29 May 2011

Kisah ID kontraktor - Part 2

Posted by MamaShiLa at 9:58 AM 1 comments Links to this post
Cewah...ada part 2 plak ye..
Takpelah..sebagai panduan aku jugak di masa hadapan..
Supaya lebih berhati-hati 

Kepada reader yang nak tahu apa kes pasal id ni
Baca entry ni dulu k..klik di sini

Khamis lepas aku dh pergi jumpa ngan ID tu..
Mula-mula aku call dia cakap dia bz..suh aku jumpa ngan staf dia
Aku pon lega gak sbb takyah jumpa dia

Malam sebelumnya serius aku agak tak boleh tidur
Dah bermacam-macam doa aku baca plus smayang hajat jugak mohon dipermudahkan dengan kesempurnaan..

Sampai di kedai
ID tu ada...aik pelik gak..tadi kata bz..
aku buat dono je lah...

Kami pon discuss bersama ngan staf dia sorang lagi...
Alhamdulillah..
Tuhan makbulkan doa kami
Aku syukur sangat..dia tak naikkan harga (yang dia cakap kena naikkan sbb kami dah lewat sebulan) 
Lepas tu segala perbincangan berjalan dengan lancar..
Dia pon siap gurau-gurau n gelak-gelak
Macam bestfren plak

Sesungguhnya aku sangat lega
Pada awalnya aku n suami dan tawar hati nak buat ngan dia..
Sbb kami takut dapur yang kami nak jadi lain
Sbb melalui staf dia yg bgtau kami..kalau ada apa-apa kesilapan on-site dia takkan ubah..dia cuma deduct sikit harga
Hmmm...

Lepas meeting tu..aku report kat suami (dia kat offshore)
Kami masih lagi duk mikir...nak teruskan ke tak..
Semoga kami diberikan petunjuk samada nak teruskan ke tidak..
Sbb yang paling utama dia x keluarkan scale drawing 
Dia cuma tunjuk 3D drawing dlm komputer je..
Dia kata kalau nak scale drawing kena bayor..
Aku harap diberikan petunjuk nak teruskan ke tak..

Aku ada mintak satu quotation ngan ID lain
ID yang buat wardrobe umah kami
Smlm diorg dh dtg install wardrobe n puas hati
Takde silap pon..semua ikut apa yg kami nak
Kalau quotation ID tu berpatutan dan tak lari jauh rasanya kami nak buat 
ngan ID ni..
Kawan-kawan..minta pandangan...

Tambahan: Aku ada mintak ngan Signature Kitchen gak..mai aih harganya dekat 50K..takde kaler merah cili...yg ado kaler maroon..lagipun kami x mampu....!!!

25 May 2011

Wordless Wednesday: Teaser

Posted by MamaShiLa at 10:22 PM 5 comments Links to this post

24 May 2011

Hari ni saya marah

Posted by MamaShiLa at 11:21 AM 9 comments Links to this post
Astargfirullah hal azim..
Astargfirullah hal azim..

Dah lama x update blog..minggu lepas papa ku sakit diserang stroke..Ingin ku kongsikan cerita di sini..Insyallah entry selepas ni..

Tapi apa yang membuatkan aku benar-benar sedih pagi ni..
Aku rasa sangat-sangat tak puas hati dengan ID kontraktor yg buat kabinet dapur rumah kami
Begini citenye..

Aku dan suami dah survey tempat nak buat kitchen cabinet sejak setahun lepas lagi.
Masa tu semua ok dan negotiation berjalan lancar. ID tu pon cakap harga tak kan berubah dari apa yang kami bincangkan..tak kisah bila-bila rumah kami siap..maksudnya harga yang dipersetujui takkan berubah jadi kami telah bayar deposit. 

Sekarang dan setahun selepas kejadian tu, iaitu bila ruang dapur rumah kami dh ready nak buat kitchen cabinet.  Kami pon contact la dia untuk datang ukur dan sebagainya. Tetapi, apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Mula-mula dia cakap, semua dokumen kami hilang sbb staf dia berhenti kerja.
Ok fine.

Pastu dia asyik duk sebut dah lama dah awak booking ni. Kami bersabar je lah sbb dulu dia cakap x kesah. Dan kami dah cakap setahun lebih pon xpe? Dia kata ok..maybe masa tu dia baru bukak kedai kat Trg ni, so nak customer bleh cakap apa saja. Before ni dia kerja ngan orang kat Selangor. Balik ke Trg sbb husband dia cikgu kat sini. So nak mula menapak kat sini.

ID ni bos dia pompuan, cakap hebat mcm kita takde duit. Kami sabar je. Sbb berkenan sgt ngan kitchen cabinet dia kan..Dulu, maksud aku dulu tu masa kami booking nak buat ngan dia..Sekarang maksudnya selepas setahun dapur kami dah ready utk pasang kitchen cabinet.

Dulu dia kata harga sama takkan berubah. Tapi sekarang dia kata quotation dulu valid setahun je (tak de tulis pon dlm quotation tu valid sampai bila)..sekarang dah setahun sebulan so dia kena mark up harga sedangkan kami dah confirm ngan dia dulu. Bila-bila pun tak apa. Hari ni husband aku dh ke laut. Lepas tu dia putar belit dia kata dia bgtau husband aku n husband aku setuju sedangkan selama ni any meeting ngan dia aku ade sekali. 

Dulu dia kata aku n hubby boleh beli aksesori sendiri (rak-rak yg dlm tu, oven, microwave dsb) dan hantar ke kedai dia dan dia akan install cabinet according to apa yg kita beli.
Sekarang dia cakap tak yah hantar, dia tak nak tgk, bagi measurement je..aku cakap mana boleh sbb nnt kalau x muat ke apa salahkan aku plak pastu nak kena tambah duit plak kalau nak alter size kabinet kan. Pastu dia kata tak yah.
Beberapa hari lepas tu kata nak pulak. Suh hantar semua barang tu ke kedai dia plak.
Putar belit betul.

Kami suh dia buatkan drawing 3D, dia kata takyah..guna pakai drawing kami sendiri. Logik tak? Memang kami buat drawing sendiri tapi lepas deposit nak konfirm kerja ngan dia haruslah ada 3D drawing yang ikut scale betul2 kan..nnt kang kalau nak ubah apa-apa boleh ubah sebelum kejadian. Kalau benda dh buat tapi tak ikut apa kita nak, kita jugak kena tambah duit kan..Hish aku panas tol la..

Hari ni aku call, dia kata hari tu masa aku dtg drawing dah ada cuma aku dtg tak call jadi mana sempat nak cari..Hello, aku kerja ofis aku pon tahu mcamana nak filing documentation. Takkan ko punye client punya maklumat ko x buat filing, takkan la letak merata-rata n tak jumpa cari bila client nak...benda tu kan penting!

Sungguh kesabaran aku teruji hari ni. Mmg betul, dulu cakap dia lemah lembut dan baik sampai kami rasa teruja sgt. Tapi sekarang dia sgt arrogant, cara dia cakap mcm kita minta sedekah atau kebajikan dia tuk buat kabinet kita. 

Aku janji nak jumpa dia Khamis ni..dia nak buat quotation baru..tgkla berapa ribu lagi naik harga dia sbb kami sebulan lewat. Aku rasa tak tahan sgt deal ngan org mcm ni..semua cakap aku as a client salah. Dia aje betul. Harga semua sekali cabinet 20K++, kami dah letak deposit setahun sebulan yang lepas sebanyak 5K..aku nak cancel tapi tak tau nak cancel mcamana..sah sah kalau aku cancel tak dpt balik 5K tu...kawan-kawan, korang ada idea tak cmne aku nak setelkan masalah ni..

Aku buat wardrobe ngan ID lain tapi very profesional. Skrg tunggu nak pasang je. Takde banyak cekadak mcm ni. Aduh..Semenjak buat rumah ni mcm-mcm kontraktor aku jumpa tapi xdelah treat kita mcm ni..aku tau aku suami isteri kije makan gaji (kebanyakan client dia tokey emas, anak Dato' dan Dato') tapi bukan ke pintu rezeki kau berniaga kan..berbuat dan bercakap baikla sesama manusia..tolongla!

Ya Allah, kau mudahkanlah jangan kau susahkan dan sempurnakanlah dengan kebaikan.

Sesungguhnya aku sangat marah hari ni..
Astargfirullah hal azim... 
Astargfirullah hal azim..
Astargfirullah hal azim..








16 May 2011

Kenapa Blog macam Ting Tong!!

Posted by MamaShiLa at 10:22 AM 2 comments Links to this post
Kecelaruan
Beberapa hari lepas blog selalu under maintenance kan
Pastu time-time cenggini la masa nak update blog
Masa dia tak nak bt maintenance bz memanjang nak update

Tapi yang sadisnya
Aku takleh nak reply komen kat entry
Pastu sblm ni entry yg aku baru post pasal b-day Adam ada 4 komen
Dah la nak reply komen tak bleh..
Hari ni bukak dari 4 komen tinggal 1 jek..
Aiseh..
Tak paham..
Kenapa blog jadi ting tong gini?

Harap-harap lepas ni tak jadi lagi..sayang komen tu!!

11 May 2011

Birthday Engku Adam yang ke-5

Posted by MamaShiLa at 10:40 PM 3 comments Links to this post
Birthday Engku Adam dah lama berlalu
30 April 2011 yang lepas
Tapi papa dia takde, kerja masa tu jadinya hari ni baru berkesempatan nak makan kek
Beli kek aje..takde celebration apa-apa..papanya bz amat..

 Papa serabai..baru balik dr training...


Iman kutip cekelat tepi-tepi je...kek bo layan..

 Tidak dibenarkan memakan saya!


Mode: Tak mahu buat apa-apa

Posted by MamaShiLa at 1:18 PM 2 comments Links to this post
Sejak 2 hari ni rasa tersangat mim alif lam sim. Kenapa ye. Adakah kerana sudah masuk 3rd trimester, berat makin bertambah, jadi bila badan semakin berat, semakin malas bergerak, otak pon makin malas nak berfikir. Oh tidak!

Sebenarnya banyak perkara yang duk bermain dalam kotak fikiran dan skang aku finalize yang perasaan ni dtg bila aku kat ofis. Skang student dah takde..i mean dorang cuti semester dan beberapa collegues ku yang duk kat depan bilik ni dah nak pergi study jauh-jauh. 2 org pg UK, 1 pg Switzerland. Dan aku masih di sini. Suasana ofisku sangat sunyi. Mungkin sbb kesunyian ni lah aku jadi MALAS.

Banyak kerja yang kena setel. Aku tidak stress dgn kerja. Tapi aku rindukan hiruk pikuk manusia kat sini. Skang yang aku dgr bunyi ombak, bunyi burung dan bunyi aircond..tu nak menandakan betapa sunyinya hidup aku kat ofis..rasanya kalau aku cakap telefon pon org sebelah dgr kot..

Sepatutnya kalau sunyi ni dpt tenangkan jiwa tapi aku plak rasa sebaliknya. So, i decided to blame my hormon. OK. 11 weeks to go. Dok lama dah tu. Since this is my merapu-rapu entry. Aku akan merapu-rapu saja..sape yang baca rasa heran..sila jangan baca.. :)

My preparation for newcomers..preparation almost 70% aku agakla. Apa yg aku perasan kali ni aku punya preparation agak lebih dari Iman dulu. Waktu Adam dulu yelah anak sulung so mmg complete everything + perasaan teruja yang teramat sgt masa 7 bulan semua dh siap. Time Iman plak aku cuma beli romper je 5 helai sbb yang lain guna abang punye. Tapi kali ni, preparation agak bersemangat juga. Nak stroller baru, babycot baru, bouncer baru, baju dan sewaktu dgnnya semua baru...Alhamdulillah suami plak menyokong je..

Preparation for PhD. teeet. No komen. Sebab aku masih blom update proposal aku. Offer letter done. Cuma tunggu nak masuk meeting approval utk cuti belajar dari UMT dan KPT. Aku bajet lepas confinement baru buat semua tu. So, no progress.

Kerja? Ok. Stress level LOW cuma Motivation level MODERATE. Hasrat nak tulis 2 paper ni...oh semangat tolong dtg padaku..

Progress rumah..Tunggu pintu utama sampai. Lepas pasang pintu, wiring akan masuk. Pastu pasang segala bagai lampu, kipas dan sebagainya, apply utk letrik masuk, cat touch up masuk. Done. Suamiku bajet bulan 6 bleh masuk umah. Moga-moga doa kami dimakbulkan.

Mokcik google

Dalam pada tercari-cari semangat. Aku jumpa satu ayat semangat ni.. "Discover the best way to motivate yourself" - Delicious food can be a good therapy.

Maybe these can recover my self motivation:



pics by Mokcik google

Telan air liur
Gulp!
Perut dh lapar 
Dia dh meronta-ronta nak makan
Jom baby kita gi cari makanan tuk dimakan
Bubai!

Encik SEMANGAT sila dtg selepas sy makan!












02 May 2011

Quick update: Progress rumah April 2011

Posted by MamaShiLa at 6:59 PM 4 comments Links to this post
In Progress:
Infra works
Cat
Wiring and electrical
WC installation
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device