29 June 2011

Cinta tak datang kalau tak dicari..

Posted by MamaShiLa at 11:04 AM 1 comments
Terlihat teaser ini dari Tomok sempena wedding diorg...
Membuatkan aku teringat kepada hot babe aku sorang ni.. Qorash
Entah kenapa aku teringatkanmu tapi aku nak memetik kata-kata terakhir dari Tomok dlm video ni..

Cinta tak datang kalau tak dicari..

Babe..no worries k.. masamu akan tiba nanti...doaku untukmu sentiasa..Insyallah...


26 June 2011

Banyak benda nak cite...

Posted by MamaShiLa at 11:21 AM 3 comments
Kalau la apa yang diucapkan oleh mulut boleh terus ditulis di blog...rasanya setiap sejam blogku berupdate...haha...banyak benda nak distory mory kan tapi masa terlalu cemburu ngan aku...atau sebenarnya aku yg tak pandai bahagi masa... :)) biasala manusia lebih terjurus untuk menyalahkan keadaan daripada diri sendiri...

Ada beberapa benda yang berlaku serentak sejak 2 minggu ni..mula-mula pasal rumah..2 minggu lepas rumah baru kami sekeluarga dah ada elektrik..Credit to TNB kerana menjalankan kerja yang sgt cepat..2 minggu je siap..syukur...Hubby decided to move in rumah baru ASAP sbb dia dah janji ngan owner umah sewa kami utk kosongkan umah end of this month...So minggu lepas kami pindah rumah..mula-mula angkut sikit-sikit..angkut kotak kecil yang muat-muat kereta comel kami pastu last sekali baru angkut bulky item yang perlu guna lori..

Nampak cam senang je pindah rumah ni kan...tapi adoyai..letih bangat rasa..lebih2 lagi bagi aku yang tgh 8 bulan ni..wpun hubby aku suh aku jadi mandor je tapi aku tetap buat juga kerja...at last end up dgn contraction...degil kan...so aku jadi mandor je la...aku berterima kasih..sangat terima kasih pada bibikku yg mmg kerahan tenaga betulla...sian dia...adik-adik iparku, dan especially suamiku yg bertungkus lumus pindah barang, kemas rumah sampai jadi rupa rumah...so sekarang dah seminggu duk umah baru..Alhamdulillah barang semua hampir 90% siap kemas...cuma ada sikit2 lagi yang belum beres...

Saat kami bz buat perancangan pindah bagai...kami sekeluarga sekali lagi dikejutkan dengan berita yang mengejutkan...ibu mertua ku iaitu ibu hubby ku disahkan ada ketumbuhan (similar to cyst)..sebenarnya dh lama MIL aku ada benda ni cuma dia x bgtau anak-anak...at last after a year, baru dia cakap..then adik ipar aku n suami dia (wifey is a nurse and husband is a doctor) decided to bawak MIL aku pg check up kat hospital diorg berkhidmat yakni kat Kedah...sng diorg nak tgkkan..sampai kat sana lepas buat CT scan doc sahkan ia kanser tahap 2 (tapi to be confirmed after operation)...hari ni MIL akan jalani major operation...kemungkinan besar buah pinggang kanan perlu dibuang...hubby ku dan adik beradik yang lain dah ada kat Kedah skrg ni...dan aku x dpt nak pergi sama disebabkan keadaan aku juga tak mengizinkan..doakan MIL ku wahai readers...

Bila dh tulis kat blog ni rasa takdelah bz sgt tapi hari-hari berlalu selama 2 minggu ni rasa cepat sgt berlalu..minggu lps aku cuti seminggu...hari ni baru masuk kerja..otak jem plak rasa...itu aje kot aku nak update kali ni..buat tatapan masa tua nnt...hehe

02 June 2011

Progress rumah yang masih belum siap

Posted by MamaShiLa at 6:55 PM 5 comments
















Last but not least...8 bulan yg makin melebar..haha...

01 June 2011

Tempahan manik

Posted by MamaShiLa at 7:21 PM 3 comments
Cewah title cam gempak je..
Sebenarnya dulu pernah buat entry pasal jahit manik
Lepastu kawanku yg comey sorang ni, Farah minta tlg jahitkan manik kat lengan baju.
Actually projek ni dh lama tapi baru siap..expert sgt katakan..
Ampun ye cik Farah...

 Yang ni mmg tuan empunya diri nak mcm ni...manik tabur..

Yang ni plak designnya ikut suka hatiku...harap mu sukala Qorash yek...kalau tak suka aku minta maaf tau!
Aku dh pos baju ni tadi..esok atau lusa insyallah sampaila tu...kalau mu berposing ngan baju ni tag aku yek!!!! ekeke


29 May 2011

Kisah ID kontraktor - Part 2

Posted by MamaShiLa at 9:58 AM 1 comments
Cewah...ada part 2 plak ye..
Takpelah..sebagai panduan aku jugak di masa hadapan..
Supaya lebih berhati-hati 

Kepada reader yang nak tahu apa kes pasal id ni
Baca entry ni dulu k..klik di sini

Khamis lepas aku dh pergi jumpa ngan ID tu..
Mula-mula aku call dia cakap dia bz..suh aku jumpa ngan staf dia
Aku pon lega gak sbb takyah jumpa dia

Malam sebelumnya serius aku agak tak boleh tidur
Dah bermacam-macam doa aku baca plus smayang hajat jugak mohon dipermudahkan dengan kesempurnaan..

Sampai di kedai
ID tu ada...aik pelik gak..tadi kata bz..
aku buat dono je lah...

Kami pon discuss bersama ngan staf dia sorang lagi...
Alhamdulillah..
Tuhan makbulkan doa kami
Aku syukur sangat..dia tak naikkan harga (yang dia cakap kena naikkan sbb kami dah lewat sebulan) 
Lepas tu segala perbincangan berjalan dengan lancar..
Dia pon siap gurau-gurau n gelak-gelak
Macam bestfren plak

Sesungguhnya aku sangat lega
Pada awalnya aku n suami dan tawar hati nak buat ngan dia..
Sbb kami takut dapur yang kami nak jadi lain
Sbb melalui staf dia yg bgtau kami..kalau ada apa-apa kesilapan on-site dia takkan ubah..dia cuma deduct sikit harga
Hmmm...

Lepas meeting tu..aku report kat suami (dia kat offshore)
Kami masih lagi duk mikir...nak teruskan ke tak..
Semoga kami diberikan petunjuk samada nak teruskan ke tidak..
Sbb yang paling utama dia x keluarkan scale drawing 
Dia cuma tunjuk 3D drawing dlm komputer je..
Dia kata kalau nak scale drawing kena bayor..
Aku harap diberikan petunjuk nak teruskan ke tak..

Aku ada mintak satu quotation ngan ID lain
ID yang buat wardrobe umah kami
Smlm diorg dh dtg install wardrobe n puas hati
Takde silap pon..semua ikut apa yg kami nak
Kalau quotation ID tu berpatutan dan tak lari jauh rasanya kami nak buat 
ngan ID ni..
Kawan-kawan..minta pandangan...

Tambahan: Aku ada mintak ngan Signature Kitchen gak..mai aih harganya dekat 50K..takde kaler merah cili...yg ado kaler maroon..lagipun kami x mampu....!!!

25 May 2011

Wordless Wednesday: Teaser

Posted by MamaShiLa at 10:22 PM 5 comments

24 May 2011

Hari ni saya marah

Posted by MamaShiLa at 11:21 AM 9 comments
Astargfirullah hal azim..
Astargfirullah hal azim..

Dah lama x update blog..minggu lepas papa ku sakit diserang stroke..Ingin ku kongsikan cerita di sini..Insyallah entry selepas ni..

Tapi apa yang membuatkan aku benar-benar sedih pagi ni..
Aku rasa sangat-sangat tak puas hati dengan ID kontraktor yg buat kabinet dapur rumah kami
Begini citenye..

Aku dan suami dah survey tempat nak buat kitchen cabinet sejak setahun lepas lagi.
Masa tu semua ok dan negotiation berjalan lancar. ID tu pon cakap harga tak kan berubah dari apa yang kami bincangkan..tak kisah bila-bila rumah kami siap..maksudnya harga yang dipersetujui takkan berubah jadi kami telah bayar deposit. 

Sekarang dan setahun selepas kejadian tu, iaitu bila ruang dapur rumah kami dh ready nak buat kitchen cabinet.  Kami pon contact la dia untuk datang ukur dan sebagainya. Tetapi, apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Mula-mula dia cakap, semua dokumen kami hilang sbb staf dia berhenti kerja.
Ok fine.

Pastu dia asyik duk sebut dah lama dah awak booking ni. Kami bersabar je lah sbb dulu dia cakap x kesah. Dan kami dah cakap setahun lebih pon xpe? Dia kata ok..maybe masa tu dia baru bukak kedai kat Trg ni, so nak customer bleh cakap apa saja. Before ni dia kerja ngan orang kat Selangor. Balik ke Trg sbb husband dia cikgu kat sini. So nak mula menapak kat sini.

ID ni bos dia pompuan, cakap hebat mcm kita takde duit. Kami sabar je. Sbb berkenan sgt ngan kitchen cabinet dia kan..Dulu, maksud aku dulu tu masa kami booking nak buat ngan dia..Sekarang maksudnya selepas setahun dapur kami dah ready utk pasang kitchen cabinet.

Dulu dia kata harga sama takkan berubah. Tapi sekarang dia kata quotation dulu valid setahun je (tak de tulis pon dlm quotation tu valid sampai bila)..sekarang dah setahun sebulan so dia kena mark up harga sedangkan kami dah confirm ngan dia dulu. Bila-bila pun tak apa. Hari ni husband aku dh ke laut. Lepas tu dia putar belit dia kata dia bgtau husband aku n husband aku setuju sedangkan selama ni any meeting ngan dia aku ade sekali. 

Dulu dia kata aku n hubby boleh beli aksesori sendiri (rak-rak yg dlm tu, oven, microwave dsb) dan hantar ke kedai dia dan dia akan install cabinet according to apa yg kita beli.
Sekarang dia cakap tak yah hantar, dia tak nak tgk, bagi measurement je..aku cakap mana boleh sbb nnt kalau x muat ke apa salahkan aku plak pastu nak kena tambah duit plak kalau nak alter size kabinet kan. Pastu dia kata tak yah.
Beberapa hari lepas tu kata nak pulak. Suh hantar semua barang tu ke kedai dia plak.
Putar belit betul.

Kami suh dia buatkan drawing 3D, dia kata takyah..guna pakai drawing kami sendiri. Logik tak? Memang kami buat drawing sendiri tapi lepas deposit nak konfirm kerja ngan dia haruslah ada 3D drawing yang ikut scale betul2 kan..nnt kang kalau nak ubah apa-apa boleh ubah sebelum kejadian. Kalau benda dh buat tapi tak ikut apa kita nak, kita jugak kena tambah duit kan..Hish aku panas tol la..

Hari ni aku call, dia kata hari tu masa aku dtg drawing dah ada cuma aku dtg tak call jadi mana sempat nak cari..Hello, aku kerja ofis aku pon tahu mcamana nak filing documentation. Takkan ko punye client punya maklumat ko x buat filing, takkan la letak merata-rata n tak jumpa cari bila client nak...benda tu kan penting!

Sungguh kesabaran aku teruji hari ni. Mmg betul, dulu cakap dia lemah lembut dan baik sampai kami rasa teruja sgt. Tapi sekarang dia sgt arrogant, cara dia cakap mcm kita minta sedekah atau kebajikan dia tuk buat kabinet kita. 

Aku janji nak jumpa dia Khamis ni..dia nak buat quotation baru..tgkla berapa ribu lagi naik harga dia sbb kami sebulan lewat. Aku rasa tak tahan sgt deal ngan org mcm ni..semua cakap aku as a client salah. Dia aje betul. Harga semua sekali cabinet 20K++, kami dah letak deposit setahun sebulan yang lepas sebanyak 5K..aku nak cancel tapi tak tau nak cancel mcamana..sah sah kalau aku cancel tak dpt balik 5K tu...kawan-kawan, korang ada idea tak cmne aku nak setelkan masalah ni..

Aku buat wardrobe ngan ID lain tapi very profesional. Skrg tunggu nak pasang je. Takde banyak cekadak mcm ni. Aduh..Semenjak buat rumah ni mcm-mcm kontraktor aku jumpa tapi xdelah treat kita mcm ni..aku tau aku suami isteri kije makan gaji (kebanyakan client dia tokey emas, anak Dato' dan Dato') tapi bukan ke pintu rezeki kau berniaga kan..berbuat dan bercakap baikla sesama manusia..tolongla!

Ya Allah, kau mudahkanlah jangan kau susahkan dan sempurnakanlah dengan kebaikan.

Sesungguhnya aku sangat marah hari ni..
Astargfirullah hal azim... 
Astargfirullah hal azim..
Astargfirullah hal azim..








Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device