03 April 2011

Keputusan Ultrasound

Posted by MamaShiLa at 12:13 PM
Entry buat ibu mengandung
Setiapkali check up mesti buat ultrasound (US)
Kadang-kadang selepas buat US doc biasanya akan cakap semua OK
Kalau kat swasta bolehla tanya lebih sikit
Kalau kat KK mesti diam je
Sbb paham doc ramai patient n penat dh menjawab n melayan karenah kita
As long as dia kata OK..
kita pon OK

Apa sebenarnya yang boleh dilihat melalui US
Aku google sendiri je
Dapatla sikit maklumat utk dikongsi

Oh ye
Aku bukan doctor
jadi segala maklumat yang salah
harap dpt bgtau yek dlm comment ye

Biasenya ni singkatan-singkatan yang ditulis dalam buku rekod mengandung kita..

BPD = Biparietal Diameter : Ianya merujuk kepada diameter kepala fetus atau bayi dlm kandungan. 

FL = Femur Length : Ianya merujuk kepada ukuran panjang tulang peha fetus atau bayi dlm kandungan. Tulang peha ialah femur dan ia tulang terpanjang dlm tubuh. 

AC = Abdominal Circumference : Ianya merujuk kepada ukuran lilit bahagian abdomen (perut) fetus atau bayi dalam kandungan. 

EFW = Estimated Fetal Weight : Ianya merujuk kepada berat fetus atau bayi dlm kandungan. 

POG = Period of Gestation : Ianya merujuk kepada usia fetus atau bayi dlm kandungan. 

EDD = Expected Date of Delivery : Ialah tarikh dijangka bersalin. Ia ditentukan berdasarkan hari pertama haid yang terakhir. #/52 mewakili bilangan minggu. #/7 mewakili bilangan hari.

US adalah penting bagi mengetahui pembesaran janin dlm rahim berada dalam keadaan normal dan mengikut usia kandungan si ibu. Selain daripada itu, saiz janin dapat menentukan ketepatan EDD bagi setiap bayi. US (esp 4D) juga dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada janin/ bayi dalam kandungan.

Untuk keterangan lanjut mengenai berat dan saiz normal mengikut usia kandungan sekarang..boleh ke link ni...klik di sini 

Sekadar hiasan

Dan satu lagi sebagai ibu-ibu mengandung, 
kita sering terlupa nak makan vitamin yang diberikan
Jadi aku nak share kat sini
Antara kepentingan-kepentingan vitamin yang selalu diberi pada kita...

Asid Folik (Folic Acid)

Asid folic adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9.
Pengambilannya bagi ibu-ibu mengandung dapat membantu dalam mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang.
Pil asid folik ini wajib diambil diawal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga kelahiran bayi. Kalau x mengandung pon boleh ambil asid folik kerana ia membantu pembentukkan sel2 darah/ tisu badan/DNA dan boleh mengelakkan anemia (pucat, kurang darah).

Fe (Zat besi)
Zat besi dpt membawa oksigen tambahan oksigen ke dalam sel-sel darah merah Ibu. 
Hal ini penting untuk perkembangan otak bayi Ibu.
Kekurangan zat besi juga menyebabkan terjadinya anemia atau kurang darah. Ibu menjadi mudah lelah, lesu, dan pucat.  

Vitamin B Complex
Vit b Complex penting kerana ia mempunyai kebaikan untuk segala keperluan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita.
Vit ini akan menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Hehe..sbb itu org mengandung selalu je lapar.. :)
Disamping itu ia membantu segala proses luar dan dalam badan macam good for the hair, skin, nail,  tambah energy, elak stress dan keletihan.

Ascorbic Acid a.k.a Vit C
Bagi ibu mengandung yang makan ascorbic acid ni akan menghasilkan air kencing berwarna kuning.
Vit ini diperlukan untuk pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran di dalam badan kita.

Eh dah banyak membebel.
Setakat tu saja buat kali ni.
Buat kawan-kawan yg pregnant tu..
Jgn skip vitamin ni semua..
Kerana ia untuk kebaikan kita n baby
Kita nak baby lahir sihat dan sempurna
Kita berusaha dan seterusnya serahkan kepadaNya
Dialah penentu segala-galanya..
My mama n mak mertua selalu pesan (doc x bertauliah tapi kadang-kadang kata-kata mereka make sense!!)
Kemurungan slps bersalin biasanya terjadi sbb kita kekurangan vitamin semasa mengandung..
Boleh jadi kan..

Tata!!

4 comments:

ashra on April 3, 2011 at 1:45 PM said...

hehe.good info la dear..aku tau telan je pil2 tu.doc buat scan pun,duk tgk baby gerak,n figure si kecik tu je ..lain2 tu aku tanya sendiri..ketuban ok?pembesaran ok?..hehe.asal doc jawab,ok..ok la..nak fahamkan satu2,mau aku yang jadi doc nanti. =p

Iryani Noor on April 4, 2011 at 10:48 AM said...

asid folic tu mmg sgt penting tp ramai ibu2 yg celup2 mkn supplement tu... nk dijadikan satu cerita, ada la aku baca satu blog nie, bdk tu ckp die selalu ngelat mkn asid folic, & one day bile Dr scan, Dr ckp tengkorak anak die tak developed betul so dier terpaksa buat force abortion.. kesian sgt...

Anonymous said...

entry terbaik pernah sy jumpa. keep it up kak. sy 39
w n still waiting counting ting ting tong.... mudahan keluar dgn selamat.. 2nd pregnancy be like
"keluar sama mcm yg sulong around 38w", but its wrong ... edd tiap anak lain2 rupanya.. 😂

Joe Root on July 14, 2017 at 9:22 PM said...

It is common to find some degree of regulation of lottery by governments; the most common regulation is prohibition of sale to minors. 4D results Malaysia

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Mama Shila Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device