23 March 2011

Rezeki baby hari ini..

Posted by MamaShiLa at 4:23 PM 3 comments
A quick update
Baru je ngidam-ngidam Red Velvet Cake/Cupcake
Tapi dok pandai buat

Surprisingly, seorang student ku telah menyusahkan dirinya utk membuat sendiri cake tu dan hantar ke bilik
Oh terharu
Terima kasih banyak-banyak Diyana
X tau nak cakap apa dah
Tinggal nak mamam je
X sabau

Siap wrap cantik-cantik...Suka!

Ladybird itu sgt menggoda

Dapat lagi 2 cuppies...sorang tutor kat jabatan aku
Noorlyn namanya
Dia dah nak pg buat PhD kat UKM
Dia dtg bersama 2 cuppies yg comel ini utk say goodbye..
Huhu...sedih rasa..
And good luck to Noorlyn..
Insyallah kita jumpa di sana nnt..

Yummeh!
Background soklan final exam tu...hehe

Maaf...
cuppies ni sume sgt comey tapi kualiti gambar menggunakan iPhone8 (korang ada?) ni sgt2 buruk jadinya..ekeke

21 March 2011

Red Velvet Cake

Posted by MamaShiLa at 1:58 PM 4 comments
Glamer sungguh Red Velvet Cake skang ni 
Atau aku yg baru tahu 
Tak tahula plak

What is Red Velvet Cake?
Let those piccas do the talking




The texture..yummeh!

Cuppies form


 All pics from Mokcik Goooogle

By definition, 
Red Velvet Cupcakes are rich chocolate cupcakes. 
They are called red velvet due to their distinctive rich red color. 
Originally, cocoa used to be a lighter shade and what gave red velvet cupcakes their unique color was a chemical reaction of unprocessed cocoa with the acid in the buttermilk. 
Definition from google 

Gulp...

Masalah apabila berumahtangga

Posted by MamaShiLa at 11:12 AM 8 comments
Kalau belum berkahwin
Ramai org concern dan bertanya
"Bila nak merasa makan nasi minyak?"

Kalau dah kahwin dan belum ada rezeki menimang anak
Ramai org concern dan bertanya
"Dah ada isi ke?"
"Bila nak timang baby?"
"Merancang ke?"

Kalau dah kahwin, ada anak yang sudah kanak-kanak
Ramai org concern dan bertanya
"Bila nak ada adik baru?"

Tapi yg berlaku kat daku
Sewaktu kenduri kahwin baru-baru ni
Seorang kenalan yang dh lama tak jumpa dan tiba-tiba menyapa

"Beghehi sunggoh! tadok kije lain ke?"
Translation = "Sukanya buat anak! Macam takde kerja lain nak buat ke?"

Aku senyum kambing biri-biri je...
Sambil hatiku menjawab 
"Ade banyak kerja..buat susu anak, cuci toilet, cuci pinggan, masak nasi, susun kasut, lap meja, iron tudung, iron baju anak, kemas katil dan macam-macam lagi"

Tapi jauh dalam hati sungguh aku terasa

Malu ke aku mengandung lagi?
Malu ke aku nak ada anak ramai?

Aku tak rasa malu lansung!!


Mokcik google

Sekadar berkongsi pengalaman
Peringatan untuk diri sendiri dan yg sudi membaca

Lepas ni beringat dan berfikir untuk mengeluarkan sesuatu perkataan
Mungkin niat kita nak bersenda gurau mengeratkan hubungan
Tapi jangan sampai ada hati yang terasa
Mokcik google



Cheers!

17 March 2011

H.A.P.P.Y ハッピー☆彡

Posted by MamaShiLa at 10:49 AM 3 comments
Yeyeh..
doa kami anak-beranak dimakbulkan
bukan setakat line internet dh ok...line telefon pon dh ok..
dah dpt borak puas-puas smlm!

dengan itu..mode hari ni sangat happy
ditambah lagi hubby akan balik awal..
iaitu sabtu ni...bukan rabu depan (kalau ikut schedule) 
sbb task dia dh habis...

Aku senyum sampai berkedut!

H.A.P.P.Y
ハッピー☆彡
glücklich



Babe..we miss u

16 March 2011

Jangan Pernah Berubah

Posted by MamaShiLa at 11:17 AM 3 comments
Cam biasa..entry merapu-rapu aku 
Sebabnya sedih dan keciiiwa x dpt berhubung ngan suami 
Jadi apa-apa lagu sedih semua aku layan saat ni
Ekeke..

Nak share lagu ni
dari ST12 (bahasa Indonnya este12)

Lirik yang kena sikit ngan aku..

"Ku ikhlas tuk bertahan"

Bertahan ni..bertahan air mata dari mengalir
walau dlm dada ni tuhan je tahu
seb baik ada anak-anak yang boleh hiburkan hati
termasuk kat dlm perut ni..
:)

15 March 2011

Crazy Baby moving in Belly

Posted by MamaShiLa at 11:38 AM 0 comments
Mood swing beberapa hari lepas..
Sebabnya aku x dpt berhubung sgn suami..
Maybe kesan double devastation kat Japan...
Connection melalui telefon dan internet out..
Dah 4 hari takde khabar berita di sana..dan sini juga..
Situasi "biasa" bagi mereka yang suaminya bekerja begitu..
tapi bagi aku tak biasa..
Dah 6 tahun kawen pon aku rasa lemah kalau benda ni jadi..

Dan baby dlm perut mcm paham je perasaan mama dia..
Sejak 2 hari dia ni asyik duk berdentam dentum..agaknya luas sangat keluasan diameter belly mama..main futsal ke main bola jaring eh??

Macam video ni...


hehe...ngeri ke? kalau ngeri jgn tgk..
tapi kalau rasa sendiri...seronok sangat!!!

Ni bukan belly i ye..ni i share from you tube...hehe..jgn ingat mak punye lak..kalau mak punye pon..takkannya mak nak publish publicly mcm ni.. :p

19 weeks to go!!

13 March 2011

Mood Swing

Posted by MamaShiLa at 12:35 PM 3 comments
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device