03 August 2012

Seronoknya PhD hanya Tuhan yang tahu

Posted by MamaShiLa at 7:58 AM
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dan 14 hari  aku berjaya mengharungi Ramadhan dalam keadaan sarat begini. Di pagi Jumaat yang tenang dan indah, terbaca satu entry berkenaan PhD. Aku belum layak untuk membicarakan tentang pengalamanku dalam dunia yang keseorangan ini..ye.... keseorangan kerana diri sendiri sahaja yang berperang dan berjihad dengan penyelidikan sendiri.. makanya dengan berbesar hati nak share sikit apa yang aku baca sebentar tadi.. very inspiring writing..


Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Petang tadi, saya berpeluang bertemu dengan beberapa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ph.D di IPTA. Saya mendengar cerita-cerita mereka. Banyak yang tidak menarik, menjadikan PhD ini jalan yang tidak indah.

Bayangkan mereka menyediakan proposal setebal lebih 100 halaman. Bagi saya, ini bukan proposal. Proposal sepatutnya pendek sahaja. Yang patut diutamakan ialah beberapa siri kajian, atau berapa banyak 'kelompangan (gap)' yang sepatutnya ada dalam kajian.

Bayangkan, kalau proposal sudah setebal ini, maka berapa lama masa yang telah digunakan? Lama bukan.

PhD bukanlah proposal. PhD ialah kajian bagi menemukan sesuatu. Kalau terlalu banyak masa dihabiskan untuk proposal, sangat sukar untuk menjalankan kajian yang mantap. Dengan masa yang tinggal sekitar 2 atau 3 tahun, bilakah pula waktunya mereka akan menjalankan kajian?

Saya tidak setuju dengan aliran yang berpandangan bahawa proposal yang tebal itulah menjadikan sesuatu kajian itu mantap. Sebagai pelajar PhD, mereka harus diberikan peluang meneroka dan banyak kepercayaan. tugas penyelia ialah menunjukkan jalan yang betul. Bukan menyiksa pelajar dengan hal yang bukan-bukan.

Saya datang dari persekitaran kerja swasta. Saya mempunyai personaliti A. Maknanya, setiap pelajar saya perlu berkerja dengan cepat dan berfikir dengan pantas. Sekiranya mereka mampu menyediakan proposal setebal 15 halaman, itu pun sudah memadai. Yang utama, mereka tahu di mana kelemahan kajian lalu, dan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teori yang digunakan.

Setelah data dikutip, barulah perjalanan PhD sebenar akan bermula. Saya akan 'menyiksa' pelajar saya dengan pertanyaan tak kunjung henti. Saya tidaklah mahukan mereka merasakan siksaan itu. Saya mahu mereka menyelesaikan kutipan data secepat mungkin, kerana kalau nanti ada kesalahan di sana sini, dengan baki masa 3 tahun mereka boleh menutupnya dengan kajian yang lain. Jadi, lebih baik berkerja keras dahulu, dan senang kemudian.

Saya tidak sedikit pun teruja dengan proposal yang tebal. Itu adalah buku. Saya teruja dengan siri kajian beberapa kali, atau statistik yang agak kompleks, dan menulis dengan cara yang betul.

Bagaimana kalau mereka tidak mampu. Saya akan mengajarnya. Lebih baik menjadi Yuna yang menyanyikan banyak lagu, daripada seniman agung yang mengambil masa 3 tahun menuliskan lirik, tetapi tidak pernah sempat dinyanyikan. Orang lain sudah menghasilkan banyak album, sedang anda masih mencari apakah lirik terbaik. Ia pekerjaan bodoh.

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Selamat berjuang buat semua yang sewaktu denganku. Moga Allah membuka pintu jalan buat kita untuk meneroka ilmuNya dan memperoleh PhD dengan jayanya...InsyaAllah.

3 comments:

Meen Sabri on August 13, 2012 at 2:59 PM said...

Ye... PhD amat menyeronokkan.... saya sangat setuju....

Meen Sabri on August 13, 2012 at 2:59 PM said...

Ye... PhD amat menyeronokkan.... saya sangat setuju....

bunga daisy on August 15, 2012 at 1:06 PM said...

master pun tak amik lagi...sometime rasa mcm nk further tp tmpt keje i ni takde benefit ape pun kalu employee dia ada master. jd di situ tergendala la ...tp bile tgk kwn2 lain ramai yg further study jelous pun ada gak...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device