28 November 2011

Fareeda Oh Fareeda!!

Posted by MamaShiLa at 10:01 AM 77 comments Links to this post
Berkesempatan ke Butik Fareeda kat Bangi last week..mak aih ramainya "penggemar" Fareeda..berebut-rebut berembat-rembat...aku pon rembat sama....pastu ade le 3 helai yang tersalah rembat....bukan salah apa...aku mmg amik lebih...sbb masa tu berebut2..jadi lepas balik hotel baru aku pilih mana yang aku bkenan...so yang 3 ni aku nak let go...semua design SARAMARISSA design terbaru POLKADOT...sapa nak sila tinggalkan komen ye....ini baru punya tau..bukan pre-loved!

Hot Chili + Black  SOLD!!
Purple Ribena + Black SOLD!
Sweet peach + white

Contoh pemakaian tudung Saramarissa ni mcm gambar kat bawah..cuma kaler je berbeza....gambar2 ni aku amik dari fb Fareeda....Nyata Jelita



22 November 2011

Ong Kim Swee, Tahniah!

Posted by MamaShiLa at 12:20 PM 3 comments Links to this post
Tahniah buat Harimau Muda...tak perlulah aku ulas lagi tentang kemenangan semalam..cuma yang menarik hati pagi ini bila membaca berita kemenangan semalam...bila Ong Kim Swee berkata-kata...

"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."

Terima kasih Harimau Muda dan coach Ong Kim Swee..berjaya membuktikan kejayaan walaupun di provoke habis-habisan....kata-kata ni aku tujukan jugak buat bibik ku yang lari dulu tu..(walaupun takde kena mengena...haha)

18 November 2011

Gelagat anak-anak

Posted by MamaShiLa at 9:26 AM 3 comments Links to this post
Sekadar berkongsi gelagat anak-anak bersama sepupu sepapatnya di Aidiladha yang lalu...






17 November 2011

Gyro Bowl: Selesai satu masalah...

Posted by MamaShiLa at 8:51 AM 1 comments Links to this post
Cuba teka...apakah benda alah ini?
Nak share ngan kengkawan yang beranak kecik sepertiku, belilah Gyro Bowl ni..kita pun tak runsing lagi..bekas ni dia boleh rotate 360 degree meaning kalau anak-anak kita nak golek macamana pon makanan dalam tu takkan tumpah...unless kalau kita letak air la kan...meh tgk Adam n Iman bergaya ngan bowl masing-masing..


Olololo...buat-buat malu plak Adam ni...

Cewah mama suh posing...serius plak muka dia..
Close up..masa ni aku letak milo balls..
ada tumpah sikit sebab milo tu kan bentuk bulat-bulat...
senang bergolek...

Kat bawah ni demo Gyro bowl...silakan play..









Sebenarnya aku tak dibayar pon untuk promosi benda alah ni..cuma ak bgtau kawan-kawan...bekas ni leh jugak selesaikan masalah kita...tak yah runsing makanan tumpah kat atas karpet, lantai atau meja..bekas ni aku beli kat sini sila klik dgn harga RM16 je...tapi kalau ada leak sikit2 tu adatlah kan...hehee...

16 November 2011

Wordless Wednesday: ProvoKING!!

Posted by MamaShiLa at 9:09 AM 6 comments Links to this post

15 November 2011

Perihal Sekolah Adam

Posted by MamaShiLa at 4:14 PM 7 comments Links to this post
Sekolah mama dah dapat..sekarang sedang pulun mencari tempat tinggal a.k.a rumah sewa dan sekolah Adam...puas membaca pelbagai testimoni berkenaan kindie..akhirnya saya dan suami membuat keputusan nak hantar ke..


Sebabnya...sekolah Adam sekarang adalah Islamic based jadi saya nak Adam teruskan kepetahan dia mengaji dan membaca doa (Alhamdulillah...semua doa dia ingat..kadang2 mama dia yang lupa banyak doa), azan dan zikir..jadi saya rasa elok diteruskan...sejuk hati saya setiap kali Adam melaungkan azan dan mengajak saya solat berjemaah dan dia mahu jadi Imam (kerana dia selalu jadi Imam kalau solat kat skool dia)...sekarang pon kalau kami berjemaah dia yang action duduk depan konon jadi imam..tapi sebenarnya papanya yang imamkan solat..


Jadi..saya berharap dengan hantar ke GA dia akan lebih mahir mengaji dan sebagainya...bagi saya anak-anak biarlah ada asas agama..bila diorang dah besar nanti..sekiranya kita tak dapat mengajar mereka lagi dan mereka terlalai sekurang-kurangnya mereka tahu kembali kepada Allah...

Kalau nak tahu details boleh ke website GA klik sini ..banyak branch dan saya memilih cawangan Bandar Baru Bangi...wah...rumah blom tahu kat mana...dah daftar anak sekolah! Takpelah...rumah boleh cari lagi....sekolah kalau penuh sbb terlambat daftar..mama menyesal tak sudah nanti...

Alhamdulillah GA memudah cara apabila pendaftaran boleh dibuat secara online..saya telah mendaftarkan Adam minggu lepas...dan minggu ini..saya bersyukur kerana....

Alhamdulillah...tapi kena proceed ngan payment dulu...tapi kami masih di Terengganu..uhuk uhuk...ada sapa-sapa boleh tlg pergi ke GA Bangi tak tolong kami proceed dgn first payment ni? Kalau Ada yang sudi menolong...harap dpt bgtau k...harap sgt Adam dpt belajar kat sini..okla just a short entry...till then..

Antara video yang kebetulan ada dalam my phone...abaikan benda2 yang bersepah tu...dan juga keamaturan merekod video ni...ekeke

video
video
video

13 November 2011

Apa pelajar PhD perlu tahu

Posted by MamaShiLa at 10:17 AM 4 comments Links to this post
Pembacaan hari ini..hari Ahad yang blues bagi pekerja di sebelah pantai timur...membawa kepada ini..nak share ngan korang...boleh rujuk kepada blog Major Kesatria Dr. Norzaidi...klik di sini untuk ke blog beliau


"Pada entry yang lepas, saya membicarakan mengenai ciri-ciri yang perlu ada bagi penyelia. Anda juga perlu tahu apabila anda menjadi pelajar PhD, ada satu perkara penting. Jika anda seorang pelajar PhD, maka boleh dikatakan 95% kerja penyelidikan datang daripada anda, dan hanya 5% sumbangan dari penyelia. Apa maksud 95% kerja penyelidikan dari anda sendiri? Begini jawapannya. Kebanyakkan pelajar PhD masih terkeliru dengan cara belajar peringkat sarjana dan masih mengamalkannya untuk peringkat PhD. Mungkin diperingkat sarjana, penyelia akan banyak membantu dari tatacara menjalankan kajian, pengenalan kepada literatur, cara mendapatkan artikel dari online database, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, di peringkat PhD, anda sudah dianggap arif tentang selok-belok menjalankan kajian. Oleh yang demikian, anda akan 'bersendirian' atau bekerja secara 'independent' bagi menyiapkan kerja penyelidikan PhD. Jika ada masalah, barulah anda akan merujuk kepada penyelia. Penyelia jarang sekali akan mengajar, sebagai contoh; apakah jenis variables yang perlu ada dalam model anda, apakah jenis research method yang dipakai, bagaimana nak conduct survey, dan macamana nak run factor analysis. Kita kena belajar sendiri. Kita perlu mencari pakar rujuk atau paling kurang beli buku penyelidikan. Tetapi ada juga yang bernaib baik. Ada penyelia yang pemurah, sudah pasti mereka akan menolong pelajar PhD. Sampai tajuk dan artikel dicarikan untuk anda. Anda perlu bersyukur jika mempunyai penyelia yang sedemikian. Bagaimana pula bagi yang tidak bernasib baik? Jika anda tergolong dalam kategori ini, maka jalannya ialah dengan mengadakan perbincangan dengan teman PhD yang lainInsyaAllah dengan kumpulan ini, ianya akan dapat membantu anda dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Selalu saya pesan, jika anda sudah 'terlalu' bosan dan tepu dengan PhD, maka ambil rehat sehari dua, dan jangan ingatkan PhD anda bila pergi vacation. Jangan bawa laptop anda bersama. Lupakan sejenak. Betul-betul rehatkan minda dan badan anda. Jika sudah 'sembuh' maka sambung balik kerja anda. Pengalaman saya semasa buat PhD dulu saya amalkan. AlhamduLillahmujarab. Saya banyak berehatkan minda dan badan di Cameron Highland, di South Korea, di Switzerland dan di Pittsburgh, USA (pergi pertandingan rekacipta + vacation).AlhamduLillahrelease tension. Lebih baik buat umrah/haji...doa kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan baik."

12 November 2011

Ziyad di usia 3 bulan

Posted by MamaShiLa at 9:40 PM 1 comments Links to this post
Budak yang sangat suka mandi manda!!

11 November 2011

Daging Bakar

Posted by MamaShiLa at 10:50 PM 1 comments Links to this post
Agak kebuntuan nak masak daging....singgang, sup, masak merah, kicap dan goreng pon sudah..kali ni nak torai daging panggang/bakar...biaselah aku...bila barang2 takde atau tak mencukupi kat dapur..tetiba mood nak menerai resepi pon datang...maka jadilah daging bakor cincai..cincai sebab pakai apa yang ado saje....

Bahan-bahannya..jeng jeng jeng...haruslah marinate dulu daging tu kan..aku marinate 6 jam..terpulangla nak marinate brp lama pon...aku letak sos bbq, madu (takde dlm ini gambar), garam kunyit (harus letak!) pastu sprinkled black pepper & meat tenderizer (nak bagi daging lembut)
Sesudah marinate...masuk dalam bekas yang sesuai utk dibakar...aku bakar dalam 40 minit je..masa pembakaran ni pun aku suka hati jugak nak letak brp lama..tapi selalu kena tengokla...kang ade yang betul2 terbakor!
Huhuhu...succulent!!! walaupon kentang tu terovercooked...hentam sajelah...Brrrpp...kenyang...Alhamdulillah 
 

09 November 2011

Mood Single

Posted by MamaShiLa at 9:04 PM 0 comments Links to this post
Ngee ngee...single lagi...suamiku sudah bekerjaan...yang syahdunya kami tak dpt berhubung telefon dan internet..maka hidupla aku seorang isteri yang sunyi dan anak-anak yang kerinduan....2 minggu macam 2 tahun je.. maka apa jua lagu sedih kulayan sekarang...jadinya mari kita enjoy suara sedap Shila Amzah ni....

od 
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device