07 December 2011

Nasi Minyak Terengganu Style

Posted by MamaShiLa at 1:38 PM
Bahan-bahan Nasi:
3 pot beras, cuci dan toskan
Kulit kayu manis, bungka cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..suka hati nak letak banyak mana..aku suka serba 1 je..tak suka baunya yang kuat...
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 cawan susu cair
4 sb sos tomato
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Pewarna 


Bahan-bahan kuah:
4 biji bawang besar, dipotong dan digoreng sehingga kehitaman, diblender dan diketepikan.

2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..
5 sb bawang merah kisar
3 sb rempah kurma di bancuh dengan air suam 1 cawan
3 sb susu pekat
3 sb susu cair
1 sb kerisik
Air 800 ml
Ubi kentang
Ayam atau daging secukupnya



Bahan-bahan acar:
1 batang Timun 
1/2 batang Carrot 
1 biji bawang merah
1/2 inci halia
1 biji cili merah
1/2 cawan air panas
2 sb gula
1 sb cuka
Sedikit garam


Cara memasak nasi:

  1. Tumis semua bahan tumisan.
  2. Kemudian masukkan susu cair, tomato sos, garam dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
  4. Bila nasi dah masak, masukkan 1 sudu pewarna dan gaul biar rata.
  5. Siap!!
Cara memasak kuah:

  1. Tumis bahan tumisan.
  2. Masukkan bawang kisar, kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh.
  3. Kemudian masukkan bawang goreng yang telah diblender.
  4. Masukkan air dan ubi kentang.
  5. Biarkan selama 5 minit baru masukkan ayam/daging.
  6. Masukkan susu pekat dan susu cair.
  7. Masukkan perasa (gula dan garam)..untuk manis aku suka guna Melaka..lagi sodap..
  8. Bila dah hampir masak baru masuk kerisik.
  9. Siap!!
Cara memasak acar:

  1. Potong semua bahan secara nipis dan panjang. Masuk dalam mangkuk.
  2. Kacau gula dan garam dalam air suam sehingga kesemuanya larut.
  3. Tuangkan air dan cuka ke dalam mangkuk tadi.
  4. Siap!!




3 comments:

~Ku Mahu Itu ~ on December 7, 2011 at 1:56 PM said...

Wah sedapnya salam sharing & link sama bonde

kumahuitu.blogspot.com

LYAfrina on December 7, 2011 at 3:19 PM said...

sedapnyer

Miss Moon on January 18, 2012 at 1:59 PM said...

nih mmy my fav ...kalu balik Trg mmg carik nasik minyok dulu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device