Weekend yg lepas sy bersama sekumpulan pelajar pergi ke 2 tempat di sekitar Selangor bagi lawatan teknikal...atau dlm kata lainnya lawatan sambil belajar..2 tempat yg kami pegi ialah:
1. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari Bukit Tagar
2. Indah Water Konsortium
Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar
Tahukah kita ke mana sampah kita dibawa pergi oleh lori sampah?
hihi...soalan yg agak kelakar..semua tahu jawapannya..
semua sampah kita akan diangkut ke tapak pelupusan sampah la kan...
Tahukah kita bahawa kita di Malaysia mempunyai satu tapak pelupusan sampah sanitari yg lengkap dan terbesar di Asia?
kalau tak tahu...skrg anda sudah tahu!!!
Tapak pelupusan ini merupakan yang terbesar dan tercanggih abad ini..dan ia satu2nya di Asia!!!! Mak bangga!
Apa yang dimaksudkan sanitari?
Sanitari merujuk kpd kemudahan/ facilities yang melengkapi suatu tapak pelupusan sehingga kawasan tersebut tidak lagi memudaratkan atau memberi kesan negatif terhadap alam sekitar..
erm...nak cite pasal trip...terbuat kuliah plak kat sini...nway...layan je la keseronokan kami menimba ilmu...
:)
Tapak pelupusan ini dimiliki oleh KUB-Berjaya Enviro Sdn. Bhd.
Sebahagian dari student yg join trip ni..
Apa tu...inilah fasa yang telah ditutup setelah penuh dgn sampah...dipadatkan dan dilapisi dengan lapisan telap air...sampah ini akan menghasilkan gas metana...gas ini sangat mudah terbakar dan di sini telah dilengkapi dengan methane recovery system...[aiseh...kuliah lagi...kalau nak tahu google sendiri la ye]
Kami sedang diberikan penerangan tentang methane combustion tower kat blkg tu...
ekeke...
Posing dulu sblm ke next station...
From previous to next station ni dekat je...tapi dorang ni sempat lagi berkarok...ekeke...
Kat bawah tu lori sampah tgh unload sampah-sampah yg dikutip di sekitar KL
Close up...
Seperti biasa...posing
Air sampah yg terhasil juga dirawat dengan sepenuhnya di sini...ha..ini sebahagian rawatan yang dilaksanakan..
Perbezaan leachate yang belum dirawat dan selepas dirawat...air yang dah dirawat kualitinya boleh diminum selepas direbus..tapi takdelah pulak dibuat minum...selepas memenuhi spesifikasi yang diperlukan...barulah selamat untuk dilepaskan ke sungai..tapi kat sini zero discharge diamalkan..jadi air bersih tu diorg buat siram pokok kelapa sawit yang mengelilingi kawasan ni...n pokok2 tersebut hidup subur.....:)
Posing lagi sblm ke next plant....
Indah Water Konsortium (Unit Langat, Cyberjaya)
Tahu tak selepas kita flush toilet, air tu pg ke mana?
Semua air tu akan masuk ke satu sistem rawatan...ada 2 jenis sistem...yg pertama septic tank yg selalu ada kat blkg umah kita....yang kedua terus ke wastewater treatment plant mcm yg kat Cyberjaya ni...tempat ni adalah tempat merawat air toilet yg kita flush tadi..bagi penduduk Cyberjaya...layan gambar...
Sebahagian rawatan yang sedang berlaku...waktu kami sampai cuaca tak berapa mengizinkan tapi kami redah aje....
Tgklah kualiti air sisa sebelum dan selepas rawatan...
Seperti biasa...pose kanak-kanak Ribena...hehe...jgn marah korang..
Takde kena mengena dgn yg hidup atau yg mati..saje nak close up sikit jaket yg dorang pakai tu...
Maknye nak pose jugak....ni kat depan clarifier...tujuannya..utk clarify everything...hihi..
Okla itu aje...
sekadar berkongsi..
2 comments:
bestnyaa shila..lecturer yg sporting!
thanx pn.shila coz join us...kami gumbira!!
Post a Comment