Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

08 December 2011

Badam Bersalut Coklat

Posted by MamaShiLa at 2:00 PM 0 comments
Hubby tetiba teringin nak makan Badam bersalut coklat ni...aku cincai je sebenarnya sbb masa raya haritu makan badam ni kat umah member...terus ngidam..resepi ni aku reka sendiri..not bad tau! (Angkat bakul dan masuk dalam bakul sendiri!) Tak caye? cubalah!!! Tak nyesalnya...hahahaha


Bahan-bahan yang diperlukan:


800 gm badam yang telah dipotong panjang-panjang. Pastikan badam ini dibakar dulu selama 10 minit pada suhu 160C
150 gm coklat chip (Abaikan tangan yang cantik tu)
100 gm whipped cream
dan..

1 sb butter (tiada dalam gambar)

Cara-caranya:
  1. Panaskan whipped cream secara double boil. Jangan sampai didih tau.. Agak-agak dapat mencairkan choc chip tu dah la...
  2. Dah agak-agak panas, masukkan choc chip dan butter (untuk kasi berkilat!!) dan kacau sampai choc chip tu cair. Sebenarnya yang aku buat ni adalah Choc Ganache. Benda hapekah Ganache itu korang google sendirik ye... :)
  3. Bila dah sebati, masukkan badam yang telah dibakar tadi.
  4. Masukkan dalam cup kecik-kecik tu dan sejukkan.
  5. Siap untuk dimakan masa tgk TV sambil bersantai dengan suami dan anak-anak!!!

Beginilah rupanya Badam Bersalut Coklat yang aku reka sendirian berhad! 

Sagupal (Asam Gumpal)

Posted by MamaShiLa at 9:22 AM 2 comments

Nama majalah: Sagupal (kalau browse...nama lain Asam Gumpal)
Asalan nama: Sagu Kepal-Kepal 
Ini pencuci mulut glamer kat Trg..kat area lain aku tatau...aku try buat sekali...boleh dapat dalam 30 biji...aku bahagikan kat jiran-jiran...dan selebihnya makan sampai kembung!! Kalau nak try...ni resepinya...

Bahan-bahan inti:
200 gm kacang hijau
2 sb gula
Sedikit garam

Bahan-bahan kulit:
600 gm sagu mata ikan
1 cawan air panas

Bahan-bahan kuah:
1 biji bawang merah dimayam
1 inci halia dipotong panjang
Halba (suka hati nak banyak mana)
RM3 santan...(lupa dah brp gm)
Air secukupnya
Garam gula secukup rasa

Cara membuat Sagu kepal:
  1. Kacang hijau direndam selama 1 jam untuk melembutkannya dan buang bendasing dalamnya.
  2. Selepas 1 jam, toskan dan rebus.
  3. Bila dah hampir masak, masukkan gula dan garam. 
  4. Rebus sampai boleh dilecek dan pastikan ianya dilecek masa panas-panas lagi tau!
  5. Bentukkan kacang hijau menjadi bulat-bulat kecil, ketepikan.
  6. Untuk sagu, basuh sagu dan toskan.
  7. Tuang air panas (untuk lembutkan sagu).
  8. Bentukkan bulat-bulat dan isi dengan inti kacang yang dah dibentuk bulat-bulat tadi.
  9. Tips tak nak bagi sagu lekat kat tangan: sediakan semangkuk air, setiap kali selepas bentukkan sagu, celup jari dalam magkuk berisi air tadi then baru buat yang baru..insyallah x lekat n messy...
  10. Bila dah siap sagu kepal, kukus selama 20 minit.
Cara memasak kuah:
  1. Masuk semua bahan kecuali sagu kepal yang sudah siap dikukus.
  2. Pastikan anda sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul.
  3. Bila kuah dah masak, masuk Sagu Kepal, kacau dalam 10 minit lagi dan siap untuk dimakan!!!

07 December 2011

Nasi Minyak Terengganu Style

Posted by MamaShiLa at 1:38 PM 3 comments
Bahan-bahan Nasi:
3 pot beras, cuci dan toskan
Kulit kayu manis, bungka cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..suka hati nak letak banyak mana..aku suka serba 1 je..tak suka baunya yang kuat...
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 cawan susu cair
4 sb sos tomato
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Pewarna 


Bahan-bahan kuah:
4 biji bawang besar, dipotong dan digoreng sehingga kehitaman, diblender dan diketepikan.

2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..
5 sb bawang merah kisar
3 sb rempah kurma di bancuh dengan air suam 1 cawan
3 sb susu pekat
3 sb susu cair
1 sb kerisik
Air 800 ml
Ubi kentang
Ayam atau daging secukupnya



Bahan-bahan acar:
1 batang Timun 
1/2 batang Carrot 
1 biji bawang merah
1/2 inci halia
1 biji cili merah
1/2 cawan air panas
2 sb gula
1 sb cuka
Sedikit garam


Cara memasak nasi:

  1. Tumis semua bahan tumisan.
  2. Kemudian masukkan susu cair, tomato sos, garam dan daun pandan.
  3. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
  4. Bila nasi dah masak, masukkan 1 sudu pewarna dan gaul biar rata.
  5. Siap!!
Cara memasak kuah:

  1. Tumis bahan tumisan.
  2. Masukkan bawang kisar, kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh.
  3. Kemudian masukkan bawang goreng yang telah diblender.
  4. Masukkan air dan ubi kentang.
  5. Biarkan selama 5 minit baru masukkan ayam/daging.
  6. Masukkan susu pekat dan susu cair.
  7. Masukkan perasa (gula dan garam)..untuk manis aku suka guna Melaka..lagi sodap..
  8. Bila dah hampir masak baru masuk kerisik.
  9. Siap!!
Cara memasak acar:

  1. Potong semua bahan secara nipis dan panjang. Masuk dalam mangkuk.
  2. Kacau gula dan garam dalam air suam sehingga kesemuanya larut.
  3. Tuangkan air dan cuka ke dalam mangkuk tadi.
  4. Siap!!




11 November 2011

Daging Bakar

Posted by MamaShiLa at 10:50 PM 1 comments
Agak kebuntuan nak masak daging....singgang, sup, masak merah, kicap dan goreng pon sudah..kali ni nak torai daging panggang/bakar...biaselah aku...bila barang2 takde atau tak mencukupi kat dapur..tetiba mood nak menerai resepi pon datang...maka jadilah daging bakor cincai..cincai sebab pakai apa yang ado saje....

Bahan-bahannya..jeng jeng jeng...haruslah marinate dulu daging tu kan..aku marinate 6 jam..terpulangla nak marinate brp lama pon...aku letak sos bbq, madu (takde dlm ini gambar), garam kunyit (harus letak!) pastu sprinkled black pepper & meat tenderizer (nak bagi daging lembut)
Sesudah marinate...masuk dalam bekas yang sesuai utk dibakar...aku bakar dalam 40 minit je..masa pembakaran ni pun aku suka hati jugak nak letak brp lama..tapi selalu kena tengokla...kang ade yang betul2 terbakor!
Huhuhu...succulent!!! walaupon kentang tu terovercooked...hentam sajelah...Brrrpp...kenyang...Alhamdulillah 
 

26 October 2011

Hari cuti di hari Rabu

Posted by MamaShiLa at 2:20 PM 1 comments
Hari ni cuti Deepavali...kami duduk rumah...hubby ngecat pagor...aku pon masak2 aje...Hasil campakkan itu dan ini maka siaplah.....apa yang dinamakan...
Chicken Mayo Cincai - cincai sbb main campak je apa yang ada...
Carrot cupcakes with vanilla cream cheese frosting..
 My first attempt on decorating cupcakes...agak buruks rupenye...mmm...xpela..bukan nak jual pon... :)

07 October 2011

Apa aku buat pada hari Jumaat

Posted by MamaShiLa at 4:10 PM 1 comments
Today is my baking day!
Beef pizza kot namanya..entahlah..aku hentam je..

Portugese egg tart..yes!! menjadi jugak akhirnya...nnt ku share resepi yek...

Carrot cake with vanilla cream cheese frosting...

Ok dah...jom gi tgk bajet 2012..mana tahu ada pelarasan gaji...naik 30% muhahaha...aku yang suka berangan!

30 September 2011

Portugese Egg Tart

Posted by MamaShiLa at 4:02 PM 2 comments
Yo yo yo
Portugese Egg Tart uolls..ini tart dating kami suami isteri masa duk Johor dulu...kalau si dia datang JB..mesti pergi sergah tart ni dulu kat CS...+ Portugese chicken...tapi ku tak jumpa la resepi chicken tu lagi...buat tart dulu...layan gambar ye
Resepinya aku tak nak share lagi sbb first time ni buat cam x berapa menjadi...ada 2-3 resepi aku collect...so this is my first trial...yang aku buat ni letak cheese...pas2ni kalau aku dah jumpa yang betul2 cam ori nnt ku tempek di blog ini...

Kerja org nak cepat...pakai instant punye yek..
 
 Agak buruk rupanya...haha
 
 Taraa...lagi buruk rupanya...haha...aku buat garing...sbb encik somii suka yang garing-garing...
 
 14 ketul aku buat...tak sampai setengah jam..tinggal 6 ketul je...baru nak kasi mak mertua sikit....hermm...next time kena buat double...baru cukup!

02 April 2011

Kek Coklat (Lembab ke?)

Posted by MamaShiLa at 11:24 PM 4 comments
 Kek Coklat Kukus
Lembab ke tak..
Buat dulu baru rasa..hehe

 
 Bahan A:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

Bahan B (diayak):
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan C (dipukul sampai kembang...ku blender aje..:p):
4 biji telur

Cara nak buat:

Sementara nak sediakan bahan-bahan..
Panaskan kukusan/pengukus dulu

Campur semua bahan A, panaskan dalam periuk dgn api perlahan.
Cukup sekadar panaskan untuk mencairkan gula (jangan sampai mendidih)

Setelah Bahan A sebati campurannya apabila dipanaskan tadi
Masukkan bahan B dan C ke dalam A dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan dlm loyang dan kukus selama 45 minit

Siap!!

Bahan untuk toppingnye:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara double boiler
Kemudian curahkan di atas kek anda!!!

Insyallah sedap!

Nota kaki: 
Maafla ye..measurementnya pakai cawan n sudu..
sbb aku mmg guna measurement cup...xde pakai timbang-timbang

Testimoni client..

 Makan sampai juling!!!
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device