing dalamnya.
- Selepas 1 jam, toskan dan rebus.
- Bila dah hampir masak, masukkan gula dan garam.
- Rebus sampai boleh dilecek dan pastikan ianya dilecek masa panas-panas lagi tau!
- Bentukkan kacang hijau menjadi bulat-bulat kecil, ketepikan.
- Untuk sagu, basuh sagu dan toskan.
- Tuang air panas (untuk lembutkan sagu).
- Bentukkan bulat-bulat dan isi dengan inti kacang yang dah dibentuk bulat-bulat tadi.
- Tips tak nak bagi sagu lekat kat tangan: sediakan semangkuk air, setiap kali selepas bentukkan sagu, celup jari dalam magkuk berisi air tadi then baru buat yang baru..insyallah x lekat n messy...
- Bila dah siap sagu kepal, kukus selama 20 minit.
- Masuk semua bahan kecuali sagu kepal yang sudah siap dikukus.
- Pastikan anda sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul.
- Bila kuah dah masak, masuk Sagu Kepal, kacau dalam 10 minit lagi dan siap untuk dimakan!!!
2 comments:
rm3 eh santan?hehehehe..
rajinnye...siap dgn nasi minyak lagi sebelum ni =p
kalu dekat,leh aku dtg mkn
Ashra..santan kat trg skang 1kg RM9..mahal gilos..aku beli RM3 tataula dia letak brp gram..haha...rajin kalau ja ada je..kalau takde mim alif lam sim jugakla...hehehe....next year insyallah dekat la aku ngan kau...hihihi
Post a Comment