Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

03 August 2012

Seronoknya PhD hanya Tuhan yang tahu

Posted by MamaShiLa at 7:58 AM 3 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dan 14 hari  aku berjaya mengharungi Ramadhan dalam keadaan sarat begini. Di pagi Jumaat yang tenang dan indah, terbaca satu entry berkenaan PhD. Aku belum layak untuk membicarakan tentang pengalamanku dalam dunia yang keseorangan ini..ye.... keseorangan kerana diri sendiri sahaja yang berperang dan berjihad dengan penyelidikan sendiri.. makanya dengan berbesar hati nak share sikit apa yang aku baca sebentar tadi.. very inspiring writing..


Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Petang tadi, saya berpeluang bertemu dengan beberapa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ph.D di IPTA. Saya mendengar cerita-cerita mereka. Banyak yang tidak menarik, menjadikan PhD ini jalan yang tidak indah.

Bayangkan mereka menyediakan proposal setebal lebih 100 halaman. Bagi saya, ini bukan proposal. Proposal sepatutnya pendek sahaja. Yang patut diutamakan ialah beberapa siri kajian, atau berapa banyak 'kelompangan (gap)' yang sepatutnya ada dalam kajian.

Bayangkan, kalau proposal sudah setebal ini, maka berapa lama masa yang telah digunakan? Lama bukan.

PhD bukanlah proposal. PhD ialah kajian bagi menemukan sesuatu. Kalau terlalu banyak masa dihabiskan untuk proposal, sangat sukar untuk menjalankan kajian yang mantap. Dengan masa yang tinggal sekitar 2 atau 3 tahun, bilakah pula waktunya mereka akan menjalankan kajian?

Saya tidak setuju dengan aliran yang berpandangan bahawa proposal yang tebal itulah menjadikan sesuatu kajian itu mantap. Sebagai pelajar PhD, mereka harus diberikan peluang meneroka dan banyak kepercayaan. tugas penyelia ialah menunjukkan jalan yang betul. Bukan menyiksa pelajar dengan hal yang bukan-bukan.

Saya datang dari persekitaran kerja swasta. Saya mempunyai personaliti A. Maknanya, setiap pelajar saya perlu berkerja dengan cepat dan berfikir dengan pantas. Sekiranya mereka mampu menyediakan proposal setebal 15 halaman, itu pun sudah memadai. Yang utama, mereka tahu di mana kelemahan kajian lalu, dan ada sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teori yang digunakan.

Setelah data dikutip, barulah perjalanan PhD sebenar akan bermula. Saya akan 'menyiksa' pelajar saya dengan pertanyaan tak kunjung henti. Saya tidaklah mahukan mereka merasakan siksaan itu. Saya mahu mereka menyelesaikan kutipan data secepat mungkin, kerana kalau nanti ada kesalahan di sana sini, dengan baki masa 3 tahun mereka boleh menutupnya dengan kajian yang lain. Jadi, lebih baik berkerja keras dahulu, dan senang kemudian.

Saya tidak sedikit pun teruja dengan proposal yang tebal. Itu adalah buku. Saya teruja dengan siri kajian beberapa kali, atau statistik yang agak kompleks, dan menulis dengan cara yang betul.

Bagaimana kalau mereka tidak mampu. Saya akan mengajarnya. Lebih baik menjadi Yuna yang menyanyikan banyak lagu, daripada seniman agung yang mengambil masa 3 tahun menuliskan lirik, tetapi tidak pernah sempat dinyanyikan. Orang lain sudah menghasilkan banyak album, sedang anda masih mencari apakah lirik terbaik. Ia pekerjaan bodoh.

Selamat datang ke dunia PhD yang menyeronokkan!


Selamat berjuang buat semua yang sewaktu denganku. Moga Allah membuka pintu jalan buat kita untuk meneroka ilmuNya dan memperoleh PhD dengan jayanya...InsyaAllah.

05 July 2011

Bersalin tu macammana ye?

Posted by MamaShiLa at 11:43 AM 3 comments
Soalan agak x logik di hari ini
Buat diri sendiri
haha..

Setiap kali view blog sendiri mesti nampak due date ticker dulu
Vokeh, ada 3 minggu 4 hari lagi as of today 
Preparation mental n fizikal camne?
Tu pasal tetiba soalan Bersalin tu macammana ye? terkeluar dari hati dan sanubariku

Meh imbau kembali experien aku lahirkan 2 heroes sblm ni
Eh anak dah dua ke? nak masuk 3 dah ni?
Lagi aku tak percaya..
Rasa cam baru smlm aku ngorat laki aku... hehe

Ini bukan skandal hubby aku ye...blur tu sbb aku x tutup aurat..seksi sgt..kali pertama dan terakhir tgk hubby pakai camni...amik gambar ni utk koleksi kami je..bukan bergambar di khalayak ramai..oh tidak...!!!


Tetiba tukar topik...nak cite bab beranaks la..


1st Experience..
Engku Adam Engku Ahmad Rizani
30 April 2006
3.07 kg
SVD + epi = normal + episotomi
Contraction 3 jam
Overdue 2 hari
Ni betul2 tgh high contraction tau
Bukan berlakon atau buat-buat sakit ye..


Dan lahirlah seorang baby yang bagi mak bapak dia..dialah anak paling comel...
Adam ni prolong jaundice..sebulan setengah kena ulang alik ke hospital observe jaundice dia...Alhamdulillah..everything went well..


First time uruskan sendiri newborn baby..mmg aku kaget dan kelam kelibut
Tapi bak kata Wardina.."Menjadi ibu ibarat dicampak ke lautan tanpa tahu asas berenang. Nak tak nak, kaki dan tangan terpaksa digerakkan, kepala mencari paras air di permukaan untuk bernafas, jika anda tidak mahu lemas"


Masa ni masih kat hospital..monitor prolong jaundice dia..


2nd experience..
Engku Iman Engku Ahmad Rizani
29 Mac 2009
3.2 kg
SVD + epi = normal + episotomi

Contraction 3 jam
Overdue 1 hari

Sempat lagi nak senyum sbb masa ni aku x rasa apa-apa pun lagi..


Captured moments masa dlm labor room..terpikir tuk record video kali ni...tapi aku rasa cam ngeri plak..


Engku Iman ada jaundice tapi xde tinggi sgt..sbb experien kedua jadi takdelah takut sgt..just bagi BM banyak2...tak admit pon..Alhamdulillah sihat...


Gitulah citenye..
yang ketiga ni cmne plak ye???


Bersedia ke tidak...
Aku merancang nak amik epidural..
Tapi dua benda yang aku duk pikir..satu sakit nak masuk epi tu
dua masa nak push..


Mengambil kata gynae..kalau normal delivery without drug, masa sakit kita terasa nak push..masa epi kita tak sakit n tak rasa nak push..most of the time..mama + epi fail to push...end up dgn vacuum ot etc...


Anak masih 1
mama & papa masih muda.. :)


Anak baru 2
papa maintain...mama sudah nampak sikit tua daaaaa...alasan: masa ni masih dlm pantang daaa..


Bila anak dah 3 ..
tunggula nnt aku upload bila baby dh kua..pasti aku nampak lagi tua dari hubby...huahuahua....


Doakan aku ye readers..
semoga segalanya berjalan lancar
selamat dah sihat sejahtera..


Maafkan aku kalau ada apa-apa kesalahan pada kalian!!

27 April 2011

On our 6th Anniversary Year 2011

Posted by MamaShiLa at 12:54 PM 6 comments
Dah 6
No special celebration cuma pg tdo hotel satu malam 
Hotel yang cuma 8 km dari rumah

Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong

Deluxe chalet





Pelancong sesat

Complimentary cake from Ri-yaz

Salah orang..sepatutnya mama n papa yg potong..anak-anak potong stim!

Potong stim lagi...
Beginilah bila anak dh ramai...nak duk rapat-rapat pon tak boleh..
Siap nyanyi..
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang...





Last but not least..

..
..
..
..
..
..
..
..

Dugong!
Hahahaha...

12 April 2011

Lactating, is it normal?

Posted by MamaShiLa at 5:36 PM 2 comments
Haven't experienced on previous pregnancy
Today..I'm 24 weeks and lactating
Is it normal?

03 April 2011

Keputusan Ultrasound

Posted by MamaShiLa at 12:13 PM 5 comments
Entry buat ibu mengandung
Setiapkali check up mesti buat ultrasound (US)
Kadang-kadang selepas buat US doc biasanya akan cakap semua OK
Kalau kat swasta bolehla tanya lebih sikit
Kalau kat KK mesti diam je
Sbb paham doc ramai patient n penat dh menjawab n melayan karenah kita
As long as dia kata OK..
kita pon OK

Apa sebenarnya yang boleh dilihat melalui US
Aku google sendiri je
Dapatla sikit maklumat utk dikongsi

Oh ye
Aku bukan doctor
jadi segala maklumat yang salah
harap dpt bgtau yek dlm comment ye

Biasenya ni singkatan-singkatan yang ditulis dalam buku rekod mengandung kita..

BPD = Biparietal Diameter : Ianya merujuk kepada diameter kepala fetus atau bayi dlm kandungan. 

FL = Femur Length : Ianya merujuk kepada ukuran panjang tulang peha fetus atau bayi dlm kandungan. Tulang peha ialah femur dan ia tulang terpanjang dlm tubuh. 

AC = Abdominal Circumference : Ianya merujuk kepada ukuran lilit bahagian abdomen (perut) fetus atau bayi dalam kandungan. 

EFW = Estimated Fetal Weight : Ianya merujuk kepada berat fetus atau bayi dlm kandungan. 

POG = Period of Gestation : Ianya merujuk kepada usia fetus atau bayi dlm kandungan. 

EDD = Expected Date of Delivery : Ialah tarikh dijangka bersalin. Ia ditentukan berdasarkan hari pertama haid yang terakhir. #/52 mewakili bilangan minggu. #/7 mewakili bilangan hari.

US adalah penting bagi mengetahui pembesaran janin dlm rahim berada dalam keadaan normal dan mengikut usia kandungan si ibu. Selain daripada itu, saiz janin dapat menentukan ketepatan EDD bagi setiap bayi. US (esp 4D) juga dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada janin/ bayi dalam kandungan.

Untuk keterangan lanjut mengenai berat dan saiz normal mengikut usia kandungan sekarang..boleh ke link ni...klik di sini 

Sekadar hiasan

Dan satu lagi sebagai ibu-ibu mengandung, 
kita sering terlupa nak makan vitamin yang diberikan
Jadi aku nak share kat sini
Antara kepentingan-kepentingan vitamin yang selalu diberi pada kita...

Asid Folik (Folic Acid)

Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9.
Pengambilannya bagi ibu-ibu mengandung dapat membantu dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.
Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi. Kalau x mengandung pon boleh ambil asid folik kerana ia membantu pembentukkan sel2 darah/ tisu badan/DNA dan boleh mengelakkan anemia (pucat, kurang darah).

Fe (Zat besi)
Zat besi dpt membawa oksigen tambahan oksigen ke dalam sel-sel darah merah Ibu. 
Hal ini penting untuk perkembangan otak bayi Ibu.
Kekurangan zat besi juga menyebabkan terjadinya anemia atau kurang darah. Ibu menjadi mudah lelah, lesu, dan pucat.  

Vitamin B Complex
Vit b Complex penting kerana ia mempunyai kebaikan untuk segala keperluan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita.
Vit ini akan menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Hehe..sbb itu org mengandung selalu je lapar.. :)
Disamping itu ia membantu segala proses luar dan dalam badan macam good for the hair, skin, nail,  tambah energy, elak stress dan keletihan.

Ascorbic Acid a.k.a Vit C
Bagi ibu mengandung yang makan ascorbic acid ni akan menghasilkan air kencing berwarna kuning.
Vit ini diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran di dalam badan kita.

Eh dah banyak membebel.
Setakat tu saja buat kali ni.
Buat kawan-kawan yg pregnant tu..
Jgn skip vitamin ni semua..
Kerana ia untuk kebaikan kita n baby
Kita nak baby lahir sihat dan sempurna
Kita berusaha dan seterusnya serahkan kepadaNya
Dialah penentu segala-galanya..
My mama n mak mertua selalu pesan (doc x bertauliah tapi kadang-kadang kata-kata mereka make sense!!)
Kemurungan slps bersalin biasanya terjadi sbb kita kekurangan vitamin semasa mengandung..
Boleh jadi kan..

Tata!!

23 March 2011

Rezeki baby hari ini..

Posted by MamaShiLa at 4:23 PM 3 comments
A quick update
Baru je ngidam-ngidam Red Velvet Cake/Cupcake
Tapi dok pandai buat

Surprisingly, seorang student ku telah menyusahkan dirinya utk membuat sendiri cake tu dan hantar ke bilik
Oh terharu
Terima kasih banyak-banyak Diyana
X tau nak cakap apa dah
Tinggal nak mamam je
X sabau

Siap wrap cantik-cantik...Suka!

Ladybird itu sgt menggoda

Dapat lagi 2 cuppies...sorang tutor kat jabatan aku
Noorlyn namanya
Dia dah nak pg buat PhD kat UKM
Dia dtg bersama 2 cuppies yg comel ini utk say goodbye..
Huhu...sedih rasa..
And good luck to Noorlyn..
Insyallah kita jumpa di sana nnt..

Yummeh!
Background soklan final exam tu...hehe

Maaf...
cuppies ni sume sgt comey tapi kualiti gambar menggunakan iPhone8 (korang ada?) ni sgt2 buruk jadinya..ekeke

15 March 2011

Crazy Baby moving in Belly

Posted by MamaShiLa at 11:38 AM 0 comments
Mood swing beberapa hari lepas..
Sebabnya aku x dpt berhubung sgn suami..
Maybe kesan double devastation kat Japan...
Connection melalui telefon dan internet out..
Dah 4 hari takde khabar berita di sana..dan sini juga..
Situasi "biasa" bagi mereka yang suaminya bekerja begitu..
tapi bagi aku tak biasa..
Dah 6 tahun kawen pon aku rasa lemah kalau benda ni jadi..

Dan baby dlm perut mcm paham je perasaan mama dia..
Sejak 2 hari dia ni asyik duk berdentam dentum..agaknya luas sangat keluasan diameter belly mama..main futsal ke main bola jaring eh??

Macam video ni...


hehe...ngeri ke? kalau ngeri jgn tgk..
tapi kalau rasa sendiri...seronok sangat!!!

Ni bukan belly i ye..ni i share from you tube...hehe..jgn ingat mak punye lak..kalau mak punye pon..takkannya mak nak publish publicly mcm ni.. :p

19 weeks to go!!

23 February 2011

Berat kurang 1 kilo je...

Posted by MamaShiLa at 8:48 AM 5 comments
Seminggu bercuti...

Best wooo.....

dan rentetan berblog juga sepi sama ngan bestnya meraikan cuti woooo...

Cuti seminggu lepas kuhabiskan dgn pelbagai aktiviti...

Sebenarnya sebab musabab aku amik cuti ialah adik ipar aku kawen...adik ipar aku ni..adik kpd hubby ku...adik lelaki hubbyku yang ke-5..kahwin ngan org Keratong...

Jadinya...minggu lepas...Hari Sabtu kami segerombolan pengantin bertolak ke Keratong..majlis kat sana plak..mak aih meriah bagai...mmg 2 hari 2 malam sambutannya..

Lepas aje selesai majlis nikah n kenduri sebelah pompuan, kami bertolak ke KL..dah alang2 halfway..lg 2 jam je ke KL..sementelah aku pon nk jumpa sv n hubby pon nak cr barang umah...dan satu lagi..selasa lepas pon public hol...so kami ke KL

 Kami stay 2 hari...brief meeting ngan sv berjalan lancar..Alhamdulillah...saya sangat suka!!!

Ingatkan bleh la pg shopping baju baby..rupa2nya hubby ade 3 tempat dia nak pg...adoyai...semua kedai jual lampu n lepas tu nak pg Houz Depot..Houz tu tempat jual brg kelengkapan rumah...dari hardware ke software [eh betul ke istilah ni? hentam sajalah]..semua ada..harga ada yg murah ada yg mahal..


Dalam pada 3 kedai jual lampu nak pg tu..semua kat area Puchong...1 tak pg sbb kedainya tutup..hermm...kena dtg lagi lepas ni...hubbyku berkenan sgt ngan harga kat kedai tu...

Houz Depot plak kami pg dua2...kat KL n kat PJ...tujuannya kami nak beli backsplash tile tuk kitchen cabinet..pg kat KL dulu...kalau korang nak pg..kat KL tu depan Pertama Kompleks...showroom dia lg besar dari yang PJ...sbb tu kami ke situ dulu...tapi stok plak takde..seb baik pekerja dia tlg cek..n confirmkan kat yang PJ ada byk stok...jadi itu yg pergi jugak Houz kat PJ..

Kat Houz ni..rambang juge la mata...duit je ada ke takde...hehe...

2 hari di KL kami pulang ke Trg...tapi bz la plak buat persiapan kawen nak sambut menantu nnt..dalam kebizian buat preparation majlis kawen..preparation rumah kami pon bz jugak...time ni lah nak pg pilih tiles utk satu rumah..pilih cat dan discuss dgn ID consultant utk kitchen cabinet...aku kepenatan...

Majlis hari Sabtu lepas...majlis sambut menantu berjalan lancar...dan aku terus demam 3 hari sbb kefenatan yg amat sangat...sudahnya....aku ditimpa berita sedih...bila barang kemas aku hilang masa kenduri tu..entahlah...tak tak tau nak cakap cmne..walaupun barang2 tu bukanla mahal pun harganya...tapi nilai pada hidup aku amat tinggi sbb semuanya pemberian suami ku terchentaaa..dan salah satunya pemberian mak aku tersayang...

Aku redha dgn apa yang berlaku...
Semalam aku pg check up baby..berat aku turun sekilo..
kalau aku x pregnant mmg aku suka..ye la tanpa disedari berat turun...x pernah berlaku dlm hidup aku kecuali aku berdiet...tapi sbb ade baby lam perot rasa risau gak la...

Sejak 2 hari ni aku rasa dh hilang appetite..dh 2 hari x bleh makan nasi...smlm hubby bawak pg McD..konon nak suruh aku melantak..mcm2 aku order...burger, ayam, bubur, nuget bagai...tapi apa yang aku boleh makan...fries je...frust...cmne berat nak naik nih.......



09 February 2011

Alahan...silala berlalu pergi....

Posted by MamaShiLa at 8:49 AM 4 comments
Minggu ni genap 15 minggu baby dlm womb..
Sumber: babycenter
Beginilah mengikut illustration yang dinyatakan..
Baby is about 4 inches long and weights in at about the size of an apple...

tetapi...

kuingat alahan dh takde sbb sejak minggu lepas rasa mcm dah ok...cuma waktu malam masih x boleh gosok gigi...

tetapi...

Pagi ini..perut sangatla lapar...
dan dengan pelahapnya telah membeli

Nasi minyak

Pulut gaul nyior..bahasa standard ku tak tau apa nama makanan ni...

Ketupat pulut

Yummeh!
bayangkan tahap lantakan ku pagi ini..bila sampai kat kedai makan tu..jadi rambang mata...semua aku nak...rembat semua...air aku x beli sbb bibik dh buatkan air bekal ke ofis...

Sampai di ofis..dengan gelojohnya nak makan hasil belian tadi...tengah suap yang kedua..tiba2 perasaan pelik datang...

buweeekk...

oh..alahan datang lagi!!!


Semua gambar adalah pinjaman dari mokcik google...

Tiba-tiba semua makanan yang best sangat tu jadi macam rasa semacam..bau semacam...

Dan dgn rasa membazir teramat sangat terpaksala kubuang semuanya...

Ingatkan alahan dh berlalu..kalau sebelum ni selalu alahan tu datang waktu petang sampai malam...ni dah masuk 2nd trimester tiba2 dia datang lagi waktu pagi...

 Oh...pergilah wahai alahan...

dan baby di dalam...semoga sihat n baik-baik ok!!









20 January 2011

You should know and wait..

Posted by MamaShiLa at 11:15 AM 6 comments
Owh...my keterujaan is so so infinite...! padahal this was my 3rd pregnancy...but the feeling is so so fresh like we are having the first baby...! 

After 3 weeks of wondering and questioning myself on how to entertain my life of having twin pregnancy..finally yesterday we went to specialist for the twin confirmation...last time, on the first diagnosed when doc said there was 2..i was like cheers...so lucky...but something bothering me..how safe is safe to pregnant twin? how safe is save to deliver twin? omg..omg...my level of consciousness was rose rapidly and dramatically...my happy mode turns to anxiety mode...

Lots of doa..praises to Allah..yesterday, conformed by doc 2 placentas had merge (i dunno the medical term but this what the doc was saying) and after inspecting the whole womb..i can see clearly there was only 1 cute little baby in my womb...! Yes..definitely 1...I am bersyukur yang amat...kenapa ku takut sgt twin? entahla tiba2 aku pikir mcm2 hal...lebih2 lagi part nak sambung blaja..how to handle them..4 kids? huhuhu...tak baik sebenarnya pikir benda mcm ni dah ketentuanNya..tapi maybe i am complicated thinkers...whateva...lelaki itu pon risau dh tgk aku duk pikir je...tapi ku syukur dgn berita ini..

This is how my 12 weeks baby pic would like...i hv the pic but didnt snap it..this was similar to mine...but this taken from mokcik google..its so beautiful feeling..i can see both legs and hands moving..nose, eyes and also the nub too...!!! haahaa...but the doc advised me at 12 weeks nub is not very confirmative...but the doc prediction is....most likely we are having a....jeng jeng jeng.....hihi..biarlah rahsia...

The theory behind this is basically about 'the angle of the dangle'. Between 11 and 14 weeks' gestation both genders have a penis-like protuberance between the legs. They look incredibly similar at this point, except for the angle at which they are pointing. Sometimes there are males and females at this stage which are in the 'grey area', but essentially a boy's 'dangle' is 30 degrees up relative to the backbone and a girl's is below 30 degrees. For more info and pics kindly go to this site.


Other thing i want to share here is..have u heard about predicting our baby gender using Chinese Lunar Calendar..sekadar suka suki tau....ini semua atas ketentuan Allah....pernah try buat..masa Adam betul...masa Iman x betul..tu yang ku cakap....jgn percaya..sekadara suka suki....for those who wants to try...check it out here.

Sedang ku seronok membaca fakta n auta pasal gender prediction ni....tiba2 jumpa benda alah ni...canggih sungguh skrg...kat Malaysia ada jual lagi tak benda ni? Cuba tgk video ni...

Based on their consumer survey..it was up to 92% accurate...ish ish..kalau ada jual..nak juga main main ngan benda alah ni...seronok la meneka baby gender! kalau nak tahu lebih lanjut how does this benda alah can prove the gender baby scientifically...browse here

Last but not least..kata-kata penaja...you should know and wait...not wait to know...
Before end..

My EDD: 27 July 2011
1st day of puasa: 30 July 2011
Hari Raya Aidilfitri: 30-31 August 2011

What is discreet behind this? huhuhuhu.....raya ku x bermakna! 
tak nak raya...
tak nak buat baju raya!!!!!

Cheers!
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device