Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

18 December 2011

Ilmu baru untuk hari ini

Posted by MamaShiLa at 10:20 AM 4 comments
Aku memang seorang ibu tegar dalam penyusuan susu ibu...Alhamdulillah Tuhan telah berikan kesempatan untuk menyusui ketiga-tiga anakku, Engku Adam, Engku Iman dan sekarang Engku Ziyad..berharap akan sama seperti abang-abangnya untuk minum susu ibu sehingga umur 2 tahun. Tak perlu diceritakan apa kebaikan susu ciptaan Allah ini...hebatnya sehingga tiada susu formula yang boleh setandingnya...walau semahal mana anda membeli susu formula tu. Ye, aku jarang berblog pasal breastfeeding, breastmilk dan sebagainya kerana bagi aku, aku juga masih belajar walaupun orang kata aku dah ada PhD dalam bidang ni...muhahaha....cuma hari ni nak share satu ilmu baru yang aku dapat dari satu group kumpulan ibu menyusukan di facebook...bacalah..


Tahukah anda kebanyakan ibu-ibu menganggap mereka mengalami SUSU SIKIT. Yg sebenarnya TIDAK. Apa yg perlu dibuat adalah pastikan adakah kita BENAR-BENAR mengalami low milk supply. Caranya:
  • periksa jadual kekerapan payudara dikosongkan
  • periksa adakah payudara BENAR2 dikosongkan sepenuhnya
  • periksa berat bayi
  • periksa lekapan (latching) bayi
  • periksa keadaan diri ibu (letih, stress, tak sihat?)
  • periksa umur anak
  • periksa dgn LC @ Dr yg pro BF adakah kita termasuk dlm segolongan ibu yg susu sikit krn faktor asal tidak mempunyai kilang susu/kekurangan hormon penyusuan/kemalangan, kecederaan,pembedahan pada payudara & sekitarnya.
Aku juga memang TAK SUKA bila ada yang komplen susu sikit, susu tak ada..bagi aku mereka sebegini mereka yang kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Konsep aku senang je, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika kita berniat nak menyusu, kita akan cuba menambah ilmu dan belajar, maka banyakla bertanya pada yang pakar, banyakkan membaca artikel..bertanya dan membaca banyak tak guna juga kalau kita tak buat apa yang sepatutnya. Ups and down dalam penghasilan susu itu biasa kerana penghasilan susu ibu adalah berdasarkan supply & demand. Ayuh kawan-kawan yang masih bersusu formula, marilah kita menuntut dan mengamalkan pemberian susu ibu kepada anak-anak kita. 

Just my 2cents....


Engku Iman enjoying his milk fresh from mummy! 

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device