13 November 2011

Apa pelajar PhD perlu tahu

Posted by MamaShiLa at 10:17 AM
Pembacaan hari ini..hari Ahad yang blues bagi pekerja di sebelah pantai timur...membawa kepada ini..nak share ngan korang...boleh rujuk kepada blog Major Kesatria Dr. Norzaidi...klik di sini untuk ke blog beliau


"Pada entry yang lepas, saya membicarakan mengenai ciri-ciri yang perlu ada bagi penyelia. Anda juga perlu tahu apabila anda menjadi pelajar PhD, ada satu perkara penting. Jika anda seorang pelajar PhD, maka boleh dikatakan 95% kerja penyelidikan datang daripada anda, dan hanya 5% sumbangan dari penyelia. Apa maksud 95% kerja penyelidikan dari anda sendiri? Begini jawapannya. Kebanyakkan pelajar PhD masih terkeliru dengan cara belajar peringkat sarjana dan masih mengamalkannya untuk peringkat PhD. Mungkin diperingkat sarjana, penyelia akan banyak membantu dari tatacara menjalankan kajian, pengenalan kepada literatur, cara mendapatkan artikel dari online database, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, di peringkat PhD, anda sudah dianggap arif tentang selok-belok menjalankan kajian. Oleh yang demikian, anda akan 'bersendirian' atau bekerja secara 'independent' bagi menyiapkan kerja penyelidikan PhD. Jika ada masalah, barulah anda akan merujuk kepada penyelia. Penyelia jarang sekali akan mengajar, sebagai contoh; apakah jenis variables yang perlu ada dalam model anda, apakah jenis research method yang dipakai, bagaimana nak conduct survey, dan macamana nak run factor analysis. Kita kena belajar sendiri. Kita perlu mencari pakar rujuk atau paling kurang beli buku penyelidikan. Tetapi ada juga yang bernaib baik. Ada penyelia yang pemurah, sudah pasti mereka akan menolong pelajar PhD. Sampai tajuk dan artikel dicarikan untuk anda. Anda perlu bersyukur jika mempunyai penyelia yang sedemikian. Bagaimana pula bagi yang tidak bernasib baik? Jika anda tergolong dalam kategori ini, maka jalannya ialah dengan mengadakan perbincangan dengan teman PhD yang lainInsyaAllah dengan kumpulan ini, ianya akan dapat membantu anda dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Selalu saya pesan, jika anda sudah 'terlalu' bosan dan tepu dengan PhD, maka ambil rehat sehari dua, dan jangan ingatkan PhD anda bila pergi vacation. Jangan bawa laptop anda bersama. Lupakan sejenak. Betul-betul rehatkan minda dan badan anda. Jika sudah 'sembuh' maka sambung balik kerja anda. Pengalaman saya semasa buat PhD dulu saya amalkan. AlhamduLillahmujarab. Saya banyak berehatkan minda dan badan di Cameron Highland, di South Korea, di Switzerland dan di Pittsburgh, USA (pergi pertandingan rekacipta + vacation).AlhamduLillahrelease tension. Lebih baik buat umrah/haji...doa kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan baik."

4 comments:

W.R.W.A on November 13, 2011 at 10:43 AM said...

sgt betul artikel nih shila... perkara pertama bile start PhD ialah carik kawan dlm bidang research yg sama secepat mungkin. Serap semua ilmu & kemahiran dirg w/pn dr budak2 undergrad. Ketepikan malu... & ego. Duk lab instead of library. Belajar sendirian & berlagak cam leh solve research problem alone leh wat kiter jadi sewel sumtime... hahhaha...

MamaShiLa on November 13, 2011 at 11:49 AM said...

Baikla Fizah...insyallah..

hamka on February 8, 2016 at 4:20 AM said...

saya baru nak mengenal phd...bertatih..tq info

hamka on February 8, 2016 at 4:27 AM said...

saya baru nak mengenal phd...bertatih..tq info

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device