Astargfirullah hal azim..
Astargfirullah hal azim..
Dah lama x update blog..minggu lepas papa ku sakit diserang stroke..Ingin ku kongsikan cerita di sini..Insyallah entry selepas ni..
Tapi apa yang membuatkan aku benar-benar sedih pagi ni..
Aku rasa sangat-sangat tak puas hati dengan ID kontraktor yg buat kabinet dapur rumah kami
Begini citenye..
Aku dan suami dah survey tempat nak buat kitchen cabinet sejak setahun lepas lagi.
Masa tu semua ok dan negotiation berjalan lancar. ID tu pon cakap harga tak kan berubah dari apa yang kami bincangkan..tak kisah bila-bila rumah kami siap..maksudnya harga yang dipersetujui takkan berubah jadi kami telah bayar deposit.
Sekarang dan setahun selepas kejadian tu, iaitu bila ruang dapur rumah kami dh ready nak buat kitchen cabinet. Kami pon contact la dia untuk datang ukur dan sebagainya. Tetapi, apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Mula-mula dia cakap, semua dokumen kami hilang sbb staf dia berhenti kerja.
Ok fine.
Pastu dia asyik duk sebut dah lama dah awak booking ni. Kami bersabar je lah sbb dulu dia cakap x kesah. Dan kami dah cakap setahun lebih pon xpe? Dia kata ok..maybe masa tu dia baru bukak kedai kat Trg ni, so nak customer bleh cakap apa saja. Before ni dia kerja ngan orang kat Selangor. Balik ke Trg sbb husband dia cikgu kat sini. So nak mula menapak kat sini.
ID ni bos dia pompuan, cakap hebat mcm kita takde duit. Kami sabar je. Sbb berkenan sgt ngan kitchen cabinet dia kan..Dulu, maksud aku dulu tu masa kami booking nak buat ngan dia..Sekarang maksudnya selepas setahun dapur kami dah ready utk pasang kitchen cabinet.
Dulu dia kata harga sama takkan berubah. Tapi sekarang dia kata quotation dulu valid setahun je (tak de tulis pon dlm quotation tu valid sampai bila)..sekarang dah setahun sebulan so dia kena mark up harga sedangkan kami dah confirm ngan dia dulu. Bila-bila pun tak apa. Hari ni husband aku dh ke laut. Lepas tu dia putar belit dia kata dia bgtau husband aku n husband aku setuju sedangkan selama ni any meeting ngan dia aku ade sekali.
Dulu dia kata aku n hubby boleh beli aksesori sendiri (rak-rak yg dlm tu, oven, microwave dsb) dan hantar ke kedai dia dan dia akan install cabinet according to apa yg kita beli.
Sekarang dia cakap tak yah hantar, dia tak nak tgk, bagi measurement je..aku cakap mana boleh sbb nnt kalau x muat ke apa salahkan aku plak pastu nak kena tambah duit plak kalau nak alter size kabinet kan. Pastu dia kata tak yah.
Beberapa hari lepas tu kata nak pulak. Suh hantar semua barang tu ke kedai dia plak.
Putar belit betul.
Kami suh dia buatkan drawing 3D, dia kata takyah..guna pakai drawing kami sendiri. Logik tak? Memang kami buat drawing sendiri tapi lepas deposit nak konfirm kerja ngan dia haruslah ada 3D drawing yang ikut scale betul2 kan..nnt kang kalau nak ubah apa-apa boleh ubah sebelum kejadian. Kalau benda dh buat tapi tak ikut apa kita nak, kita jugak kena tambah duit kan..Hish aku panas tol la..
Hari ni aku call, dia kata hari tu masa aku dtg drawing dah ada cuma aku dtg tak call jadi mana sempat nak cari..Hello, aku kerja ofis aku pon tahu mcamana nak filing documentation. Takkan ko punye client punya maklumat ko x buat filing, takkan la letak merata-rata n tak jumpa cari bila client nak...benda tu kan penting!
Sungguh kesabaran aku teruji hari ni. Mmg betul, dulu cakap dia lemah lembut dan baik sampai kami rasa teruja sgt. Tapi sekarang dia sgt arrogant, cara dia cakap mcm kita minta sedekah atau kebajikan dia tuk buat kabinet kita.
Aku janji nak jumpa dia Khamis ni..dia nak buat quotation baru..tgkla berapa ribu lagi naik harga dia sbb kami sebulan lewat. Aku rasa tak tahan sgt deal ngan org mcm ni..semua cakap aku as a client salah. Dia aje betul. Harga semua sekali cabinet 20K++, kami dah letak deposit setahun sebulan yang lepas sebanyak 5K..aku nak cancel tapi tak tau nak cancel mcamana..sah sah kalau aku cancel tak dpt balik 5K tu...kawan-kawan, korang ada idea tak cmne aku nak setelkan masalah ni..
Aku buat wardrobe ngan ID lain tapi very profesional. Skrg tunggu nak pasang je. Takde banyak cekadak mcm ni. Aduh..Semenjak buat rumah ni mcm-mcm kontraktor aku jumpa tapi xdelah treat kita mcm ni..aku tau aku suami isteri kije makan gaji (kebanyakan client dia tokey emas, anak Dato' dan Dato') tapi bukan ke pintu rezeki kau berniaga kan..berbuat dan bercakap baikla sesama manusia..tolongla!
Ya Allah, kau mudahkanlah jangan kau susahkan dan sempurnakanlah dengan kebaikan.
Sesungguhnya aku sangat marah hari ni..
Astargfirullah hal azim...
Astargfirullah hal azim..
Astargfirullah hal azim..