Showing posts with label Kerja Saya. Show all posts
Showing posts with label Kerja Saya. Show all posts

12 December 2011

Benda paling boring bila anda bekerja seperti saya adalah....

Posted by MamaShiLa at 12:15 PM 2 comments
Ramai orang kata kerja macam aku ni takde kerja..meh tgk..ada kerja ke takde kerja...hehe



Ini semua adalah skrip yang belum, sedang dan sudah dimarking

Hahahaha...faktanya, 

86 pelajar
8 tugasan (setiap tugasan ada 6 lukisan)
2 ujian
2 kuiz

Kalau anda bijak matematik cuba kalikan berapa helai kertas perlu ditanda? 
Tu baru pengajaran....blom masuk yg lain lagi...ada 7P kesemuanya...muhaha

Tips nak tanda kertas:

Setkan target..contohnya dalam masa satu jam nak siapkan 20 skrip...bila dah siap tanda...kadang-kadang masa untuk marking tak sampai 1 jam pon...lepastu chill dulu...dptkan refreshment...then sambung balik...meaning kalau target kita dalam satu hari nak siapkan penandaan 100 skrip...kita hanya perlu spent 5 jam sajo...3 jam lagi (sementelah waktu bekerja 8 jam kan...) boleh buat kerja-kerja lain....baru tak stress...tapi kalau mendapat jawapan yang stress yang memerlukan kita pikir 100 kali..tanda 3 paper pon dah rasa macam ni...

Mokcik google punya pic

hahaha...
cheers!

02 December 2011

Orientasi student baru

Posted by MamaShiLa at 6:54 PM 0 comments
Baru-baru ni berkempatan join program orientasi student baru...layan gambar....


KJ ku yang best!







Macam-macam gelagat diorang kan..sayangnya aku tak sempat nak ngajor dorang ni....

22 April 2011

Honda Civic FD 2.0 For Sale

Posted by MamaShiLa at 8:32 PM 0 comments



Tahun 2006
First Owner
Mugen bodykit + door visor

Kami suami isteri ingin menjual kereta ini
Siapa yang berminat silalah call..

012-9838082 (Engku Ahmad)
012-9888082 (Shila)

Price: RM90800
Nego

13 April 2011

Bergambar bersama studentku..

Posted by MamaShiLa at 12:54 PM 4 comments
Nak letak pic ngan student yg diambil semalam
Sempena pembubaran exco lama kelab
Yang akan digantikan dgn kepimpinan baru
Cewah..mcm pilihanraya plak..

Dah nak masuk 3 tahun since 2008
Aku jadi penasihat Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH)
Insyallah..tahun depan mak bersara ye..

Kenangan gambar ni jugak..
Aku tgh pregnant 6 bulan

Gambar sedikit blur sbb aku save as from fb je..
Korang spot le mana aku yek...berjaya aku mencover perut..ngeh ngeh..

23 March 2011

Rezeki baby hari ini..

Posted by MamaShiLa at 4:23 PM 3 comments
A quick update
Baru je ngidam-ngidam Red Velvet Cake/Cupcake
Tapi dok pandai buat

Surprisingly, seorang student ku telah menyusahkan dirinya utk membuat sendiri cake tu dan hantar ke bilik
Oh terharu
Terima kasih banyak-banyak Diyana
X tau nak cakap apa dah
Tinggal nak mamam je
X sabau

Siap wrap cantik-cantik...Suka!

Ladybird itu sgt menggoda

Dapat lagi 2 cuppies...sorang tutor kat jabatan aku
Noorlyn namanya
Dia dah nak pg buat PhD kat UKM
Dia dtg bersama 2 cuppies yg comel ini utk say goodbye..
Huhu...sedih rasa..
And good luck to Noorlyn..
Insyallah kita jumpa di sana nnt..

Yummeh!
Background soklan final exam tu...hehe

Maaf...
cuppies ni sume sgt comey tapi kualiti gambar menggunakan iPhone8 (korang ada?) ni sgt2 buruk jadinya..ekeke

27 October 2010

Blog Research

Posted by MamaShiLa at 11:07 AM 3 comments
Hari ni some of my students yg buat PITA dgn saya telah membuat pembentangan progress projek dorang...Opps...PITA adalah Projek Ilmiah Tahun Akhir 
yang mana dorang kena hasilkan satu projek penyelidikan pada tahun terakhir dan mesti lulus sebagai syarat bergraduat...

Ape yg sy nak share di sini ialah...
One of my student bgtau saya dia ada ada buat blog berkenaan progress dia menyiapkan research tersebut..
haiyaakkk...
apa perasaan?
mestilah bangga...!

Ini link blognya anothercoconutstory

my research concern skrg ialah on waste material yg boleh kita benefitkan utk tujuan2 tertentu...

bangga bila ada pelajar appreciate apa yg dia buat...bukan semata-mata for grading..

That's all..sekadar berkongsi.. 

25 October 2010

Trip ke Bukit Tagar dan Cyberjaya

Posted by MamaShiLa at 4:44 PM 2 comments
Weekend yg lepas sy bersama sekumpulan pelajar pergi ke 2 tempat di sekitar Selangor bagi lawatan teknikal...atau dlm kata lainnya lawatan sambil belajar..2 tempat yg kami pegi ialah:

1. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Bukit Tagar
2. Indah Water Konsortium

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar

Tahukah kita ke mana sampah kita dibawa pergi oleh lori sampah?
hihi...soalan yg agak kelakar..semua tahu jawapannya..
semua sampah kita akan diangkut ke tapak pelupusan sampah la kan...

Tahukah kita bahawa kita di Malaysia mempunyai satu tapak pelupusan sampah sanitari yg lengkap dan terbesar di Asia?
kalau tak tahu...skrg anda sudah tahu!!!
Tapak pelupusan ini merupakan yang terbesar dan tercanggih abad ini..dan ia satu2nya di Asia!!!! Mak bangga!

Apa yang dimaksudkan sanitari?
Sanitari merujuk kpd kemudahan/ facilities yang melengkapi suatu tapak pelupusan sehingga kawasan tersebut tidak lagi memudaratkan atau memberi kesan negatif terhadap alam sekitar..

erm...nak cite pasal trip...terbuat kuliah plak kat sini...nway...layan je la keseronokan kami menimba ilmu...
:)

Tapak pelupusan ini dimiliki oleh KUB-Berjaya Enviro Sdn. Bhd.

Sebahagian dari student yg join trip ni..

Apa tu...inilah fasa yang telah ditutup setelah penuh dgn sampah...dipadatkan dan dilapisi dengan lapisan telap air...sampah ini akan menghasilkan gas metana...gas ini sangat mudah terbakar dan di sini telah dilengkapi dengan methane recovery system...[aiseh...kuliah lagi...kalau nak tahu google sendiri la ye]

Kami sedang diberikan penerangan tentang methane combustion tower kat blkg tu...

ekeke...

Posing dulu sblm ke next station...

From previous to next station ni dekat je...tapi dorang ni sempat lagi berkarok...ekeke...

Kat bawah tu lori sampah tgh unload sampah-sampah yg dikutip di sekitar KL

Close up...

Seperti biasa...posing

Air sampah yg terhasil juga dirawat dengan sepenuhnya di sini...ha..ini sebahagian rawatan yang dilaksanakan..

Perbezaan leachate yang belum dirawat dan selepas dirawat...air yang dah dirawat kualitinya boleh diminum selepas direbus..tapi takdelah pulak dibuat minum...selepas memenuhi spesifikasi yang diperlukan...barulah selamat untuk dilepaskan ke sungai..tapi kat sini zero discharge diamalkan..jadi air bersih tu diorg buat siram pokok kelapa sawit yang mengelilingi kawasan ni...n pokok2 tersebut hidup subur.....:)

Posing lagi sblm ke next plant....

Indah Water Konsortium (Unit Langat, Cyberjaya)

Tahu tak selepas kita flush toilet, air tu pg ke mana?
Semua air tu akan masuk ke satu sistem rawatan...ada 2 jenis sistem...yg pertama septic tank yg selalu ada kat blkg umah kita....yang kedua terus ke wastewater treatment plant mcm yg kat Cyberjaya ni...tempat ni adalah tempat merawat air toilet yg kita flush tadi..bagi penduduk Cyberjaya...layan gambar...

Sebahagian rawatan yang sedang berlaku...waktu kami sampai cuaca tak berapa mengizinkan tapi kami redah aje....

Tgklah kualiti air sisa sebelum dan selepas rawatan...

Seperti biasa...pose kanak-kanak Ribena...hehe...jgn marah korang..

Takde kena mengena dgn yg hidup atau yg mati..saje nak close up sikit jaket yg dorang pakai tu...

Maknye nak pose jugak....ni kat depan clarifier...tujuannya..utk clarify everything...hihi..

Okla itu aje...
sekadar berkongsi..

05 October 2010

Masuk paper

Posted by MamaShiLa at 12:50 PM 2 comments

Entry menyampah buat sesetengah orang...hehe...
Beberapa program yang ku attend telah di"publish"kan dlm paper...jadi kufikirkan lebih baik diabadikan dlm blog ni...nnt dah pencen tua tua seksok..leh review balik wat kenangan...walaupun kehadiran diriku dlm gambar2 ni cuma cenonet je...tapi buat insan kerdil ini...ia amat berharga untuk dikenang....

Sewaktu Majlis Anugerah Malim Ilmu 2010..majlis ni memberi penghargaan kpd semua penyelidik yang berjaya mempublishkan research mereka..saya dapatla satu... :)

Yang ni plak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...sebagaimana entry sblom ni kan...Alhamdulillah....dah dapat, nak kekalkan pulak payah kurasakan...tapi insyallah...akan ku cuba...

Kalau kawan-kawanku ade terbaca entry merapu2 dulu...ha...inilah penyebabnya...hihi...saya duk menguruskan program ni...dari awal sampai ke kemuncak program...sewaktu merapu2 tu selalu terpikir kalau program x jadi ke hapa ke...skrg program dh setel...teruja plak rasa bila ade jugak masuk paper pasal program ni... gambar-gambar cantik kat Pulau Perhentian sila tgk kat sini..

Itu saje buat kali ini....daaaa...

03 October 2010

I was spotted!

Posted by MamaShiLa at 2:23 PM 2 comments

Seseorang telah men"spot" gambar saya dalam galeri gambar....
tapi semua gambar yang tak semenggah...
layan...
Ni waktu mula-mula berkhidmat...dah lupa apa nama bengkel ni...

Sewaktu bengkel pengajaran dan pembelajaran...
Sungguh ku tak perasan waktu ni...semewek mukaku....

Ni plak tgh dgr keynote speaker...hihi..juga muka tak semenggah...

Jadi, lepas ni kalau agak-agak dalam event korang attend tu ada photographer...bersedialah dan sentiasa senyum..hihihi...


23 September 2010

Majlis Anugerah Tahunan 2010

Posted by MamaShiLa at 9:16 PM 8 comments

Hari ini lebih tenang dari semalam..
Tiba-tiba
Dapat invitation ni..


Inside view..

Zoom in...
Alhamdulillah...
Setelah 3 tahun bekerja..
Terubat segala penat lelah selama ni...

Walaupun bagi org lain..benda ni dh biasa tapi bagi diriku..ia satu penghargaan untuk kerja lebih keras lagi dan lebih berkualiti dari sebelumnya..kalau di flashback..banyak juga pengorbananku....[aku rasala...hihi]

  • Bawak balik kerja ofis ke umah...buat kerja di tgh2 malam bila semua dh tidur...
  • Kerja di hujung minggu..mencuri2 waktu yg sepatutnya diluangkan dgn suami dan anak-anak..-kadang-kadang saya heret suami sekali suruh temankan...[dasar penakut]
  • Mengambil cuti untuk bekerja [apa tu?]- kadang-kadang terpaksa buat mcm ni utk menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan tanpa gangguan dari pelajar..ambil cuti, pergi ofis, kunci pintu, buat kerja...
Alhamdulillah...semuanya terbalas...
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device