08 December 2011

Badam Bersalut Coklat

Posted by MamaShiLa at 2:00 PM
Hubby tetiba teringin nak makan Badam bersalut coklat ni...aku cincai je sebenarnya sbb masa raya haritu makan badam ni kat umah member...terus ngidam..resepi ni aku reka sendiri..not bad tau! (Angkat bakul dan masuk dalam bakul sendiri!) Tak caye? cubalah!!! Tak nyesalnya...hahahaha


Bahan-bahan yang diperlukan:


800 gm badam yang telah dipotong panjang-panjang. Pastikan badam ini dibakar dulu selama 10 minit pada suhu 160C
150 gm coklat chip (Abaikan tangan yang cantik tu)
100 gm whipped cream
dan..

1 sb butter (tiada dalam gambar)

Cara-caranya:
  1. Panaskan whipped cream secara double boil. Jangan sampai didih tau.. Agak-agak dapat mencairkan choc chip tu dah la...
  2. Dah agak-agak panas, masukkan choc chip dan butter (untuk kasi berkilat!!) dan kacau sampai choc chip tu cair. Sebenarnya yang aku buat ni adalah Choc Ganache. Benda hapekah Ganache itu korang google sendirik ye... :)
  3. Bila dah sebati, masukkan badam yang telah dibakar tadi.
  4. Masukkan dalam cup kecik-kecik tu dan sejukkan.
  5. Siap untuk dimakan masa tgk TV sambil bersantai dengan suami dan anak-anak!!!

Beginilah rupanya Badam Bersalut Coklat yang aku reka sendirian berhad! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device