Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

03 August 2012

Seronoknya PhD hanya Tuhan yang tahu

Posted by MamaShiLa at 7:58 AM 3 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dan 14 hari  aku berjaya mengharungi Ramadhan dalam keadaan sarat begini. Di pagi Jumaat yang tenang dan indah, terbaca satu entry berkenaan PhD. Aku belum layak untuk membicarakan tentang pengalamanku dalam dunia yang keseorangan ini..ye.... keseorangan kerana diri sendiri sahaja yang berperang dan berjihad dengan penyelidikan sendiri.. makanya dengan berbesar hati nak share sikit apa yang aku baca sebentar tadi.. very inspiring writing..


Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Petang tadi, saya berpeluang bertemu dengan beberapa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ph.D di IPTA. Saya mendengar cerita-cerita mereka. Banyak yang tidak menarik, menjadikan PhD ini jalan yang tidak indah.

Bayangkan mereka menyediakan proposal setebal lebih 100 halaman. Bagi saya, ini bukan proposal. Proposal sepatutnya pendek sahaja. Yang patut diutamakan ialah beberapa siri kajian, atau berapa banyak 'kelompangan (gap)' yang sepatutnya ada dalam kajian.

Bayangkan, kalau proposal sudah setebal ini, maka berapa lama masa yang telah digunakan? Lama bukan.

PhD bukanlah proposal. PhD ialah kajian bagi menemukan sesuatu. Kalau terlalu banyak masa dihabiskan untuk proposal, sangat sukar untuk menjalankan kajian yang mantap. Dengan masa yang tinggal sekitar 2 atau 3 tahun, bilakah pula waktunya mereka akan menjalankan kajian?

Saya tidak setuju dengan aliran yang berpandangan bahawa proposal yang tebal itulah menjadikan sesuatu kajian itu mantap. Sebagai pelajar PhD, mereka harus diberikan peluang meneroka dan banyak kepercayaan. tugas penyelia ialah menunjukkan jalan yang betul. Bukan menyiksa pelajar dengan hal yang bukan-bukan.

Saya datang dari persekitaran kerja swasta. Saya mempunyai personaliti A. Maknanya, setiap pelajar saya perlu berkerja dengan cepat dan berfikir dengan pantas. Sekiranya mereka mampu menyediakan proposal setebal 15 halaman, itu pun sudah memadai. Yang utama, mereka tahu di mana kelemahan kajian lalu, dan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teori yang digunakan.

Setelah data dikutip, barulah perjalanan PhD sebenar akan bermula. Saya akan 'menyiksa' pelajar saya dengan pertanyaan tak kunjung henti. Saya tidaklah mahukan mereka merasakan siksaan itu. Saya mahu mereka menyelesaikan kutipan data secepat mungkin, kerana kalau nanti ada kesalahan di sana sini, dengan baki masa 3 tahun mereka boleh menutupnya dengan kajian yang lain. Jadi, lebih baik berkerja keras dahulu, dan senang kemudian.

Saya tidak sedikit pun teruja dengan proposal yang tebal. Itu adalah buku. Saya teruja dengan siri kajian beberapa kali, atau statistik yang agak kompleks, dan menulis dengan cara yang betul.

Bagaimana kalau mereka tidak mampu. Saya akan mengajarnya. Lebih baik menjadi Yuna yang menyanyikan banyak lagu, daripada seniman agung yang mengambil masa 3 tahun menuliskan lirik, tetapi tidak pernah sempat dinyanyikan. Orang lain sudah menghasilkan banyak album, sedang anda masih mencari apakah lirik terbaik. Ia pekerjaan bodoh.

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Selamat berjuang buat semua yang sewaktu denganku. Moga Allah membuka pintu jalan buat kita untuk meneroka ilmuNya dan memperoleh PhD dengan jayanya...InsyaAllah.

10 February 2012

Berapa harga untuk pandai?

Posted by MamaShiLa at 10:36 PM 4 comments
Kan best kalau pandai itu boleh dibeli dengan harga yang murah...hehehe...entry merapu sudah tiba.. bagi orang-orang yang "macam aku" yang masih lagi hijau tentang research...membaca artikel ilmiah seperti artikel jurnal adalah sangat sukar difahami...banyak terma dan syarat yang aku rasa sangat asing....sejak 2-3 hari fokus ke benda alah ni je, aku pelajari sesuatu yang baru..jadi aku nak share kat sini...
  1. Cuba bayangkan artikel tu adalah majalah gosip yang terhangat di pasaran dengan cover muka depan adalah Aaron Aziz yang bertajuk "Aaron Aziz nak kahwin satu lagi". Dengan itu, pasti anda terus fokus....
  2. Skim dulu keseluruhan artikel...bukan nak faham lagi....cuba belek2 tgk table n graf semua tu dan bayangkan tu gambar kek coklat ke...red velvet ke tak pun popcorn garret yang tengah  hangat di pasaran...lepastu jangan lupa highlight mana wording yang anda tak pernah jumpa, bayangkan anda sedang highlight recipe...
  3. Lepastu cuba tgk apa yang artikel tu sedang fokus (objektif), finding dan apa yang rasa lacking dlm paper tu. Ha....cuba bayangkan anda sedang membaca sorotan kisah percintaan Lisa Surihani dan Yusri KRU, dari mula dia kenal sampai dia nak kawen...lepastu anda pulak pengkritik majlis perkahwinan dorang seolah-olah andalah wedding planner terbaik abad ini...hehehe...
  4. Cuba tabulate atau buat buat flow chart atau apa2 lah yang anda rasa mudah difahami tentang artikel tadi...dan mulalah re-search wording yang anda highlight dan tak faham tadi satu persatu...step ni cuba bayangkan anda sedang mengisi peraduan teka nama anak Ayu Raudhah yg baru merancang nak mengandung sekarang ni....dan bayangkan anda memenangi peraduan tersebut dengan hadiah ipad2...
  5. Kemudian, baca balik artikel tadi satu persatu dengan lebih teliti, Insyallah kali ni lebih mudah faham...dan baca lagi baca lagi sampai anda terbayang-bayang author dia tgh bt eskperimen pasal artikel tu...kalau dh sampai tahap ni maksudnya anda dah mula faham malah boleh kritik lagi apa gaps yang ada...masa ni xde bayangan apa apa sbb anda tak tension lagi...orang dah pandai kan....hehehe
  6. Aku berlawak je ni..kadang2 bila kita rasa tension cuba-cubalah hiburkan hati sendiri kan....tapi aku rasa yang paling penting adalah DOA...jangan putus harap..jangan putus asa...Insyallah...

09 February 2012

Status bertukar...

Posted by MamaShiLa at 9:19 AM 4 comments
Maka dengan rasminya semalam aku dengan seikhlas hati telah mendaftar sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah everything went well. Meeting dengan sv sangat melegakan. Perasaan? Yang pertama lega kerana telah melepasi fasa pertama..bergelar student..but its not same as undergraduate..campus life huha life...bezanya aku sudah beranak 3...hehehhe...tapi rasanya otak ku ni sama je mcm dulu2...kedua perasaan adalah takut kerana soalan yang sentiasa ada...kenapa aku baca tak faham-faham? Alhamdulillah berjumpa dgn my BFF, Fizah banyak membantu...apa yang perlu buat itu ini begitu begini..widen perspective from my senior...Thank you Allah kerana memudahkan urusanku hari ini...mohon dipermudahkan seterusnya...amin....doakan aku kawan!!

15 November 2011

Perihal Sekolah Adam

Posted by MamaShiLa at 4:14 PM 7 comments
Sekolah mama dah dapat..sekarang sedang pulun mencari tempat tinggal a.k.a rumah sewa dan sekolah Adam...puas membaca pelbagai testimoni berkenaan kindie..akhirnya saya dan suami membuat keputusan nak hantar ke..


Sebabnya...sekolah Adam sekarang adalah Islamic based jadi saya nak Adam teruskan kepetahan dia mengaji dan membaca doa (Alhamdulillah...semua doa dia ingat..kadang2 mama dia yang lupa banyak doa), azan dan zikir..jadi saya rasa elok diteruskan...sejuk hati saya setiap kali Adam melaungkan azan dan mengajak saya solat berjemaah dan dia mahu jadi Imam (kerana dia selalu jadi Imam kalau solat kat skool dia)...sekarang pon kalau kami berjemaah dia yang action duduk depan konon jadi imam..tapi sebenarnya papanya yang imamkan solat..


Jadi..saya berharap dengan hantar ke GA dia akan lebih mahir mengaji dan sebagainya...bagi saya anak-anak biarlah ada asas agama..bila diorang dah besar nanti..sekiranya kita tak dapat mengajar mereka lagi dan mereka terlalai sekurang-kurangnya mereka tahu kembali kepada Allah...

Kalau nak tahu details boleh ke website GA klik sini ..banyak branch dan saya memilih cawangan Bandar Baru Bangi...wah...rumah blom tahu kat mana...dah daftar anak sekolah! Takpelah...rumah boleh cari lagi....sekolah kalau penuh sbb terlambat daftar..mama menyesal tak sudah nanti...

Alhamdulillah GA memudah cara apabila pendaftaran boleh dibuat secara online..saya telah mendaftarkan Adam minggu lepas...dan minggu ini..saya bersyukur kerana....

Alhamdulillah...tapi kena proceed ngan payment dulu...tapi kami masih di Terengganu..uhuk uhuk...ada sapa-sapa boleh tlg pergi ke GA Bangi tak tolong kami proceed dgn first payment ni? Kalau Ada yang sudi menolong...harap dpt bgtau k...harap sgt Adam dpt belajar kat sini..okla just a short entry...till then..

Antara video yang kebetulan ada dalam my phone...abaikan benda2 yang bersepah tu...dan juga keamaturan merekod video ni...ekeke


13 November 2011

Apa pelajar PhD perlu tahu

Posted by MamaShiLa at 10:17 AM 4 comments
Pembacaan hari ini..hari Ahad yang blues bagi pekerja di sebelah pantai timur...membawa kepada ini..nak share ngan korang...boleh rujuk kepada blog Major Kesatria Dr. Norzaidi...klik di sini untuk ke blog beliau


"Pada entry yang lepas, saya membicarakan mengenai ciri-ciri yang perlu ada bagi penyelia. Anda juga perlu tahu apabila anda menjadi pelajar PhD, ada satu perkara penting. Jika anda seorang pelajar PhD, maka boleh dikatakan 95% kerja penyelidikan datang daripada anda, dan hanya 5% sumbangan dari penyelia. Apa maksud 95% kerja penyelidikan dari anda sendiri? Begini jawapannya. Kebanyakkan pelajar PhD masih terkeliru dengan cara belajar peringkat sarjana dan masih mengamalkannya untuk peringkat PhD. Mungkin diperingkat sarjana, penyelia akan banyak membantu dari tatacara menjalankan kajian, pengenalan kepada literatur, cara mendapatkan artikel dari online database, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, di peringkat PhD, anda sudah dianggap arif tentang selok-belok menjalankan kajian. Oleh yang demikian, anda akan 'bersendirian' atau bekerja secara 'independent' bagi menyiapkan kerja penyelidikan PhD. Jika ada masalah, barulah anda akan merujuk kepada penyelia. Penyelia jarang sekali akan mengajar, sebagai contoh; apakah jenis variables yang perlu ada dalam model anda, apakah jenis research method yang dipakai, bagaimana nak conduct survey, dan macamana nak run factor analysis. Kita kena belajar sendiri. Kita perlu mencari pakar rujuk atau paling kurang beli buku penyelidikan. Tetapi ada juga yang bernaib baik. Ada penyelia yang pemurah, sudah pasti mereka akan menolong pelajar PhD. Sampai tajuk dan artikel dicarikan untuk anda. Anda perlu bersyukur jika mempunyai penyelia yang sedemikian. Bagaimana pula bagi yang tidak bernasib baik? Jika anda tergolong dalam kategori ini, maka jalannya ialah dengan mengadakan perbincangan dengan teman PhD yang lainInsyaAllah dengan kumpulan ini, ianya akan dapat membantu anda dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Selalu saya pesan, jika anda sudah 'terlalu' bosan dan tepu dengan PhD, maka ambil rehat sehari dua, dan jangan ingatkan PhD anda bila pergi vacation. Jangan bawa laptop anda bersama. Lupakan sejenak. Betul-betul rehatkan minda dan badan anda. Jika sudah 'sembuh' maka sambung balik kerja anda. Pengalaman saya semasa buat PhD dulu saya amalkan. AlhamduLillahmujarab. Saya banyak berehatkan minda dan badan di Cameron Highland, di South Korea, di Switzerland dan di Pittsburgh, USA (pergi pertandingan rekacipta + vacation).AlhamduLillahrelease tension. Lebih baik buat umrah/haji...doa kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan baik."

24 October 2011

Why is it so hard to think positive?

Posted by MamaShiLa at 2:37 PM 2 comments
Yeah..maybe the title is a bit irritating for some people..do i cares? Ekeke...i am positive thinker for most of my daily life..what i did..what i went through...family and work activities..but when it comes to PhD..it always end up with so negative mind...negative and negative...oh ya...before i forget...this entry just a sharing outlook for those who cares...sharing is caring, isn't it? 

But yesterday totally change my mind...all this while i thought that my proposal...referring to my proposal title exactly...was a "junk"..not feasible...very shallow..what happen was i had the opportunity to discuss my title and PhD plan with Dr. Ir. Shamsuddin ..he is Deputy Director General (Development) of Department of Environment, Malaysia. He was appointed as my department's professor adjung (dont know english term for this) so he came as an adviser for our undergraduate program. Luckily...his thought on my proposed project was so positive...he voiced out his comments and it open my eyes...my view on PhD my and exactly my mind totally change...i felt so lucky meeting him yesterday...and syukur to Allah for the simple meeting but he shared his big thought...i am so delighted!! syukur syukur..

I should move forward with this + symbol...plz keep it in your mind..your heart...so you always in your track...dont feel you are a loser before you fall in PhD road...many people want to be in your shoes...doing PhD with sponsorship...so you are one of the lucky person on earth among thousand..this is your opportunity..by hook or by crook..you must redah..but in redah je, u must be in a positive way...just imagine that you are fighting with cancer (which is nauzubillah..mohon dijauhkan)...mati is kuasa Tuhan...yang penting is doa....and always percaya...Allah maha mendengar!!!!

Alhamdulillah...i still remember one of his comment on my project and makes me feel terloncat2 was..."you have a very sound proposal..and i think you can make it"...im overwhelmed...

My spirit rising like a lightning...sharp, loud and shine!

This is the end of my entry and i want to share this...

Great people talk about ideas,
Medium people talk about things,
Small people talk about other people.

A quote from a wise man at my workplace..


16 October 2011

Bersabarlah wahai hati

Posted by MamaShiLa at 8:35 AM 4 comments
Ingin kukongsikan sedikit quote yang aku baru baca dari fb tadi...bila rasa tense...bacalah entry ni..mungkin dapat mengubat hati dan membangkitkan kembali motivasi diri..khas buat diri sendiri dan sahabat-sahabatku...
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

...................................................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

Apa jua yang berlaku...tadahkan tanganmu mohonla doa...

06 October 2011

Perjalanan masih jauh

Posted by MamaShiLa at 11:03 AM 7 comments
Semalam hati gundah gulana dan mood swing semacam..perasaan nak nangis je...hari ni Alhamdulillah..matahari memancarkan sinar tak seperti hari sebelumnya...cuaca tak menentu hati juga kacau..


Hari ni aku dan 2 orang teman seangkatan melangkah longlai ke Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti bagi menghadapi temuduga bagi calon yang ingin memohon cuti belajar..oh sungguh longlai dah lemah..sudah lama tidak mengharungi detik mendebarkan..seumpama menghadiri temuduga jawatan pensyarah 4 tahun yang lalu..aku benci perasaan gundah gulana ini...senjata kami yang paling kuat adalah doa...


Kami dipanggil temuduga secara berjemaah mengikut fakulti..nasib baikla kami bertiga..kalu sorang-sorang mahu lagi ketar lutut aku...darah pon tak mengalir..mungkin pada pandangan orang, ala ini perkara biasa..buat apa nak takut...tapi bagi kami.. consciousness itu penting...bersedia itu penting...dan berdebar itu juga penting supaya kita tidak tersalah memberi jawapan...


Bertemuduga di kalangan professor...aduh ceteknya ilmu di dada...seorang dari kami berhasrat ke Aberdeen, Scotland dan seorang lagi ke Bradford, Yorkshire...aku? Serdang je...UPM...pelbagai soalan ditanya..Alhamdulillah kami menjawabnya dengan baik (bukan perasan tau!)...with Allah wills kami tidak terlalu tersasar jawapannya..ok ok saje...melangkah keluar dari temuduga..langkah lebih yakin dengan semangat baru...Insyallah kalau diluluskan cuti belajar dan biasiswa ini...maka kami kembali ke sekolah semula...mencari ilmu Allah..berbekalkan ilmu di dada yang cetek ini..semoga Allah mengizinkan kami berkongsi ilmu mu...Ya rabbi...


Antara soalan yang ditanya..buat panduan kawan2 yang akan melalui proses sama sepertiku...persediaan untuk pergi belajar..mengapa universiti dan professor (sv) tersebut yang dipilih...apakah outcome yang akan bawa balik ke uni nanti...dan sedikit sebanyak berkenaan personal..perihal suami dan anak2...inilah sebabnya aku rasa nak menangis semalam..wapun pengakuan ni memalukan tapi takpelah...sebagai kenangan aku masa hadapan..cabaran yang aku harus tempuhi dalam kehidupan yang lebih bermakna..Alhamdulillah..dah habis inteviu..phewww! 


Ni baru temuduga...perjalanan masih jauh..tugas kita adalah berusaha meneroka ilmu Allah...senjata kita adalah doa..Insyallah...PhD...semoga digenggamanku suatu hari nanti...


 Tahun 2005..masa dapat degree in Civil Engineering dari UTM..masa ni pregnantkan Engku Adam 3 bulan...

Tahun 2007...Master degree in Civil-Environmental Management juga dari UTM (im loyal!!)..Engku Adam berusia 1 tahun masa ni...blom tau apa-apa lagi...

Harap-harap cita-cita nak menukar mortar board ke beef eater akan kesampaian 3 tahun lagi..dengan usaha dan keyakinan...! Insyallah..Shila boleh!

Kalau Allah bagi keizinan untuk berjaya dapatkan PhD..tak sabar nak tengok gambar konvo macamnana yek..anak dah berderet ni...kekeke..

28 September 2011

How to start your research proposal?

Posted by MamaShiLa at 11:49 AM 0 comments
I found this and i would like to keep it in my blog..

HOW TO START YOUR RESEARCH PROPOSAL...
  1. Start from libraries 
  2. A random search on a topic is not possible in general, and never recommended. Coordinate your efforts. If you can find a recent dissertation on the subject you are interested, it is great source of background information.
  3. If you can find a good first source, back trace the references cited in the source and start a collection of papers (don't forget to read them). Try to organize the papers in different piles, make shorts notes on the covers (it will help you during thesis writing)
  4. While doing the background search, you should always look for alternative approaches to the problem. Background search is great for developing ideas, some ideas are realized by others, some are not. 
  5. Some books are fundamentally important. Try to cover the contents of these books as much as you can. The information in these classical texts are highly valuable and can be refered and cited in many different contexts. The difference between a good and an amazing paper lies not in the specific details, but your overall understanding of the problem. A good paper may have very short "half life", an amazing paper has much longer half life.
  6. You never know what you need. Try to follow what your friends and other professors are working on. Try to attend lectures, seminars. Any work related or unrelated work can be an interesting lead for your research. Just be curious. 
  7. Stay curious. If you keep your focus on single subject for a long time, you may lose the intensity of your focus which is not good. Do alternative stuff, read books, see movies, play soccer; do not do activities total waste of time activities eating 50 lolipops at one sitting, watching televole etc. Read good stuff, watch good stuff, good is never defined.

19 September 2011

Sahaja aku buat PhD kerana Allah Taala

Posted by MamaShiLa at 11:53 PM 4 comments
Hari ni hari ke-53 setelah Ziyad lahir dan aku dah masuk kerja unofficially. Cuti ada lagi 1 minggu tapi aku dtg kerja sbb aku harus buat kelas kalau tak jenuh aku nak menggantinya bila nak abis sem nnt. Plz jgn puji sbb aku tau aku rajin..haha

Dulu aku pernah cite pasal sambung belajar dan skrg tibalah masanya untuk lebih serius ke arah itu..offer letter dah dapat dan dijangka akan reg bulan Feb 2012. Sebelum dpt sambung belajar haruslah dapatkan penajaan dulu. Disebabkan aku bekerja dgn badan berkanun di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka matlamat aku skrg mula2 masuk kerja setelah lama bercuti ialah nak dptkan biasiswa tu lah...dan masuk2 je kije dpt tahu yang Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar akan diadakan pada 6 Oktober 2011 nnt. Skrg permohonan semua dah online dan perlu disertakan dgn semua dokumen sokongan yang diperlukan. Siang tadi aku dah isi dan hantar permohonan tu..maka skrg haruslah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi inteviu masa mesyuarat tu nanti...Aku doakan semoga aku dapat mengharungi interview tu dgn tenang dan dpt biasiswa yang diidamkan..bak kata seorang pegawai KPT waktu aku berkursus dulu...Dua kegembiraan sebelum sambung belajar ialah..yang pertama dpt offer letter, yang kedua ialah dapat scholarship...dan selepas kedua-dua kegembiraan tersebut dirasai maka bermulalah azab nya belajar.

Azab? Susah? Mati? Gila?
Itu adalah semua perkataan -ve yang aku dgr dari rakan2 yg dah ada PhD. Perasaan nak sambung belajar hari ini tidak sama waktu Master dulu. Dulu aku sgt positif dan rasa mcm "aku pandai". Tapi kali ni aku rasa terlalu -ve. Mampukah aku. Dengan anak 3 dan umur yg dah makin tua ni. Aku confuse.

Ketakutan aku mungkin kerana melihat org lain yang single dan ada yang baru ada anak 1. Tapi aku dah beranak 3, suami pula kdg2 ada kdg2 tak ada (mcm biskut je!). Ditambah lagi dgn pelbagai pengalaman mereka2 yang dah ber DR. Banyak susah dari senang. Persoalannya mampukah aku?

Benar kata seorang kawan..PhD ni mendekatkan kita kpd Allah. Aku baru je stage nak mintak biasiswa. Tapi aku takut. Takut proposal aku not feasible. Aku berasa aku tidak pandai skrg. Yang mampu aku lakukan skrg hanya berserah, bertawakal kpd Mu Ya Allah.

Mengatasi mood yang ups and down ni,aku cuba menggoogle dan terjumpa ni..

Self assessment test..ayuh kawan2 moh kita test ni.

Ask yourself why you want to do a Ph.D.
What does a Ph.D. mean to you? Does it mean anything to you in particular? Or rather, it
means so much to your parents, to your institution, to your boss or subordinates at your
work place or etc.
No matter what the answer would be, be true to yourself because it is important to find
out why you want to do it before you spend your life on it.
• I want to do a PhD because I cannot get a good job.
• I need to be promoted in my work and one way is to do a PhD.
• I want to further my study and contribute some knowledge to the field.
• My dad wants me to do a PhD so that he will be proud of me.
• My organization has collaborated with a funding agency, and a task under the
agreement requires a PhD to do it. It happens that I’m the only person who is good
enough for PhD. That is why I must do it.

Have you got a research topic yet?
If you have one or several topics, it means that at least you have something you are
interested in. You’ve been reviewing literatures and you know what are still not known in
the field. In some instances your supervisor may want you to do what he is interested in
or you may want your supervisor to tell you what topic you should work on. In which
case you would jump into it willingly because you can expect that he will frequently tell
you what is the next step to do. Well if that is the case you should get back to the first
question and try to answer yourself what PhD means to you and what do you want from PhD.

Intelligence:
This doesn’t mean that only a person with honors can do Ph.D. In fact, you don’t need to
be closer to the top of your class. But there are a lot of times that you need to be able to
earn new things by yourself. Basic knowledge and understanding of science and apply
mathematics would help a lot.

Do you have time to pursue it?
PhD is a full time research work, not a part time, sometime or free time job. If you
haven’t realize this you will be amazed how time passes by so quickly that you haven’t
achieved what you expect for. Make sure that you have enough time out of the routine job that earn your living and out of your demanding family.

Are you tough enough to work under PhD pressure?
A lot of hard work just to obtain all related literatures, data, etc let alone learning new theories and skill such as using a statistical package or understand behavioral science. Get along with your supervisor is another thing. Your hard work does not meet or even close to your supervisor’s expectations. Can you take that? It doesn’t mean every supervisor is nasty. It is the combination of a lot of things; yourself, your topic, your supervisors, your stubbornness or his ignorant.

The power of stay and struggling along
Fighting, no I don’t mean fight with your supervisors unless he has a bad intention.
You’ve got to stay with your research, just don’t burst out or give up. You can give up
alright if you don’t want to do it anymore but don’t give up because it is too difficult or you don’t know what to do next and you are being despair. That doesn’t help because it’s  going to stay at the back of your head throughout your life that you cannot finish your PhD. Day in and day out you must do it. It’s a tiring job. Taking a rest when you feel so,  then contemplating about it, get another approach in doing it, and try it again!!!

Maturity and self-motivation
Maturity and self motivation and the ability to work both independently and as a team
player in local and international research teams are expected. Are you self-motivated
enough to keep working toward a goal without your supervisor’s day-to-day
encouragement? At the same time, be real. Don’t set a very big and difficult goal of
changing the world or become the most famous researcher for the field. It would come as
a result of hard work only, not by dreaming on it. You will also have more freedom to
determine your daily schedule and set your own goals. A lot of students spend their times
enjoying socialize activities. Being a Ph.D. candidates is blessing for the others and you
may like to appear in social functions. But are you prepared to accept the responsibility
that comes with such freedoms? Your success or failure in Ph.D. research depends on it.

Creativity
Theses and discoveries often arise when old facts are scrutinized and looked at in a new
way. Are you delighted when solving problems? Or most of the time you are good at
avoiding problems. Do you like brain games and puzzles? Did you find logical thinking
enjoyable or boring? Do you often see things that most people could not see or tend to
ignore? Ask yourself sincerely.

Sense of wonder
Have you always been trying to understand things going on around you and to find out
how things work? A sense of wonder and curiosity is the spirit of researching. Do you
find yourself always arguing for minimum requirements or you find that thing just get too
interesting so that you explore further on your own?

Adaptability:
Most students understand Ph.D. study vaguely. It is an abrupt and unexpectedly change
from course work. Suddenly students fall into a question in which no one knows the
answers, students sometimes frustrated and burst out. Can you adapt to new ways of
looking at things? Are you willing to search for answers even when no one knows the
precise questions?

Competitiveness:
If you choose to enroll in a Ph.D. program, you will compete with others at the top. More
important, once you graduate, you will be amongst the brightest people in the world and
you will be judged in comparison to them. Ph.D. is not the end result. Rather, it is a
starting point and there is a never ending path ahead of you. Are you willing to compete
with yourself at the Ph.D. level?

Some students found out that they enroll in a Ph.D. program for the wrong reasons.

Before starting one should be aware that a Ph.D. is not:
• A way to impress your family or friends
• A way to tell people how smart you are
• Prestigious thing to be achieved
• A guarantee of respect from your community
• The only research topic you will ever pursue
• An entry passes to easy money jobs

Understanding of things will make us more capable of dealing with them. Understanding
Ph.D. life would certainly help you making more realistic decision for yourself.




Semoga aku berada di jalan yang benar...Doakan aku kawan!

09 February 2011

Lega...Senang hati!

Posted by MamaShiLa at 4:12 PM 3 comments
Alhamdulillah
Praises to Allah

Gambo mokcik google

This week was like my torturing week...
Sakit otak..kepala weng..jalan pon senget ditambah lagi dgn mood swing dgn alahan yang dtg takde warning...

And plus
few days experienced of sleepless nite...

Owh..
Tuhan maha kaya maha agung...setiap hari saya berdoa dikurniakan otak yang cerdik dan cergas untuk berfikir..dan hari ini rasa lega sangat selepas sudah selesai mengedit proposal PhD saya...

Owh ia sungguh menyakitkan...next week my supervisor want to meet me...oh no...its me...going to meet my supervisor..ini br betul..betulkan kepala dah weng..and he requested some alterations on my proposal...

I did my PhD proposal based on his idea last year..
what?
yes..last year...setahun sudah saya memecah kepala otak menghasilkan satu kertas cadangan atas idea yang dicadangkannya..saya sangat bersyukur kerana sv menerima proposal tersebut but...

with "but" words..

accepted with amendments...

Deep down in my heart saya rasa akal sangat bodoh..banyak benda saya baca saya tidak faham...tetapi pesan senior..baca lagi...saya baca lagi...dan saya berserah padaNya...

Bagai petir halilintar menjelma...idea datang mencurah2..
Owh..thank you Allah...

Dan petang ni mood tukar jadi lega...lepas hantar edited proposal kpd sv tadi...harap diterima dan diharapkan perbincangan kami next week akan berjalan dgn lancar dan sempurna hendaknya..

I think this is the beginning of my PhD labels for my blog..i'm gonna rite a lot on this from now on...

Owh PhD...

gambo mokcik google
 i wish it will be me wearing the beefeater...

hahaha...tidak salah kan kalau berkoyal dulu...
mana tahu satu hari nnt ia akan jadi betul2..




Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device