18 November 2012

Ziyad got hit

Posted by MamaShiLa at 10:45 AM 13 comments
Alhamdulillah... I manage to handle this w/o hubby. 

Semalam, minor accident telah berlaku kat rumah.. a home should be the safest place in the whole world kan..tapi percaya kepada kun faya kun.... ini semua terjadi mungkin untuk mengajar aku lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan di saat tiada teman baik di sisi iaitu suami...

Ziyad terluka dalam 2 cm dan agak dalam sampai nampak isi sikit kat bawah kulit di bahagian dahi...disebabkan kena tepat kat dahi aka kepala...darah memancut2 keluar... inilah yang dikatakan pecah kepala..aku panik jugak pada mulanya... tapi boleh fikir rasional lagi.. disebabkan darah memancut keluar sampai nampak mata ziyad je yang putih... yang lain semuanya dipenuhi darah...bibik dah nangis2... aku cuba berhentikan darah yang keluar dgn tutupkan tempat luka dgn towel. Dalam 10 minit jugak..baru darah berhenti lepastu barulah pergi ke hospital..first time jejak ke emergency unit... gugu gaga jugakla..

Sampai kat emergency unit... MA kat situ cuba lagi stopkan darah yang mengalir tapi agak susah sbb ziyad meronta-ronta... pada mulanya Doktor nak stitch tapi disebabkan ziyad sangat berkuasa super powernya..4 org pegang pon dia boleh lepas lagi.. at last try gluestitch dulu, alhamdulillah lekat... so takyah jahit.... alhamdulillah... everything end up in under control... xde adegan emosional... dah balik rumah tgk ziyad tdo dalam keletihan barulah aku rasa sebak dan menangis.... 

Masih trauma

Emergency Unit
Hospital Pakar An-Nur, Bangi

09 October 2012

Mommy's milk for little hana and ziyad...

Posted by MamaShiLa at 3:14 PM 0 comments
Alhamdulillah...





30 September 2012

Dah boleh update sokmo...

Posted by MamaShiLa at 2:00 PM 1 comments

Sokmo tu bahasa Terengganu yang bermaksud selalu...sering...acapkali...

Baru explore apps phone..terjumpa app blogger...teknologi dah ada tinggal fitrah diri la kalau x apdet...maknanya mim alif lam sin la tu...


17 September 2012

Dan.... Lahirlah seorang puteri...

Posted by MamaShiLa at 4:02 PM 9 comments
Alhamdulillah syukur semuanya dah selamat...nak share story ni kat blog.. 


Walaupun dah kali ke-4 bertarung nyawa nak melahirkan seorang lagi umat Muhammad..hati masih rasa takut, langkah masih lagi gugup... Kalau sebelum ini ketiga-tiga abangnya semua dilahirkan post date 2 hari dari EDD jadi kandungan kali ni aku pun bersangka begitu..dan diakui oleh gynae juga...mungkin trend nya sama. Maka, disebabkan EDD kali ni jatuh pada hari yang mulia 1 Syawal 1433H, aku sgt gembira dpt berhari raya dengan suami dan anak-anak...aku expect baby ni lahir raya ke-3 atau ke-4.

Genap 37 minggu sewaktu weekly check-up.. gynae diagnos air ketuban kurang namun masih mencukupi. Minggu seterusnya, air ketuban masih lagi dalam kuantiti yang sama. Gynae telah menyarankan aku balik ke Terengganu dgn segera kalau nak baby jadi org Ganu..sbb katanya aku boleh bersalin bila-bila masa since air ketuban cuma ada takat cukup-cukup saje. Waktu tu, baby weighted 2.6 kg...sedikit lega sbb kecik je...moga takde luka nak bersalin nnt..sbb dulu ziyad cuma 2.9 kg dan berjaya dilahirkn tanpa luka...

Tuhan Maha Kuasa..aku serba salah nak balik sbb ada beberapa kerja yang perlu disetel dan sekolah Adam belum lagi bercuti...tapi tiba-tiba Adam terkena Chicken Pox..dan kebetulan hubby baru start bercuti 6 minggu (senyum lebar...hehehehee) so dia decide kami balik je lah ke Trg...sebelum ni plan seminggu sebelum raya nak balik tapi tukar plan 2 minggu sebelum raya dah balik kampung...

Alhamdulillah kami tiba di kampung dengan keadaan aku masih selamat tanpa sebarang tanda nak bersalin. Routine check up dgn gynae yang dah menyambut anak-anak kami sebelum ni berjalan seperti biasa...tapi bila tiba masa ultrasound.. tiba-tiba gynae, Dr Yusof terkejut sbb katanya air ketuban aku dah kering. Satu ayat yang keluar dari mulut dia..."We must take the baby out now". Telan air liur jugakla..terkejut mcm tak pernah bersalin sebab tak bersedia lagi...boleh ye alasan mcm tu...maksud aku..aku tak ready nak tinggalkan anak-anak kat rumah, dan sebenarnya kami plan lepas check up nak pergi shopping barang-barang nak beraya dulu.. aku dgn beraninya mintak hold..tak pasal-pasal kena marah...tapi aku mintak jugak 1 hari...so hubby decide delay 1 hari untuk bersalin induce..dgn berat hati gynae bagi je...

Balik rumah, aku sempat masak lauk untuk anak-anak makan sepanjang 2 hari aku akan warded...kemas rumah...siapkan bilik berpantang dan bilik baby....bagitau family yang aku akan bersalin esoknya..dan sempat jugak gi shopping last minute...malamnya mula la keresahan dan ketakutan dengan macam-macam lagi perasaan sebab badan sihat walafiat tapi esok akan "disakitkan".....tidur malam aku terjaga jam 3 pagi...hati runsing...aku bangun buat solat hajat lepas tu lansung takleh tidur...jam 7 pagi aku breakfast..makan lebihan sahur suamiku pagi tadi...takde selera lansung tapi takut takde tenaga tapi paksa makan jugak...tiba2 rasa lain mcm.. contraction! ye contraction... bila dikira2 dalam 10 mnt sekali contraction...hubby ckp perasaan aku je kot sbb terlalu memikirkan...3-4 kali jugak masuk toilet mcm nak "membuang" tapi tak keluar..bibik dah risau2 dah setiap kali aku masuk toilet sbb takut keluar benda lain katanya...hehehe...

Maka...aku dan hubby sampai kat hospital kol 9 pagi..dengan yakin aku melangkah ke labour room...sebelum kena induce haruslah VE dulu kan... terkejut jugak dah 5 cm dilated...haaaaa kan dah cakap contraction la yg aku rasa tadi sejak kol 7 tu!!!! Disebabkan dah 5 cm dilated makanya tak jadi induce..aku pon gembira la hati syukur alhamdulillah...hubby duk baca paper n sambil2 sembang contraction mild je aku rasa sampai kol 10.30 pagi... cik misi dtg lagi katanya doc nak pecah ketuban... tapi VE dulu.... tiba2 nurse tu mcm panik...call doctor! call doctor! dah 10cm! aku pon terkujat...eh biar betul ni...terus dia suh aku kepit dulu..jgn push lagi....tapi aku mmg x rasa nak push sgt...

Doc Yusof pon dtg dan suruh aku push mcm biasa...inhale...hold...push..exhale bila rasa contraction...alhamdulillah..3 kali push lahirlah seorang puteri yang ditunggu-tunggu...

13 Ogos 2012 @ 10.42 am
3.46 kg
Kuala Trg Speacialist Hospital

My very first scream
Alhamdulillah..macam tak caye je impian nak ada baby girl dah jadi kenyataan
Thank you Allah

Engku Hana Engku Ahmad Rizani
Bermaksud rezeki tanpa kepayahan
Hana @ 30 days

Senyum sampai telinga.... :))

03 August 2012

Seronoknya PhD hanya Tuhan yang tahu

Posted by MamaShiLa at 7:58 AM 3 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dan 14 hari  aku berjaya mengharungi Ramadhan dalam keadaan sarat begini. Di pagi Jumaat yang tenang dan indah, terbaca satu entry berkenaan PhD. Aku belum layak untuk membicarakan tentang pengalamanku dalam dunia yang keseorangan ini..ye.... keseorangan kerana diri sendiri sahaja yang berperang dan berjihad dengan penyelidikan sendiri.. makanya dengan berbesar hati nak share sikit apa yang aku baca sebentar tadi.. very inspiring writing..


Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Petang tadi, saya berpeluang bertemu dengan beberapa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ph.D di IPTA. Saya mendengar cerita-cerita mereka. Banyak yang tidak menarik, menjadikan PhD ini jalan yang tidak indah.

Bayangkan mereka menyediakan proposal setebal lebih 100 halaman. Bagi saya, ini bukan proposal. Proposal sepatutnya pendek sahaja. Yang patut diutamakan ialah beberapa siri kajian, atau berapa banyak 'kelompangan (gap)' yang sepatutnya ada dalam kajian.

Bayangkan, kalau proposal sudah setebal ini, maka berapa lama masa yang telah digunakan? Lama bukan.

PhD bukanlah proposal. PhD ialah kajian bagi menemukan sesuatu. Kalau terlalu banyak masa dihabiskan untuk proposal, sangat sukar untuk menjalankan kajian yang mantap. Dengan masa yang tinggal sekitar 2 atau 3 tahun, bilakah pula waktunya mereka akan menjalankan kajian?

Saya tidak setuju dengan aliran yang berpandangan bahawa proposal yang tebal itulah menjadikan sesuatu kajian itu mantap. Sebagai pelajar PhD, mereka harus diberikan peluang meneroka dan banyak kepercayaan. tugas penyelia ialah menunjukkan jalan yang betul. Bukan menyiksa pelajar dengan hal yang bukan-bukan.

Saya datang dari persekitaran kerja swasta. Saya mempunyai personaliti A. Maknanya, setiap pelajar saya perlu berkerja dengan cepat dan berfikir dengan pantas. Sekiranya mereka mampu menyediakan proposal setebal 15 halaman, itu pun sudah memadai. Yang utama, mereka tahu di mana kelemahan kajian lalu, dan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teori yang digunakan.

Setelah data dikutip, barulah perjalanan PhD sebenar akan bermula. Saya akan 'menyiksa' pelajar saya dengan pertanyaan tak kunjung henti. Saya tidaklah mahukan mereka merasakan siksaan itu. Saya mahu mereka menyelesaikan kutipan data secepat mungkin, kerana kalau nanti ada kesalahan di sana sini, dengan baki masa 3 tahun mereka boleh menutupnya dengan kajian yang lain. Jadi, lebih baik berkerja keras dahulu, dan senang kemudian.

Saya tidak sedikit pun teruja dengan proposal yang tebal. Itu adalah buku. Saya teruja dengan siri kajian beberapa kali, atau statistik yang agak kompleks, dan menulis dengan cara yang betul.

Bagaimana kalau mereka tidak mampu. Saya akan mengajarnya. Lebih baik menjadi Yuna yang menyanyikan banyak lagu, daripada seniman agung yang mengambil masa 3 tahun menuliskan lirik, tetapi tidak pernah sempat dinyanyikan. Orang lain sudah menghasilkan banyak album, sedang anda masih mencari apakah lirik terbaik. Ia pekerjaan bodoh.

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Selamat berjuang buat semua yang sewaktu denganku. Moga Allah membuka pintu jalan buat kita untuk meneroka ilmuNya dan memperoleh PhD dengan jayanya...InsyaAllah.

29 July 2012

Emm...susah ke ada anak ramai?

Posted by MamaShiLa at 10:50 PM 3 comments
Anakku ada 3 orang...tak sampai sebulan lagi nak jadi 4...ramai kesian tgk aku..anak ramai katanya...Tak apa la....baguslah ada yang prihatin...aku anggap semuanya rahmat...anugerah yang tak ternilai..kadang-kadang tipu kalau tak pernah rasa penat menjaga anak dan rumahtangga...tapi aku cuba bayangkan kalau berada di tempat mereka-mereka yang masih belum ada zuriat setelah bertahun-tahun berkahwin...aku rasa sangat bertuah...

Jadi ibu dan isteri bukan senang...nasib aku cuma baik sedikit..suami sediakan helper..sbb tu aku maintain gemuk je sbb semua kerja rumah semua helper yang buatkan....kalau tak rasanya dah lama kekurusan...

Entry ni aku buat bukan untuk merungut..cuma nak share macammana aku uruskan anak-anak yang sedang membesar...bukan sempurna pun tapi kadang-kadang menjadi juga cara aku buat ni..

Anak-anak aku...Engku Adam 6 tahun, Engku Iman 3 tahun dan Engku Ziyad 1 tahun..semuanya sedang gagah membesar..bagi aku nak tackle dorang ni senang je...bagi dorang cukup makan dan cukup rehat...mood dorang akan ok...

Tambah-tambah di bulan Ramadhan ni....tgk post kat fb ramai yang merungut susahnya jaga anak..bila time berbuka susah nak makan bila ada anak...betul tu...aku pun merasainya....biasanya sebelum berbuka tu aku bagi dorang makan dulu...anak-anak aku lagila..selera lain-lain..terpaksa suapkan asing-asing...Adam suka ayam goreng tak suka sayur...Iman suka nasi berkuah dan sayur dan Ziyad pulak anak mat saleh sikit....suka pasta n makaroni..no nasi....Biasanya aku akan masak awal sikit di bulan puasa ni...sebelum asar  aku dah masak...sesudah asar mandikan dorang...pukul 6 suapkan nasi..jadi waktu berbuka tu...dorang dah kenyang..takdelah nak kacau waktu berbuka....oh ya sebelum tu...pastikan dorang cukup tidur...waktu tidur Iman dan Ziyad biasanya pukul 2-4...Adam plak dah besar...dia tak suka tidur siang..tapi dia taklah merengek2 kalau tak cukup tidur...

Kalau nak berjalan-jalan pulak..contohnya kalau nak berjalan dalam 5-6 jam...aku akan pastikan cukup bekalan....biasanya anak-anak ni susah sgt nak diajak makan di luar...jadi kena la bawa bekal...kadang2 barang2 dorang je macam nak pergi berkelah....biasanya aku akan suapkan siap2 kat rumah atau dalam kereta....kadang2 kalau dorang tak makan jugak..berkelek la bekal tu bawak ke mana-mana....dan suapkan dorang makan sekali dgn kita makan....dan biasanya aku akan berjanji dgn budak-budak ni...nak kuar jejalan..kena behave, jadi good boy, ada barang boleh dibeli dan tak boleh dibeli....kena dgr cakap mama n papa..biasanya Adam yang paling dengar cakap..Iman dia baru 3 tahun kadang2 cranky jugak tapi biasanya kalau Adam ikut....dia akan ikut Adam...takdelah sampai nak drooling depan org ramai..yg penting cakap elok2 bagi dorang paham...kalau buat ni mcmana..kalau buat tu mcmana...lepas tu bersiap sedia la dgn jawapan bagi soalan dorang yang banyak nnt akan menyusul...kadang lepas suap makan dalam kereta tu aku suh dorang tidur dulu...dh sampai destinasi baru kejutkan...kira cam recharge la....jadi tenaga dorang akan jadi full bar...skang aku malas dah nak bawak stroller...jadi dorang dah tau kalau penat takde stroller...tak de tempat nak baring...insyallah dorang akan dgr arahan kita...

Ziyad plak aku jarang bawak dia keluar sbb dia masih kecil.. tak nak expose sbb baby ni mudah kena flu dan mcm2 penyakit lagila...lepas ni kalau adik dia dah lahir.. Ziyad akan ikut kami berjalan-jalan plak....adik plak duduk rumah...

Kadang2 kalau kena cara kita tackle anak-anak..kita takkan rasa stress...wpun ni cara aku handle dorang tapi ada kalanya jugak dorang ni overrulling....biasa lah tu....budak-budak..yang penting kena banyak sabar.. dan kalau rasa temp overheated..cuba buat benda lain dulu....baru facing diorang balik...aku penah jugak rasa nak marah je..tapi tak guna...dorang takkan paham...apa yg aku buat...aku cuba masuk bilik jap dlm 5 minit...cuci muka ke buang air ke..sikat2 rambut ke..pastu kuar balik...mesti tak jadi nak marah....alamak dah banyak membebel...satu perkara lagi kan...yang paling mujarab adalah doa seorang ibu...sentiasa mendoakan mereka anak-anak kita...insyallah... ok dah lah....aku punya dua posen....babai..


04 July 2012

Daku muncul lagi...

Posted by MamaShiLa at 12:05 PM 2 comments
Blog mmg dah bersawang dan tuan blog sgt malas nak mengemaskini blog apatah nak bersihkan sawang-sawang tu ----> hokey dah start merapu...


Baru je log in tgk interface blogspot dh baru..terkapai-kapai jugak mana nak cari dashboard...nak posting new entry....jumpa la jugak wpon sedikit sesat sana sini...ok la...can adapt...


Bila buka kat edit post...rupa-rupanya ada beberapa post yang aku duk tulis sebelum ni..x sempat nak publish terhanging begitu sahaja...semuanya berkenaan hidup baru aku kat sini... bila baca balik senyum sorang2 tapi nak publish kang mcm outdated dah...tgkla kot kot angin pasang rajin dtg aku bt summary posting2 tersebut....ve    ra    ngan......


Dah habis satu semester aku kat UPM ni.. sekejap je rasa.. skang baru rasa nak bernafas sikit...so rasa mcm nak post banyak2 entry lepas ni.... ye, ve    ra     ngan lagi....


Dalam pada dah habis satu semester, baby dlm perut ni pon dah cecah 8 bulan....sekejap sgt rasa...skang aku dah hubby sedang prepare baby stuffs...agak sukar sikit nak bt preparation sbb semua baby stuffs ada kat kampung...sedangkan aku kat sini...dilema pulak nak bersalin n berpantang kat mana...sebabnya aku punya EDD jatuh gedebuk pada 1 syawal...hubby cakap takkan tak nak balik raya...makanya hasil perbincangan dewan rakyat....kami sepakat plan kalau bersalin sblm raya...bersalin kat Bangi...kalau selepas raya...bersalin kat Trg...owh life is so complicated....masa jumpa gynae minggu lepas....dia siap pesan...rancang perjalanan ye.... bangi-trg bukan dekat tau...buatnya tengah-tengah jalan rasa nak push...jgn terbersalin atas highway sudah... gulp telan air liur jugak kan..janganla masin mulut gynae tu..


Skang tgh berangan lagi pasal baby stuff...setiap anak tu ade je benda-benda yang aku alahan kena beli...alahan ke..hahah...hubby cakap nafsu aku ni hebat bab shopping barang baby...tapi aku shopping xdelah sampai membazir...cukup sekadar keperluan...3 anak 3 stroller ye...ni nak tambah satu lagi..hubby aku cakap tak boleh belikan stroller dah..baiklah suami! tapi aku duk gilakan babywearer..herm herm herm..alasan? ziyad n baby kan gap umonya setahun...mesti nak bonding baik punya...jadinya aku nak beli wrap baru...hubby cakap ok..sekali dia cek....babywearers awak ade 4 dah..mcm2 stail dari adam sampai ziyad...semuanya pon xde koyak2..elok je...tapi aku nak jugak yang ni..sbb stail ni mcm xde lagik...

Comey kan...baby pon comfy duk dalam tu..yang paling penting hands-free! Namanya Moby Wrap..ada satu brand lagi Boba Wrap...fungsi sama je cuma harga je lain-lain....

Banyak dah aku merapu...time to go back to work...sambung kerja...semoga aku dapat apa yang aku nak..insyallah..

Kali ni pengembangan badan aku x comey lansung (mcmla sebelum ni comey sgt kan..)
cuma aku notice part tak comey tu sbb aku punye bumper blkg semacam je kembangnya..
makanya efek nampak kat bumper depan...apa-apa jelah...hahhaa...
sekian. terima kasih.



02 May 2012

What is originality?

Posted by MamaShiLa at 1:57 PM 3 comments
Sekadar perkongsian dengan teman-teman seperjuangan..kebiasaannya PhD akan dikaitkan dengan novelty, originality and contribution to new knowledge..adopted from Estelle M. Phillips and Derek S. Pugh, in their book How to get a PhD (3rd Edition 2000, Open University Press)....

  1. Setting down a major piece of new information in writing for the first time.
  2. Continuing a previously original piece of work.
  3. Carrying out original work designed by the supervisor.
  4. Providing a single original technique, observation, or result in an otherwise unoriginal but competent piece of research.
  5. Having many original ideas, methods and interpretations all performed by others under the direction of the postgraduate.
  6. Showing originality in testing somebody else's idea.
  7. Carrying out empirical work that hasn't been done before.
  8. Making a synthesis that hasn't been made before.
  9. Using already known material but with a new interpretation.
  10. Trying out something in your country that has previously only been done in other countries.
  11. Taking a particularly technique and applying it to a new area.
  12. Bringing new evidence to bear on an old issue.
  13. Being cross-disciplinary and using different methodologies.
  14. Looking at areas that people in the discipline haven't looked at before.
  15. Adding to knowledge in a way that hasn't been done before.
Maka....jika salah satu criteria ini ada pada kajian anda...itu sudah dikira contribution to your PhD..kalau examiner argue lagi..tunjuk buku ni...ko berani? aku tak berani....hahahha...

01 March 2012

Kids Fun Day

Posted by MamaShiLa at 8:54 AM 32 comments
So many works to do in my list, so little time I have, so lazy I do to blog... bring our kids to the theme park last week...except Ziyad..since he is too small to enjoy the park...there are thousand of pics taken but I am so lazy to upload...enjoy apa yg rajin terupload sudah...hehehe






as usual...haruslah enteprem...hahahaha..

wokeh babai...

22 February 2012

Ziyad 7 months old

Posted by MamaShiLa at 7:34 AM 2 comments

10 February 2012

Berapa harga untuk pandai?

Posted by MamaShiLa at 10:36 PM 4 comments
Kan best kalau pandai itu boleh dibeli dengan harga yang murah...hehehe...entry merapu sudah tiba.. bagi orang-orang yang "macam aku" yang masih lagi hijau tentang research...membaca artikel ilmiah seperti artikel jurnal adalah sangat sukar difahami...banyak terma dan syarat yang aku rasa sangat asing....sejak 2-3 hari fokus ke benda alah ni je, aku pelajari sesuatu yang baru..jadi aku nak share kat sini...
  1. Cuba bayangkan artikel tu adalah majalah gosip yang terhangat di pasaran dengan cover muka depan adalah Aaron Aziz yang bertajuk "Aaron Aziz nak kahwin satu lagi". Dengan itu, pasti anda terus fokus....
  2. Skim dulu keseluruhan artikel...bukan nak faham lagi....cuba belek2 tgk table n graf semua tu dan bayangkan tu gambar kek coklat ke...red velvet ke tak pun popcorn garret yang tengah  hangat di pasaran...lepastu jangan lupa highlight mana wording yang anda tak pernah jumpa, bayangkan anda sedang highlight recipe...
  3. Lepastu cuba tgk apa yang artikel tu sedang fokus (objektif), finding dan apa yang rasa lacking dlm paper tu. Ha....cuba bayangkan anda sedang membaca sorotan kisah percintaan Lisa Surihani dan Yusri KRU, dari mula dia kenal sampai dia nak kawen...lepastu anda pulak pengkritik majlis perkahwinan dorang seolah-olah andalah wedding planner terbaik abad ini...hehehe...
  4. Cuba tabulate atau buat buat flow chart atau apa2 lah yang anda rasa mudah difahami tentang artikel tadi...dan mulalah re-search wording yang anda highlight dan tak faham tadi satu persatu...step ni cuba bayangkan anda sedang mengisi peraduan teka nama anak Ayu Raudhah yg baru merancang nak mengandung sekarang ni....dan bayangkan anda memenangi peraduan tersebut dengan hadiah ipad2...
  5. Kemudian, baca balik artikel tadi satu persatu dengan lebih teliti, Insyallah kali ni lebih mudah faham...dan baca lagi baca lagi sampai anda terbayang-bayang author dia tgh bt eskperimen pasal artikel tu...kalau dh sampai tahap ni maksudnya anda dah mula faham malah boleh kritik lagi apa gaps yang ada...masa ni xde bayangan apa apa sbb anda tak tension lagi...orang dah pandai kan....hehehe
  6. Aku berlawak je ni..kadang2 bila kita rasa tension cuba-cubalah hiburkan hati sendiri kan....tapi aku rasa yang paling penting adalah DOA...jangan putus harap..jangan putus asa...Insyallah...

09 February 2012

Status bertukar...

Posted by MamaShiLa at 9:19 AM 4 comments
Maka dengan rasminya semalam aku dengan seikhlas hati telah mendaftar sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah everything went well. Meeting dengan sv sangat melegakan. Perasaan? Yang pertama lega kerana telah melepasi fasa pertama..bergelar student..but its not same as undergraduate..campus life huha life...bezanya aku sudah beranak 3...hehehhe...tapi rasanya otak ku ni sama je mcm dulu2...kedua perasaan adalah takut kerana soalan yang sentiasa ada...kenapa aku baca tak faham-faham? Alhamdulillah berjumpa dgn my BFF, Fizah banyak membantu...apa yang perlu buat itu ini begitu begini..widen perspective from my senior...Thank you Allah kerana memudahkan urusanku hari ini...mohon dipermudahkan seterusnya...amin....doakan aku kawan!!

06 February 2012

Melted

Posted by MamaShiLa at 12:04 PM 0 comments

02 February 2012

Usaha dengan DOA...InsyaALLAH

Posted by MamaShiLa at 9:52 AM 1 comments

31 January 2012

Hate this!

Posted by MamaShiLa at 8:21 AM 2 comments
Dah lama tak update tapi tiba-tiba update dgn rasa marah dan terkilan. Yes. This is true. My husband and I were very dissapointed when somebody has disturb our privacy and belonging...bila harta orang dibuat seperti harta sendiri..inilah jadinya..kesedaran diri berada pada tahap minimum. Kesian...why oh why...entry ni jugak untuk peringatan diri sendiri..please sedar diri di  mana tahap dan kemampuan kita..sigh.....semoga benda ni tak terjadi pada kami...dan kepada orang-orang yang berkenaan tolonglah...janganla terlalu mendongak ke langit..nanti jatuh tersungkur sakit sangat tau....

12 January 2012

My First Entry For 2012

Posted by MamaShiLa at 1:08 PM 5 comments
Tahun 2012 aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....dan Assalamualaikum. Blog memang dah naik sawang..tak sengaja tak nak update kerana banyak constraint yang berlaku sempena tahun baru 2012 ni dan semuanya aku sambut dengan Alhamdulillah...syukur.

Aku bukan sesibuk Perdana Menteri..wow good intro indeed...wallla...apa yang menyebabkan new year 2012 dimulakan dengan kesibukan adalah aku dan family dan pindah rumah. Our new house/ own house dekat Terengganu baru je siap 6 bulan..belum puas tidur atas tilam empuk sedunia...dah kena pindah..takpe ini Rahmat Tuhan...some friends may know n not...yang tahu biar tahu yang tak tahu remain tak tahu je lah...hahahaha...poyo betul statement 2012...kami dah pindah dan sekarang stay kat Selangor...untuk 3 tahun sahaja...Insyallah aku yakin 3 tahun sahaja not more than that...disebabkan itula kami sangat sibuk berpindah randah form KT-Selangor...dan Alhamdulillah everything went well...the house and the kids...thanx a lot to mr. hubby fullfilled everything for our new rented house...walaupon banyak sacrifice $$$$ and we became tenant again...hahaha...aku sayang kamu, suami! 

Done with our new life at Selangor...Adam pula starts his new school at Genius Aulad..Alhamdulillah aku boleh kata zero problem...maybe dia dah biasa sekolah so start his new school kat sini sangat x de apa nak risau...cuma aku as mommy biasela risau sbb Adam dah start go and back from school with school van. And amazingly Adam is so independent boy...dia boleh jalan sendiri from van, scan access card to get access to the lobby lift, and then get into lift and finally to our apartment unit on his own...owh i cried...anak mama dah besar!!!! Alhamdulillah again...
Genius Aulad Bandar Baru Bangi
During parent's orientation day
First day school was so sleeeeeepy....zzzzzz
Plus briefing from papa makes Adam become more sleepy
Seperti biasa mama pasti ada enteprem...mama was so excited...and Adam sangat boring camwhoring.....
2012 also starts with introduction of solid food to my little precious...Ziyad...he's just 5 1/2 months but i perasan the indication of laparness in him....after some simple research and there are so many yes to the questions when to start solid food to my baby...my husband and i decided to let Ziyad makan.....i start with papaya n apple puree...once a day and  become twice a day...but Ziyad still showing some signs of tak cukup makan lagi....so I decided to start with carbo which is bubur...of course bubur with liquid texture...and plus with carrot, pumpkin and spinach puree...sebagai perasa...and Alhamdulillah Ziyad wean so well...mmg dia sangat lapar...so now the routine goes like this...


Breakfast: Bubur + Carrot puree
Lunch: Bubur + Pumpkin puree
Tea: Apple puree (penting for his poo poo!)
Dinner: Bubur + Carrot + Spinach puree


Ziyad was so happy dapat makan! Mama happy oso makes papa proud....hahhaa...papa pulak proud ye...because everything were homemade...mama gigih buat stok makanan tuk Ziyad...and im thinking of tukar menu Ziyad next week....

Alamak terdelete gambar Ziyad mamam...gambar ni masa lepak at our apartment's park
Ziyad and Abg Iman camwhoring...
That's Ziyad....untuk mamanya pulak....2012 starts with menghabiskan saki baki cuti tahun 2011...hoyeh sangat bahagia...lebih lebih lagi suami terchenta ada di sisi...sila muntah! so tempat baru duniA baru..kerja baru semasa cuti adalah explore tempat makan...explore tempat berjimba-jimba...muhahaha...nasib baik ada Mr. GPS...takdela makan buah langsat....
Enteprem...
dan seperti biasa...acara masak-masak di rumah baru...
Notice Ziyad's pureee dalam bekas oren tu!

No update pasal Iman n papa...kerana semuanya normal sahaja...to my readers...happy new year 2012...may Allah grant us with happiness, wealth, health and success....Amin....will soonest update about my life as a student!
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device