27 April 2011

On our 6th Anniversary Year 2011

Posted by MamaShiLa at 12:54 PM 6 comments Links to this post
Dah 6
No special celebration cuma pg tdo hotel satu malam 
Hotel yang cuma 8 km dari rumah

Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong

Deluxe chalet





Pelancong sesat

Complimentary cake from Ri-yaz

Salah orang..sepatutnya mama n papa yg potong..anak-anak potong stim!

Potong stim lagi...
Beginilah bila anak dh ramai...nak duk rapat-rapat pon tak boleh..
Siap nyanyi..
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang...





Last but not least..

..
..
..
..
..
..
..
..

Dugong!
Hahahaha...

26 April 2011

Jahit nama guna felt

Posted by MamaShiLa at 12:31 PM 8 comments Links to this post
My very first felting trial
U may follow but ignore any flaws..hehe
Saya budak baru belajar..

1. Print alphabet mengikut font yg disukai dan potong ikut bentuk guna gunting paling tajam dalam dunia! 
:)

2. Tekapkan kertas yang dh dipotong tadi atas kain felt dan gunting ikut bentuknya

3. Lapikkan huruf tadi atas kain felt yang berbeza warna (utk nampak lebih cantik) dan penitikan. Dalam kes ni...i guna kaler krim as background felt.

 4. Jahit guna benang yang contrast warna. Sebenarnya kalau jahit tangan lagi cantik. Tapi ku malas..so jahit pakai mesin je la..

5. Rupanya bila dh siap jahit. Blom siap lg tau..folo step seterusnya

6. Gunting kain felt warna krim ikut bentuk mcm lam gambar ni

7. Penitikan nama tadi kat atas kain (dalam kes ni...ku buat sarung bantal utk Iman, so jahit nama ni kat atas sarung bantal tu)

8. Jahit guna benang kontra warna

9. Tadaaa...dah siap


22 April 2011

Honda Civic FD 2.0 For Sale

Posted by MamaShiLa at 8:32 PM 0 comments Links to this post



Tahun 2006
First Owner
Mugen bodykit + door visor

Kami suami isteri ingin menjual kereta ini
Siapa yang berminat silalah call..

012-9838082 (Engku Ahmad)
012-9888082 (Shila)

Price: RM90800
Nego

13 April 2011

Bergambar bersama studentku..

Posted by MamaShiLa at 12:54 PM 4 comments Links to this post
Nak letak pic ngan student yg diambil semalam
Sempena pembubaran exco lama kelab
Yang akan digantikan dgn kepimpinan baru
Cewah..mcm pilihanraya plak..

Dah nak masuk 3 tahun since 2008
Aku jadi penasihat Kelab Teknologi Alam Sekitar (ENTECH)
Insyallah..tahun depan mak bersara ye..

Kenangan gambar ni jugak..
Aku tgh pregnant 6 bulan

Gambar sedikit blur sbb aku save as from fb je..
Korang spot le mana aku yek...berjaya aku mencover perut..ngeh ngeh..

12 April 2011

Lactating, is it normal?

Posted by MamaShiLa at 5:36 PM 2 comments Links to this post
Haven't experienced on previous pregnancy
Today..I'm 24 weeks and lactating
Is it normal?

10 April 2011

Crying Moments

Posted by MamaShiLa at 8:25 PM 2 comments Links to this post
To Adam & Iman
Whenever u read this entry
Both of u still my cutest kids even though you were crying
And plz do the same thing to yr kids!
 Capture their crying moments..






Dialog Si Adam 10

Posted by MamaShiLa at 10:04 AM 3 comments Links to this post
Dialog sebelum tido smlm

Adam: Mama, kalau masuk syurga kita boleh mintak apa saje ke dgn Allah?

Mama: Iye..kenapa Dam?

Adam: Mmm...tak sabar nak masuk syurga...Adam nak minta sticker banyak-banyak kat Allah..nak transformer...ben10...mickey mouse bagi kat Iman...bla bla bla..

Mama: Dah..dah..tido la..tak baik banyak cakap sgt...nnt bad dreams...

Adam: Ok..tapi kalau nak mintak banyak2 Allah marah tak??

Mama: Tak la..Allah sayang kita kan....

Adam: OO...

dan terus tidur..

05 April 2011

Handphone problem

Posted by MamaShiLa at 12:49 PM 3 comments Links to this post
I am facing a problem with my hp
grrr..
Itu tandanya duit mesti mau keluar lagi
Mana satu pilihan kalbu...


Meleleh air liur..

Tapi aku mampu beli yg ni je..

Ada jual lg ke skang ah?
Zaman UTM dulu..yg ni paling canggih..hari-hari tukar casing u!!




03 April 2011

Keputusan Ultrasound

Posted by MamaShiLa at 12:13 PM 4 comments Links to this post
Entry buat ibu mengandung
Setiapkali check up mesti buat ultrasound (US)
Kadang-kadang selepas buat US doc biasanya akan cakap semua OK
Kalau kat swasta bolehla tanya lebih sikit
Kalau kat KK mesti diam je
Sbb paham doc ramai patient n penat dh menjawab n melayan karenah kita
As long as dia kata OK..
kita pon OK

Apa sebenarnya yang boleh dilihat melalui US
Aku google sendiri je
Dapatla sikit maklumat utk dikongsi

Oh ye
Aku bukan doctor
jadi segala maklumat yang salah
harap dpt bgtau yek dlm comment ye

Biasenya ni singkatan-singkatan yang ditulis dalam buku rekod mengandung kita..

BPD = Biparietal Diameter : Ianya merujuk kepada diameter kepala fetus atau bayi dlm kandungan. 

FL = Femur Length : Ianya merujuk kepada ukuran panjang tulang peha fetus atau bayi dlm kandungan. Tulang peha ialah femur dan ia tulang terpanjang dlm tubuh. 

AC = Abdominal Circumference : Ianya merujuk kepada ukuran lilit bahagian abdomen (perut) fetus atau bayi dalam kandungan. 

EFW = Estimated Fetal Weight : Ianya merujuk kepada berat fetus atau bayi dlm kandungan. 

POG = Period of Gestation : Ianya merujuk kepada usia fetus atau bayi dlm kandungan. 

EDD = Expected Date of Delivery : Ialah tarikh dijangka bersalin. Ia ditentukan berdasarkan hari pertama haid yang terakhir. #/52 mewakili bilangan minggu. #/7 mewakili bilangan hari.

US adalah penting bagi mengetahui pembesaran janin dlm rahim berada dalam keadaan normal dan mengikut usia kandungan si ibu. Selain daripada itu, saiz janin dapat menentukan ketepatan EDD bagi setiap bayi. US (esp 4D) juga dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada janin/ bayi dalam kandungan.

Untuk keterangan lanjut mengenai berat dan saiz normal mengikut usia kandungan sekarang..boleh ke link ni...klik di sini 

Sekadar hiasan

Dan satu lagi sebagai ibu-ibu mengandung, 
kita sering terlupa nak makan vitamin yang diberikan
Jadi aku nak share kat sini
Antara kepentingan-kepentingan vitamin yang selalu diberi pada kita...

Asid Folik (Folic Acid)

Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9.
Pengambilannya bagi ibu-ibu mengandung dapat membantu dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.
Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi. Kalau x mengandung pon boleh ambil asid folik kerana ia membantu pembentukkan sel2 darah/ tisu badan/DNA dan boleh mengelakkan anemia (pucat, kurang darah).

Fe (Zat besi)
Zat besi dpt membawa oksigen tambahan oksigen ke dalam sel-sel darah merah Ibu. 
Hal ini penting untuk perkembangan otak bayi Ibu.
Kekurangan zat besi juga menyebabkan terjadinya anemia atau kurang darah. Ibu menjadi mudah lelah, lesu, dan pucat.  

Vitamin B Complex
Vit b Complex penting kerana ia mempunyai kebaikan untuk segala keperluan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita.
Vit ini akan menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Hehe..sbb itu org mengandung selalu je lapar.. :)
Disamping itu ia membantu segala proses luar dan dalam badan macam good for the hair, skin, nail,  tambah energy, elak stress dan keletihan.

Ascorbic Acid a.k.a Vit C
Bagi ibu mengandung yang makan ascorbic acid ni akan menghasilkan air kencing berwarna kuning.
Vit ini diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran di dalam badan kita.

Eh dah banyak membebel.
Setakat tu saja buat kali ni.
Buat kawan-kawan yg pregnant tu..
Jgn skip vitamin ni semua..
Kerana ia untuk kebaikan kita n baby
Kita nak baby lahir sihat dan sempurna
Kita berusaha dan seterusnya serahkan kepadaNya
Dialah penentu segala-galanya..
My mama n mak mertua selalu pesan (doc x bertauliah tapi kadang-kadang kata-kata mereka make sense!!)
Kemurungan slps bersalin biasanya terjadi sbb kita kekurangan vitamin semasa mengandung..
Boleh jadi kan..

Tata!!

02 April 2011

Kek Coklat (Lembab ke?)

Posted by MamaShiLa at 11:24 PM 4 comments Links to this post
 Kek Coklat Kukus
Lembab ke tak..
Buat dulu baru rasa..hehe

 
 Bahan A:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung

Bahan B (diayak):
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan C (dipukul sampai kembang...ku blender aje..:p):
4 biji telur

Cara nak buat:

Sementara nak sediakan bahan-bahan..
Panaskan kukusan/pengukus dulu

Campur semua bahan A, panaskan dalam periuk dgn api perlahan.
Cukup sekadar panaskan untuk mencairkan gula (jangan sampai mendidih)

Setelah Bahan A sebati campurannya apabila dipanaskan tadi
Masukkan bahan B dan C ke dalam A dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan dlm loyang dan kukus selama 45 minit

Siap!!

Bahan untuk toppingnye:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara double boiler
Kemudian curahkan di atas kek anda!!!

Insyallah sedap!

Nota kaki: 
Maafla ye..measurementnya pakai cawan n sudu..
sbb aku mmg guna measurement cup...xde pakai timbang-timbang

Testimoni client..

 Makan sampai juling!!!
Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device