26 August 2011

Azam Baru

Posted by MamaShiLa at 2:17 PM 3 comments
Tak ada ribut
Tak ada angin
Orang sibuk mood raya
Aku sibuk berazam baru
X kesahla kan..

What motivates me?
Anak dah 3, aku cam dah risau nak tinggalkan anak-anak solely kat bibik sepanjang kerja nanti...kalau anak-anakku jenis yang pendiam, behave, takpelah..
Ini....dua-dua anak yang sedang membesar bagai johan tu mmg perlukan "intensive care"
HEHEHE...

Jadi, aku terpikir untuk mereducekan workload bibik
Waktu aku gi kije..dia just jaga anak je..
Aku dah buat perjanjian ngan dia...
Sebelum aku pegi kije (kol 8/9 pagi) semua kerja rumah dah siap...
Sapu, mop, lap, cuci, dsb...meaning dia kena bangun kol bp dia kena pandai2 la..

Maksud aku azam baru tu adalah aku nak masak setiap hari
Makan pagi dan tengah hari
Bibik tak yah masak..cuma jaga anak sahaja sepanjang aku tiada di rumah
Makanan akan ku siapkan..
Boleh ke eh?

Perancangan aku...pagi aku akan bangun awal seawal yang ku larat untuk siapkan breakfast..
Untuk makan tengahari aku akan masak petang sehari sebelum kerja
Lauk tu simpan, bila dah tengahari esok, bibik just panaskan je
Positive side is...lauk-lauk yang aku buat tu aku leh tapaukan sekali ke opis utk lunch aku...tak ke jimat???

Aku harap menjadi la azam ni...


23 August 2011

Damn I Miss My Husband

Posted by MamaShiLa at 6:36 PM 1 comments
Hati dan jiwaku memang cengeng
Tika dan saat ini
Aku rasa terlalu sunyi 
Kerana aku terlalu rindukan seorang insan bernama suami

Aku rindu segala kebaikannya
Aku rindu segala kemanisan bersamanya
Aku rindu kata-kata dan suaranya

3 hari lagi...

Memang entry ni merapu-rapu!!!

21 August 2011

Engku Ziyad

Posted by MamaShiLa at 12:33 PM 4 comments
Engku Ziyad di umur 24 hari...



15 August 2011

Bibik Oh Bibik !!

Posted by MamaShiLa at 9:22 PM 4 comments
My pantang days went well
Until day 5
Sniff Sniff

Before i go further
Let me give a brief intro on my BIBIK
Amik bibik ni dari tahun 2009 masa tu aku tgh pegnant Iman 8 bulan
Alhamdulillah selama dia duduk ngan aku apa yang boleh aku katakan dia ok baik sangat, rajin dan sayang anak-anak aku..

Family aku semua cakap dia baik
Apa yg membuatkan aku selesa ngan dia bila Iman dan Adam sayang dia esp Iman
kadang-kadang kecik ati gak kalau dia nangis pg cari bibik
tapi bak kata hubby aku
tu menunjukkan dia jaga anak-anak aku dgn kasih sayang
Alhamdulillah sekali lagi
dijauhkan anak-anak aku dari perkara-perkara yg tak diingini

Baik bukanlah maksud pijak semut pon tak mati
Ada jugak dia buat hal...contohnya dia mintak pakai hp
Ya aku akui dia terpengaruh ngan kawan-kawan
Maksud aku kawan-kawan dia tu, bibik umah mak aku dan bibik jiran aku
Mula-mula aku sangsi jugak tapi sbb percaya aku kasi dia pakai hp

Dipendekkan cerita
Sebaik-baik BIBIK yang kije ngan aku nak masuk 3 tahun ni
telah mengkaburkan dirinya waktu hari pantang aku yg ke-5
ye!
BIBIK aku LARI!!!!

Meh aku cite hari kejadian..
Sebenarnya Allah dah tunjukkan petunjuk spt ada sesuatu yg akan berlaku
Cuma kita sbg manusia x perasan 
Bila kejadian dah berlaku baru perasan hubungkaitnya
 Malam kejadian sewaktu berbuka puasa Adam dan ngamuk-ngamuk
Serba tak kena
Biasa aku suapkan dia makan tapi dia tak nak..dia nangis..
Lepas tu masa nak masuk tido sekali lagi dia buat hal..nangis sampai muntah-muntah
Kol 2 pagi hubby bawak Adam pg hospital sbb dia muntah sampai 30 kali
Kol 3 hubby aku balik katanya x perlu admit wad doc cuma masukkan ubat tahan muntah...
Dah kol 3 hubby decided to sahur je la..sbb takut terlajak kalau tertido
Bibik bangun cam biasa untuk sahur, aku sempat pesan kat dia hari tu cucian banyak sikit sbb smlman Adam muntah, kusyen, bantal semua kena muntah dia...
Dia cakap ok tanpa ada apa-apa meragukan..
Sesudah subuh aku n hubby bantai tdo...
Tiba-tiba kol 6.30 pg cenggitu aku dgr Iman teriak2 nangis2 yg agak kuat
Dalam masa yg sama Ziyad pon nangis dia poo poo
Aku pon heran mana bibik ni..
Biasa dia akan pujuk Iman dan dtg tgk aku kalau aku nak apa-apa
Tetiba hati aku terasa nak mencari dia..
Aku tgk kat luar kain baju dlm bakul sdg disidai..tapi xde plak dia kat situ
Aku buka dustbin tgk sampah dah clear...aii 6.30 pg dah buang sampah?
Aku x sedap hati aku kejutkkan hubby suh cari dia kat atas...sah! Dia xde
Dia dah lari!!!!


Memang hebat dugaan ni
Hati aku kuat sbb hubby ada
Tak sangka sebaik-baik bibik pon lari jugak


Kemudian, bibik adik ipar aku call tanya pasal bibikku
Rupa-rupanya dia bgtau bibik SIL aku tu dia nak lari dgn org tempatan yang dia baru kenal sejak aku pindah umah baru ni
Masyallah...kuatnya pengaruh lelaki tu...


Patutla sejak kebelakangan ni aku tgk dia rajin buang sampah dan rajin pegi kedai..sbb  x jauh dari umah aku ada kedai runcit
Pernah kol 3 ptg dia pg buang sampah tanpa bgtau aku..aku sedar dia dah balik
aku tanya dia x panas ke...dia kata takpelah
Lepas tu biasa stok groceries kat umah aku mmg aku beli utk sebulan
Tapi kdg2 habis jugak...aku akan belikan
Tapi sejak duk sini, kalau nescafe tinggal separuh ke, gula tinggal separuh ke, mak aii rajinnya pegi beli wpun hari panas terik!!
Sesudah kejadian baru aku perasan semua ni..
isk isk Lampi betul majikanmu ini


Biarlah..
yang lari biarlah dia lari..
Aku syukur sbb dia x lari masa aku tgh kerja dan tinggalkan anak-anak sendirian
Aku syukur dia x lari masa hubby aku takde
setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Cuma kita masih belum sedar atau belum nampak hikmahnya


Buat bibik
Kalau kamu baca blog saya
Saya doakan kamu dilindungi 
Dan semoga kamu berjumpa dgn org yang baik-baik
Kerana saya jaga kamu spt saudara sendiri..
Dan saya berjanji sama bapak kamu utk jaga kamu sebaiknya
Skrg kamu sudah lari
Kamu bukan lagi tanggungjawab saya
Jaga diri baik-baik!


Alhamdulillah...selepas 3 hari 
ada bibik baru in the house
banyak lagi perlu dilatih
Insyallah semoga semuanya berjalan lancar
semoga bibik baru ni lebih baik dari yang sebelumnya..
Aku trauma

12 August 2011

Pengalaman bersalin

Posted by MamaShiLa at 2:30 PM 9 comments
Akhirnya ku rajin mengupdate!
After 14 days...
I know its not my first baby 
But it takes some times to adapt with the new environment
New baby in the house + 2 growing kids [and they are BOYS!]
Phew!!

Alhamdulillah
Syukur 
Bersalin anak ke-3 sudah sempurna 14 hari
Ya allah..
Dah tiga anakku!!!

Untuk entry kali ni aku nak cite pasal experience on giving birth to my 3rd one
Aku penah cite sblm ni experien 2 org hero malaya yang selamat dilahirkan secara normal atau doktor panggil SVD (apa maknanya korang cari sendirik!)

Due aku 27/7 yang lepas
Aku pegi check-up spt biasa
Gyane suh aku bersalin esok hari nya dan aku harus diinduce
Tanpa aku tanya kenapa nak kena induce aku setuju aje..
Segala perasaan takut scary mary dah melanda 
Sbb aku byk dgr experien org cakap sakit gilos kalau induce ni..
sakit induce x sama mcm regular contraction
pengalaman kakakku sendiri 3 org anak kena induce
Fuhh..cukup menseriaukan aku

Malam tu aku kacau semua kawan aku
Tanya experien dorang
Tak cukup dgn tu aku sobey kat google plak
Adoyai ketakutan menjadi-jadi...
Aku rasa 2/10 je kawan aku cakap OK!!
Yang lain semua cakap MERANA!!!
Aku tau aku overconcious
Hubby cakap "tulah banyak sgt buat research...kang dah takut segala bagai"
Yang paling penting malam tu aku tidur x brp lena dgn bacaan doa bagai mohon permudahkan segalanya

Esoknya, 28/7/2011
Pagi aku bersiap cam biasa
Kuar hubby tanya nak makan apa
Aku cuma jawab nak makan banyak!
Hubby bawak aku makan sate
Sempat lagi aku gi jalan-jalan pasar tani beli barang keperluan
Kol 9.30 hospital call
Aku tak angkat!!
Sepatutnya aku pg hospital kol 9 pagi
Tapi dah terlewat skit n phone plak tinggal dlm kereta
Apalagi aku dah cuak dalam hati pikir..serius ke Doc Yusof (gynae) tu nak suh aku beranak jugak hari ni?

Melangkah ke hospital dalam keadaan segar bugar, sihat walafiat adalah sangat mencemaskan
Yelah kan..kalau la ada contraction dlm 30% ke..mmg nak sgt pg hospital kan
ini aku tak rasa apa-apa

Sampai-sampai je nurse aku aku masud bilik 205 (bilik sama warded maktu iman dulu)
tukar baju n terus suh aku ke LR
Aku rasa baru je jap tadi aku enjoykan diri gi pasar tani (walaupun pasar tani je...)
haha
Tepat kol 10.30 pagi aku diinducekan dos pertama
Nurse dtg borak2 ngan aku
Sbb dia kata muka aku nampak cemas cam nak beranak sulung
Yes...serius aku takut!
Nurse tu cakap dos utk induce dimasukkan 1/4
Masa ni aku x rasa pape pon
Aku siap buat live telecast kat fb
disamping sebuah buku (sempat baca buku tuk distract kesakitan walhal tak sakit lagi pon!!) dan bacaan doa tak lekang aku baca

Kol 1.30 Doc Yusof datang
tanya aku sakit tak
Aku plak boleh cakap blom la Doc
Lepastu dia cakap takpe kita bagi sakit lagi
Oh Doc..kot ye pon nak gurau jgnla cakap mcm tu
Huwaaaaaaaaaaaaa.....

Buat VE baru 2 cm..dah ada show..kuar darah
Dtg midwife yg sgt baik hati gosok-gosok sambil pujuk-pujuk takyah amik epidural
Dalam hati aku tak kira nak jugak!!!
Dalam pada tu aku dah rasa contraction dalam 40%
Still mild kan..
Boleh lagi aku borak2..senyum bagai..update status kat fb sambil mulut kumat kamit baca doa..

Doc jangka aku bersalin lepas asar
Dan tibalah waktunya lepas asar aku still menunggu 
Next VE kol 5
Sakit yang aku rasa boleh tahan aje..scale dalam 60%
Alhamdulillah...aku berjaya control breathing mengikut kata doc yusof la..
katanya kalau aku boleh control breathing aku takkan rasa sakit sgt

Kol 6 VE= 8cm
Alhamdulillah dah 8
Doc yusof cakap...nak epi ke?
Aku cakap tunggu dulu doc..
nak biar sakit sikit lagi
Doc cakap..tunggu apanya..nak beranak dah ni
Pastu dia tambah lagi...kan saya dah kata takyah epidural..


Doc Yusof cakap kalau rasa nak push bgtau dia
Tak sampai 20 mnt lepas tu 2 kali aku rasa contraction yg mcm nk meneran
Senang kata cam nak buang air besar la
Aku panggil Doc dalam kol 6.15 aku dah start push
Pushy agak payah aku rasa..
Entah kenapa
Aku x amik apa-apa drug even Petidin
Jadi segala kejadian aku sedar
Kalau amik drug kita akan rasa mamai-mamai
sedar tak sedar kan
tapi kali ni aku sedar...dari awal sampai akhir
 Kenapa aku rasa agak susah nak push
First thing sbb aku x amik apa-apa drug
So aku tak mamai
Contraction plak mild je aku rasa jadi aku macam tak berusaha sangat nak push
Second aku rasa sbb tak kena gunting jadi susah la sikit..kena berusaha sedaya upaya meneran..
Lepas tu kena marah ngan Doc
barulah aku bersungguh-sungguh 
Dalam 5 kali jugak aku push baru la baby keluar
Alhamdulillah


Baby boy weighted 2.98 kg
No epidural
No episotomi


Overall aku bersyukur kerana dipermudahkan urusan bersalin kali ini
Bagi aku breathing control banyak membantu dalam melawan sakit contraction
Aku bersyukur sgt x episotomi sbb pantang kali ni aku bpantang sendirian berhad
Mak aku hanya dtg kadang-kadang memandangkan ayah aku sakit
Alhamdulillah hubby n bibik banyak membantu


Just delivered!


Baby ini kunamakan Engku Ziyad yang bermaksud kelebihan
Dengan iringan doa semoga namamu akan membawa segala kelebihan dalam kehidupanmu kelak, wahai anakku...


Next entry aku nak cite pasal bibik buat hal...Insyallah next entry..tunggu!!


Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device