Showing posts with label Facts to Share. Show all posts
Showing posts with label Facts to Share. Show all posts

16 October 2011

Bersabarlah wahai hati

Posted by MamaShiLa at 8:35 AM 4 comments
Ingin kukongsikan sedikit quote yang aku baru baca dari fb tadi...bila rasa tense...bacalah entry ni..mungkin dapat mengubat hati dan membangkitkan kembali motivasi diri..khas buat diri sendiri dan sahabat-sahabatku...
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

...................................................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~

Apa jua yang berlaku...tadahkan tanganmu mohonla doa...

21 March 2011

Red Velvet Cake

Posted by MamaShiLa at 1:58 PM 4 comments
Glamer sungguh Red Velvet Cake skang ni 
Atau aku yg baru tahu 
Tak tahula plak

What is Red Velvet Cake?
Let those piccas do the talking




The texture..yummeh!

Cuppies form


 All pics from Mokcik Goooogle

By definition, 
Red Velvet Cupcakes are rich chocolate cupcakes. 
They are called red velvet due to their distinctive rich red color. 
Originally, cocoa used to be a lighter shade and what gave red velvet cupcakes their unique color was a chemical reaction of unprocessed cocoa with the acid in the buttermilk. 
Definition from google 

Gulp...

10 March 2011

Dapat 6 Surat Saman!!!

Posted by MamaShiLa at 2:28 PM 2 comments
Title biar gempak..
Memang dapat 6 surat saman..
Saman bersamaan dengan Undangan Perkahwinan
Sementelah minggu depan kan cuti sekolah
Aku dapat 6 undangan

1 - dari kawan masa sekolah, matrik, UTM - G_ahh
1 - Anak Prof tempat kerjaku
2 - Jiran setaman denganku...(tapi tak kenal pun...)
1 - Staf kat ofis aku
1 - Anak kawan mak aku
So total: 6

Inilah rupa kad undangan tu..semuanya lawo2..tapi buruk rupa plak meja opis ku tu...abaikan ye pemandangan buruk tu..

Ku ingin share sikit unfo berkenaan kalau kita dapat undangan perkahwinan..macam aku ni...2 drpd yg aku dapat which are my neighbours tu..mmg aku tak kenal..jadi aku segan nak pergi...

Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang sudi membaca..

Hukum menghadiri Undangan Perkahwinan:

Hukum menghadiri atau memenuhi undangan kahwin itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang 
kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan terdapat satu lagi hadis yang menyebut:

 ".... dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya." (Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu. 

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam. 

Kedua: Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin. 

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan. 

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal. 

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput. 

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram. 

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu. 

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir. 


Maka dengan itu, aku merasakan harus menolak ke tepi rasa segan..Insyallah aku akan pergi semua undangan kecuali majlis staf kat ofis aku sbb dia kawen kat Kemaman, jauh dari KT dan hubby aku plak kerja time tu.

Sharing is caring!!

30 December 2010

Piala Suzuki AFF buat Malaysia

Posted by MamaShiLa at 1:31 PM 1 comments
Bangga menjadi rakyat Malaysia!

Tak perlula ku ulas perihal dorang main bola semalam kan...dh banyak dh blog2 bertauliah ulas pasal mende ni..
Cuma nak share...Rio Ferdinand...ala pemain MU yang hensem tu..[sbb dia main MU je aku cakap dia hensem] wish congrates kpd team Malaysia melalui twitter nye...Bangga dua kali!

Inilah antaramuka (betul ke istilah ni? aku taram je...) twitter Ferdinand...kalau korang nak follow..klik kat sini

Inilah tweet Ferdinand kat team Malaysia...Bangga kan? Bangga kan? Meaning to say...dia kenal la jugak negara Malaysia ni..so kita bukan jaguh kampung je...buktikan kita Jaguh Dunia pulak ye, skuad Malaysia!

Walaupun pada awalnya benda alah ni yg menjadi isu...tapi nasib baik tak ada apa2 yg berlaku kpd penyokong kedua-dua negara..

Buat penyokong Indonesia, cuba lagi lain kali...aku pon sokong Indonesia jugak sbb bibik ku org Indon and player korang hensem2..kesian dia...tgk bola smlm lepas penalti tak masuk terus dia tidur...frust katanya...

Kenangan terindah Malaysia
Pemenang Piala Suzuki AFF 2010! 

21 October 2010

Mama, saya lapar

Posted by MamaShiLa at 12:12 AM 10 comments
Nak tahu tak
Apa persamaan saya dan Wardina Safiyyah?

Kami seorang IBU
and We have KIDS!

Perbezaannya Wardina Safiyyah seorang selebriti yang menjadi idola ramai wanita...
Dan saya hanya seorang wanita biasa [ekeke..cam KrisDayanti la plak]

Samada bergelar selebriti yang glam..
atau bergelar cikgu yang tak berapa nak glam...
tanggungjawab kami SAMA..

Wajib memberi anak-anak MAKAN!!

Setelah membaca buku ini...dalam hati terdetik..bukan saya shj yg kdg2 mempunyai masalah memberi anak-anak makan...selebriti spt Wardina juga sama...

Mengambil kata-kata Wardina..

"Menjadi ibu ibarat dicampak ke lautan tanpa tahu asas berenang. Nak tak nak, kaki dan tangan terpaksa digerakkan, kepala mencari paras air di permukaan untuk bernafas, jika anda tidak mahu lemas"

Walaupun realitinya saya tidak pandai berenang [wpun sudah berkali-kali belajar berenang secara tidak formal], tetapi apabila menjadi mama kepada Engku Adam dan Engku Iman, semua perkara menjadi "AUTOMATIK"
ditambah pula dgn harapan suami tidak mahu saya terlalu "bergantung harap" kpd ibu dan ibu mertua dalam menguruskan anak-anak...krn baginya cukupla ibu menjaga kita sedari kecil..tak perlu lagi membebankan mereka walaupun mereka tidak menolak!...jadi tanggungjawab ini saya galas tanpa perlu belajar..

tapi sesekali mencari juge makcik google utk menambah ilmu di dada...itu sudah menjadi habit ibu moden skrg...

Buku ini sgt berinformasi bagi saya...menginterpretasi pengalaman beliau sebagai seorg ibu kpd satu karangan yg mudah bahasa dan fahamannya...sy merasakan apa yg dialami Wardina sama juga dengan saya...dan mungkin sama juga dgn ramai wanita lain..

Betul..
Anak saya Engku Adam: sangat susah untuk makan...hanya makan makanan pilihannya shj.. 
Anak saya Engku Iman: makan semuanya !!!

Begitu juga Wardina..ketiga-tiga anaknya mempunyai tabiat makan yg berbeza...
Walaupun Engku Iman makan semuanya tetapi ada satu kesilapan yg saya rasakan apabila menuntut ilmu dr buku ini ialah..kadang2 kurang keseimbangan zat dlm makanan seharian si Iman..

Pernahkan ibu, mummy, mama dan umi {andalah yg bergelar ibu!}mengeluarkan perkataan ini apabila anak2 susah untuk mamam...

"Tak nak makan...sudah!"

Saya pernah!
Wardina juga pernah!

Jadi bukan saya seorang atau berdua bersama Wardina tapi kita semua mengalami dilema ini!

Buku ini sgt tepat utk dibeli...berkongsi ilmu keibubapaan berkenaan pemberian makanan berkhasiat kepada si kecil...{Wardina tidak memberi saya apa2 royalti dlm mempromosi buku ini..hehe}
Antara perkongsian idea dr pengalaman beliau yg dikongsikan adalah..

  • Asas pemakanan yg perlu kita ketahui (kita rasa kita dh cukup tahu....tapi byk benda kita tak tahu sbnanya)
  • Penyediaan makanan seimbang buat anak-anak
  • Perancangan pemakanan
  • Resepi!
  • Do's and Dont's
  • Khasiat susu ibu 
  • dan pelbagai lagi...anda harus beli dan baca sendiri!
-Junk Food-
Di dalam food storage anda ada junk food tak?
Saya ada!
Ini satu kesilapan saya yg saya detect setelah membaca buku ini..
ye...saya sering menyediakan junk food seperti coklat bar, potato crispy dan apa2 shj yg berasaskan coklat (Adam sgt suka coklat)...kecuali junk food spt twisties dan sewaktu dgnnya mmg sy x benarkan anak2 makan...Adam sgt susah untuk makan...jika kami keluar makan..mmg confirm dia tidak suka makanan kedai kecuali Fried Chicken KFC...bila di rumah...Adam hanya makan nasi dgn ayam/ikan goreng pada setiap waktu makan..ye setiap waktu makan sejak berpisah susu badan...jadi dlm pemikiran saya...lebih baik sy sediakan makanan lain supaya dia kenyang selain minum susu, makan nasi + ayam goreng....sy masih lagi menapis jenis junk food yg dibeli...tidak semuanya diberikan...saya mengaku sy sgt manjakan Adam...sebulan sekali bershopping groceries...pasti dipenuhi dgn junk food tadi...suami selalu menegur tapi sy katakan padanya..nnt kesian Adam dia lapar...biarlah dia makan coklat...hermmm..... saya salah dlm hal ini...

apa yg sy buat sebagaimana yg diajar Wardina?

Saya buang semua junk food yg ada...saya gantikan dengan pelbagai buah-buahan...sy akan pastikan setiap hari pasti ada buah-buahan di rumah saya....buat permulaan saya buat stok pisang, tembikai dan pear di rumah...kaedah ini menjadi kerana apabila lapar, Adam akan ke dapur mencari snek2 nya..tetapi apabila semua itu TIADA...dia lantas mengambil pisang sebagai buahnya...yes...menjadi juga...alhamdulillah..saya lega...anak sebesar Adam tidak pandai memberontak apabila makanan kegemarannya tiada..apa yg mereka tahu...perut lapar..ambil pisang dn bertanya "best ke banana, mama?"
Dan saya jawab..."Mr Bean suka makan pisang...sbb best sgt la dia makan.."

Walaupun Mr. Bean bukanlah contoh yg terbaik tetapi Adam suka tgk ceritanya di channel Disney...jadi sajelah sy bermain psikologi dgnnya dan tanpa bertanya lagi dia makan pisang itu dgn jayanya...

"Apabila lapar, buah-buahan harus dijadikan snek pilihan...bukannya makanan ringan" - Wardina

-Sayur-
Masalah serius bagi Adam...sehingga skrg saya masih belum boleh melatihnya menyukai sayur2an...insyallah sy akan terus mencuba..berbekalkan doa saya mohon agar dibukakan hatinya untuk menerima sayur2an...

Iman bagaimana?
Alhamdulillah...
Anak mama yg ini tip top...semua buah2an Iman akan habiskan...cuma potong letakkan dlm plate bersama garfunya...Iman ngap saja...masam ke..manis ke semua dia telan... :)
Saya sgt berterima kasih juga pd bibik kerana dia banyak membantu sy menyediakan makanan utk Iman..esp dlm penyediaan sayur2an...malah setiap kali stok sayur habis...bibikla yg akan memesan dgn risaunya sayur dh habis dn perlu dibeli (mcm stok sayur dh xde di dunia ni...hehe)
Saya selalu memotong timun batang dan carrot panjang spt potato chips tu..letakkan dlm bekas dan letakkan di tepi atau berdekatan Iman dan Adam...Adam hanya pandang sebelah mata kerana sudah disetkan mind nye itu adalah SAYUR! tetapi bagi Iman..amik saja n terus ngap......kerana Iman tak tahu itu adalah sayur! yang dia tahu itu adalah makanan untuk dimakan! Iman menjadi sebegitu rupa...saya agak la...kerana dari kecil seawal 6 bulan sejak diperkenalkan solid food lagi....bibik dh melatihnya makan sayur dan buah sama spt makan nasi seharian...jadi baginya tiada masalah...

Antara perubahan yg sy lakukan setelah dipertemukan dgn buku ini...
  • Sekarang sy akan pastikan setiap masa mesti ada roti (karbo), cheese (kalsium), buah dan sayur yg mencukupi selain dr makanan ruji kita iaitu nasi..
  • Pastikan anak2 wajib mengambil breakfast....krn Adam selalu skip breakfast...jadi nak tak nak....Adam perlu breakfast..sy selalu psiko kan Adam begini...."Adam kena eat bread ni...kalau tak dia nangis...lepastu nnt Adam tired...masuk hospital...mama n papa xleh masuk....Adam kena sleep sorang2"....hehe....Alhamdulillah menjadi tapi ada juga kdg2 x menjadi...saya tukarlah topik lain..Ben10 ke..Mickey ke...Mr Bean ke...
  • Saya tidak akan tanya lagi..."Adam, nak makan tak.....?" Sekarang, setiap kali waktu makan, siapkan makanan n suap....tiada kompromi...krn apabila kita bertanya seolah-olah kita memberi dia pilihan...dan dia sebenarnya boleh memilih untuk tidak mahu makan...oh tidak...ini habit saya sebelum ini....teruknya saya kan... ermmm..
Insyallah..ada lagi perubahan2 yg akan dibuat secara berperingkat2...kpd semua mama's and mummy's...apa sekali usaha yg kita lakukan mestilah beserta dgn doa...Insyallah berkat doa kita, anak-anak akan mendapat rahmatnya....saya bukanlah mama yg hebat dari segala segi...saya juga byk kesilapan dlm membesarkan mereka...tapi sbg manusia saya belajar dari kesilapan......

Banyak lagi yg belum sy kongsikan di sini...tapi anda beli sajalah buku ini dan rasakanla betapa motivatednya  membaca buku ini sebagaimana yg sy rasakan ini...)

Terima kasih suami...kerana belikan saya buku ini!

Book title: "Mama, saya lapar..."
Author: Wardina Safiyyah
Price: RM19.90


Oh abaikan kaki kecil itew!

15 October 2010

I want a Girl ! !

Posted by MamaShiLa at 11:57 PM 4 comments
Sharing is caring!
Wanna share this facts...and maybe i shud try... kekeke..

The fact is..
It is the man’s sperm that determines the sex of your baby
X for female and Y for male


and another fact is...
The male sperm (Y) are small and weak but fast. 
The female sperm (X) is stronger but slower than the male sperm. 

Although we can’t “make” a boy or girl...
but
we can certainly try some things to increase the chances of conceiving a male or female baby

What can we try to do?
It's all about planning!

Here are some tips...

  • Timing can be everything when trying to have a boy or a girl. Intercourse three days before ovulation can help if trying for a girl. This will allow the female sperm to reach the egg before the male sperm. The woman’s body will have more time to kill the faster male sperm before ovulation occurs. 
  • The female sperm, although slower, is stronger and has better chance of reaching the egg. If trying for a boy, intercourse should occur closer to ovulation, enabling the faster sperm to reach the egg before the female.

If you are having trouble conceiving, do not attempt these methods, as some can diminish your chances for conception.

How to Conceive a Girl
  • Beginning five days before ovulation, have intercourse every day up to three days before ovulation.
  • Shallow penetration in the missionary position will increase your chances for having a girl. There is more acidity near the entrance of your vagina. Acidity will break down the male sperm, which is weaker, leaving more female sperm available for fertilization.
  • Do not have an orgasm when trying for a girl. This will make you more alkaline – an environment that suits the male sperm.
  • Have your male partner take a hot bath just before intercourse.
  • Eat legumes and dairy if trying for a girl.
  • Douche with water prior to intercourse.
How to Conceive a Boy
  • Have intercourse one to two days before ovulation.
  • Have an orgasm during intercourse, which causes an alkaline environment – favoring the male sperm. Contractions during the orgasm will also serve as a “wave” to carry the male sperm towards the egg.
  • Penetration from behind, with a woman on her hands and knees. This will help the male sperm to be closer to the egg for fertilization.
  • Have your male partner drink something caffeinated just before intercourse.
  • Douche with water and baking soda prior to intercourse.

With Allah wills...Insyallah..
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device